.tolong doakan kawan I cepat sembuh!

Salam Readers~

Time I taip entry ni, menggigil tangan I. I baru dapat sms dari kawan I, yang ada seorang kawan merangkap adik I accident petang semalam. Nama kawan I, Izzati.

*gambar ni hairi yang snap*

Izzati study dekat UiTM Merbuk sekarang. I kenal dia masa diploma dekat UiTM Shah Alam dulu. Kami konvo sama-sama. Gambar dekat atas ni, gambar dengan dia. Time ni, dia dah pulang jubah.

Lately ni I dengan dia rapat. Dia selalu sms I, I pun selalu call dia. Dia baik. Dia sangat baik. I sayang dia. Sebab dia memang kawan dan adik terbaik. :"(

Sekarang Izzati koma. Ada dekat ICU Hospital Sungai Petani. Dia pendarahan otak, kaki patah, patah tulang rusuk. Dia masih koma. Ya Allah, berderau darah I dengar. I dah tak boleh benti nangis ni. Dia accident petang semalam, time balik dari kelas. Sebab nak kejar traffic light dan kena langgar dengan kereta Naza. Tak sure model apa.

I merayu sangat-sangat pada korang semua, tolong lah doakan kawan I selamat. I sayang dia. I sayang dia. I sayang dia....... Mari kita sama-sama doa supaya Izzati cepat sembuh. I rindu gelak tawa dia, rindu nasihat-nasihat dia, rindu gurauan dia. Ya Allah, I rindu sangat-sangat dekat dia. Baru 2 hari lepas I call dia. T______T

InsyaAllah, kalau berkesempatan, I nak pergi melawat dia. Doakan dia selamat. Doakan yer korang! Terima kasih sangat-sangat...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Sembuhkan lah kawanku...
Panjangkan lah umur nya...
Hapuskan penyakitnya...
Amin amin amin Ya Rabbal alaminnnn...

Bai!