.teruskan berdoa untuk Izzati

Salam Readers~~

Banyak sms yang I dapat hari ni. Semua berita yang menggembirakan. Alhamdulillah...

"Nurse kata Izzati ok. Pejam celik, pejam celik.
Tapi dia masih guna bantuan oksigen"

"Izzati akan beransur pulih macam biasa.
Darah dalam perut tu sebenarnya luka dekat limpa.
Doc cakap boleh diatasi. Jangan risau"

"Izzati dah boleh betul-betul bukak mata
da faham apa yang kita cakap dengan dia.
Dia dah boleh angguk-angguk tanda faham.
Cuma tak boleh bercakap lagi"

Ya Allah swt, walaupun berita gembira yang diterima, I still rasa sedih. Betapa besarnya ujian yang Allah swt beri pada Izzati. Ya Allah swt, berilah Izzati kekuatan untuk terus melawan penyakit dan terus hidup macam orang lain.

Kawan-kawan, tolong jangan berhenti berdoa untuk Izzati. Semoga doa kita semua di makbulkan Tuhan. Aminnn....

NEW UPDATE:
Tadi kawan I yang study dekat UiTM Merbok, Hazril Hafiz dah pergi melawat Izzati. Keadaan Izzati stabil. Dia sedar dan faham apa yang orang cakap. Cuma dia tak boleh cakap. Hafiz cakap dia sedih tengok keadaan Izzati. Kaki kiri dia macam teruk. Dahi kiri berjahit.

Semalam Hafiz tanya I, kalau Izzati sedar, ada apa-apa pesanan tak? Then I cakap "Cakap dengan Izzati, I sayang dia". Then tadi Hafiz tunjukkan lah sms tu pada Izzati. Dia tak mampu nak cakap apa-apa. Dia cuma geleng kepala dan airmata dia mengalir... :-( Ya Allah.. sedihnya.. Izzati.. Cepatlah sedar sayang...

Hafiz, thanks sebab melawat Izzati. Kalau you pergi tengok dia lagi, tolong update dekat I yer. Thanks sangat-sangat. Cuma Allah swt yang boleh balas jasa you.

Bai!