.sesak nafas dalam asap yang banyak

Salam Readers~

Update secara laju zup zup zupppppp sebab kejap lagi nak pergi study dengan kawan dekat library. Semalam tidur tak berapa lena. Dengan nyamuknya, dengan sejuknya. I tidur dalam keadaan berselubung selimut. Sumpah menggigil kesejukan! Nyamuk pun cari pasal. Grrr.

Lepas tu, bangun awal pagi sebab budak rumah mejoriti ada exam pagi ni. I jer exam sebelah petang. Tapi badan liat nak bangun. Then orang tu pun ada call I, kejutkan I sebab semalam I pesan suruh kejutkan kalau beliau bangun awal. Mekasih ye sayang. *wink

Tiba-tiba rasa sesak nafas. Ah, dem. Asal banyak asap ni? Rumah terbakar panggil bomba ke? Bomba datang berlumba-lumba. EH, macam lagu masa kecik-kecik tu ke? HAHA. Over plak I ni kan?

Ok, sambung cerita. Bila da asap banyak-banyak tu, mesti lah susah nak nafas, ye tak? I nye saluran pernafasan neh dah lah kecik. Tak leh terima asap banyak-banyak sangat. Shisha tak pe. Keh keh keh~~

Then I bangun, tengok rumah dah penuh dengan asap. Bau asap neh dah tau dah asap apa. Hmm Jabatan Kesihatan tengah buat fogging. Maybe sebab ada kes denggi kot kat kawasan rumah sewa I neh. Selalu jugak doang datang sini buat fogging.

Tapi kan, kalau nak buat fogging, inform lah awal-awal. Ni tak. Main terjah jer. Kang kalau ada yang mati sebab sesak nafas macamana? Sendiri mau ingat ah. Hmm banyak benda nak share. Pasal lelaki gila sex malam tadi. Tapi, tak sempat nak taip panjang-panjang. Masa amat mencemburui. Cewah.

Okie dokie.
I nak pergi library.

Wish me luck untuk exam petang ni!

Bai!