.presenting you my new pet!

Salam Readers~

Ini scheduled entry. I mengalami kesakitan kepalaan yang agak teruk. Haish, tak tahu lah kenapa. Maybe sebab banyak sangat test, nak buat report, fikir masalah yang datang secara pukal lagi dan maybe juga sebab cuaca panas terik dekat Melaka. Dengan jerebu tebal lagik. Haishh...dah lah nak exam. Jangan lah sakit tu datang.. Syohhh syohhh!! Pergi jauh jauh please......!

Time entry ni di-publish, I dah selamat tidur dekat katil yang empuk, di rumahku syurga ku iaitu di Muar, Johor. Tidak sanggup nak duduk Melaka lama-lama time cuti study week ni. Dengan rumah sewa yang ibarat sauna. Ohhh tidak! Baik I balik Muar dan duduk rumah diam-diam. Rehatkan otak dan minda kemudian study dalam keadaan yang tenang. Kan? :)

Since kawan I, Izzati dah semakin sembuh, rasa lega lah jugak. Ada sedikit kekuatan untuk menulis entry tentang kehidupan seharian. Tapi, I takkan pernah lupa tentang Izzati dan sentiasa mendoakan kesihatan dia pulih seperti sedia kala. Kawan-kawan lain tolong doakan sama yer! :)

I baru jer sampai rumah ni. (Time entry ni di tulis). Actually I dapat hamzah hamster lagi seekor. Kawan I, Rose yang bagi. Then I cakap dekat Mama. Then mama cakap, mama nak sekor dan sekor lagi I bela dekat Melaka.. Chacha nak jaga. Hoiii..habislah jahanam hamster I tuh.. Huhuhu.

Since I nak balik rumah, I suruh mama datang ambik dekat rumah sewa dan pergi kedai pet dekat Dataran Pahlawan Melaka. Nak beli cage untuk both hamster I. Excited sangat sebab mama nak belikan cage yang cantik-cantik. Heee~~

Ini cage untuk Bobo.

Scary pulak tengok mata dia.
Huhu.

Ini pulak cage untuk Ming-ming.
Hamster yang baru I dapat dari Rose .

Ming-ming ni kecik jer, tak gemok macam si Bobo tu.
Ming-ming ni chacha punya.
Dia dok sibuk nak kasik Ming-ming makan.

Cantik kan cage die? Both cage ni dapat harga RM120 jer. Then beli lah hygiene spray, dan segala barang makanan dan juga kelengkapan untuk hamster-hamster ni, habis dalam RM150 jerr...

Thanks a lot Mama!
Ni yang sayang lebihhhhh ni! :)

Bai!