.orang comel mana boleh tidur lambat

Salam Readers~

Jam menunjukkan hampir jam 3 pagi. Dan I masih lagik tercongok depan lappy, menaip beberapa artikel untuk exhibiton HR next week. Sangat mengantuk ok. Mata dah rabak. Dem. Penat!

Semalam tidur jam 4 pagi. Buat report dan slide untuk presentation marketing. Petang tadi ada listening test Arab dan Kuiz Arab. Minggu-minggu terakhir ni memang busy sangat. Dan kurang daripada sebulan pulak final exam. Omaigod! Omaigod! Wake up intan! Errr...I memang tak tidur lagi, macamana nak bangun =.="

So, memandangkan dua tiga hari ni I asyik tidur lambat dan bangun cepat, I nak mengishtiharkan cuti untuk diri sendiri. Penat lah weh.. Asyik tak cukup tidur. Makan pulak terlebih. Eh tapi betul lah, bagus vitamin B complex tu, memang betul-betul menambahkan selera makan I sampai duit yang mama bagi I cepat habis! :"(

Tapi yang peliknya, I dah makan banyak dalam minggu ni, makan ubat tu semua, tapi bila timbang, berat I jadik 34 kg. Sumpah pelik! I makan ok, makan nasi sampai habis! Serius ke vitamin tu ok? Atau timbang tu rosak? Takkan semua mesin penimbang yang I naik, semua rosak kot. Ini diskriminasi terhadap orang yang kurus! I nak laporkan pada polis! Huh!

Hmm...I mahu tidur dan rehat sepuasnya. Ntah apa ntah I merapu dalam entry ni pun I tak tau. Dah lah banyak nyamuk gigit I skang ni. Kang I gigit nyamuk ni balik baru tau! Grrr! Ok lah, Salam comel dari intanurulfateha yang comel. Kuikuikui~ Selamat malam semua! Muahh!

Bai!