.kisah budak penghantar pizza dan ibu ayam

Salam Readers~

Hari tu I ada order pizza online. For the first time I order online. Mula-mula, I register lah dekat internet. Prosedur dia senang jer. Tapi bukan itu yang I nak cerita, tapi I nak cerita pasal budak penghantar pizza.

Masa I register online pizza hari tu, I kena letak no handphone, alamat, nama penuh dan macam-macam details lain, nanti senang pihak Pizza Hut nak send pizza. Then beberapa minit lepas I order, ada num handphone 010890**** call I.

Pizza : Hello, ni Cik Intanurulfateha ker?

Intan : Yer saya.

Pizza : Rumah cik dekat mana yer?

Intan : Dekat sini.... bla bla bla~~

Then lepas letak fon, I pun tunggu lah pizza sampai. Dalam 10 minit lepas tu, no 010890**** call lagi. Dia cakap dah ada depan rumah. So, I pun keluar. Ehemm ehem budak penghantar pizza tu agak hensem. Hiks. Tapi dari muka dia, I tau, dia budak lagik. Mungkin dalam 19-20 tahun.

Then lepas settle bayar dan ambil pizza, budak tu pun blah. Tapi 10 minit lepas tu, handphone I bunyi meset pulak.

"Hi Intan. Boleh berkenalan?
Saya Syam (bukan nama sebenar) yang hantar pizza tadi"

"Ohh haiii"
(I pun tak tau apsal I reply. Dem)

Lepas tu budak tu pun meset-meset I, tanya umur I lah, apa lah.. Dia tak caya umur I 24 tahun sebab umur dia baru 19 tahun. Lepas tu cakap nak kawan dengan I. I cakap, nak kawan, kawan lah. Lepas tu dia tanya pasal boyfriend. Dem. Soklan paling I tak suka. I terus tak reply dah sms dia. Gedik betul budak neh. Dasar budak hingusan, ada hati mahu mengorat kakak yang dah tua berkedut ini? Huh!

Peristiwa ini berlaku hampir sebulan yang lepas. Tapi tadi, tiba-tiba tergerak nak order pizza online lagi. Tapi masa pizza tu sampai rumah, I tak ada sebab I keluar dengan housemate, beli kek besday untuk housemate I yang lagi soang. Maybe budak penghantar pizza tu datang rumah I lagi. Tapi fuhhh nasib baik I tak ada dekat rumah. Hihihi~

Tapi baru kejap neh budak penghantar pizza yang hari tu call I. Eh lupa nak cakap. Ni scheduled entry tau. Sekarang dah pukul 2.05 pagi. I publish entry ni pagi esok jer. Ok sambung. Sumpah I tak cam suara dia mahupun nombor handphone dia. Sebab I tak save pun nombor dia. Muahahaha~~ Dia tak penting kot. Lagi penting Encik Mutiara Lipat I. Awww~~

Lepas dia sentap dengan I sebab I tak cam dan tak save nombor handphone dia, dia pun letak lah telefon. Tapi dia sms I, cakap ada benda nak cakap.

"I nak cakap something ni.
Kejap jer"

"Apedia?"

"U ada boyfriend tak?
Honest."

"Tak ada"

"Ohh, I tau u tak kenal I lagi.
I pun tak kenal u.
Benda ni I cakap tapi I tak mengharap apape lah.
U nak tak nak, tak per. Hmm"

"Apa yang u merepek ni?
Haish"

"Ahad ni budak-budak I ada buat konvoi pergi PD.
Semua budak 125. Semua bawak awek.
I tak tau nak bawak siapa. I tak ada awek.
U ikut I boleh? Haha segannya"

"Errr sorry. Tak boleh lah"

"Owhh tak per lah =)"

HAHAHA. Pelik kan? Dah lah tak kenal, pernah jumpa sekali time dia hantar pizza dekat rumah I, lepas tu terus nak ajak I pergi PD sama dia. Gila hape. Desperate betul. Dia tak takut ker I culik dia lepas tu I jual dia dekat Siam? I neh ibu ayam sebenarnya. Lalalala~~

Bai!