.hari hari hari hari hari yang memenatkan!

Salam Readers~

Sumpah sangat penat. Macam nak terlelap dah depan lappy ni. Mata dah tahap ngantuk gila pork. Nasib baik esok tak ada kelas, boleh tidur lamaaaaaaaaaaaaaaa sikit. Hiks!

Tadi ada exhibition Human Resource (HR). Esok pun masih ada. (7 - 8 Oktober 2010) Ini event yang HR buat untuk semester ni. Kira event besar-besaran jugak la.. Dari semalam busy dekat campus untuk set up booth. I join Department Employee Relation. (ER)

Rabu (malam)

Semalam stay dekat campus sampai 11 malam. Dok tampal-tampal artikel, potong-potong gambar untuk tampal dekat board. Sampai terpotong jari I. Dah mengantuk sangat. :"( Mata dah kecik, nak kejar masa lagik. Memang kelam kabut lah. Tu sebab sampai tak nampak pisau tu potong kertas atau jari T__T


Handiplast tak de.
Pakai tisu jer :"(

Pagi tadi (Khamis) I overslept. I tidur lewat sebab stay up. Konon-konon nak study sebab hari ni I ada dua test. (Marketing & Arab) Bangun pun lewat pukul 7 lebih, padahal suppose pukul 7.30 pagi dah kena ada dekat campus. Sebab booth department I tak siap lagi.


Bertungkus lumus siapkan booth
sebab ada hadiah untuk booth tercantik!

I sampai campus dalam pukul 8 lebih. Tengok roster, I kena jaga bahagian Desk Help dari 830-1030 pagi. Fuhhh....

Heee...
May I help u? :)


Ini guest book.
I kena suruh setiap VIP yang datang sign.


Antara artikel yang I buat untuk booth I.
Bersengkang mata buat huhu


Ini Yana, orang kuat depatment I.


Montaj dan hadiah untuk games.
Kami ada games Uno, crossword puzzle
dan macam-macam lagi.

Banyak lagi booth lain yang cantik-cantik sebab HR ada banyak department. Antaranya Department Compensation, T & D, C & B, OSH, Staffing & Development dan banyak lagik lah.

Bila pukul 1030 pagi, masa untuk I jaga booth pun tamat. So, budak lain replace tempat I. Dan I pulak kena masuk dalam auditorium, dengar forum. Dah lah mengantuk, nasib baik ahli panel untuk forum tadi tuh best dan kelakar. Tak ada lah I tertidur dalam auditorium tu. Kuikuikui~


I dengan Rose.


Ada 4 orang panel.
Pengerusi forum tu pun lawak!
Best!~~~

Forum habis pukul 2 petang. Lepas tu ada makan free, tapi I dengan Ros ada test Marketing. So tak dapat lah pergi lunch. Cepat-cepat blah sebab nak baca notes lagi sikit.


Snap gambar dulu.
Baru feel nak baca notes
Ahakss!

Test marketing dari pukul 230-430 petang. Lepas test marketing, ada test Arab pulak. Both test dekat Level 6, KBM. Ya Allah, sumpah sejuk gila level 6. Dah lah I tak bawak sweater atau jacket atau glove. Keluar test awal. Poyo jer intan ni.. Hakhak. Keluar awal bukan lah sebab hebat sangat jawap test, tapi sebab tangan dah sejuk gila pork. Nak tulis pun terketar-ketar.


I dengan Aien lepas test Arab.
Dasar gila camera betul Si Intan neh.
=.="

Eh! Macamana budak kecik ni wujud dekat Melaka pulak hari ni? Kuikuikui~~ Tadi lepas test, I terus balik rumah sewa. Then mama, chacha dan yeop dah tunggu depan rumah I. Mama datang sebab hantar baju kemeja dan seluar slack I yang tertinggal dekat rumah. Ada presentation, tak sempat nak balik rumah ambil sendiri. Minggu ni memang sangat pack! Letih!

Gedik betul budak ni. Ikut perangai sape ntah. Kuikuikui~ Eh ok lah, itu jer I nak update buat masa ni. I nak top-up tidur. Sangat sangat sangat sangat letih dan mengantuk! Mata dah tak boleh handle lagik. Jari yang luka semalam pun dah denyut-denyut sebab taip banyak sangat.

Eh, tiba-tiba I terasa macam nak jawap PMR pulak esok sebab nak tidur awal. Keh keh keh. Ah, tak pedulikkkk! Wekk ;p


Jangan lupa baca doa sebelum tidur!

Selamat malam!
Bai!