.cinta parking motor

Salam Readers~

UiTM Kampus Bandaraya Melaka (KBM) tak macam UiTM kampus lain. Sebab dia cuma ada satu bangunan setinggi 17 tingkat jer. Eh, 16 tingkat kot. Eh ntah lah.. Tapi yang penting, bertingkat-tingkat lah. KBM ni terletak di tengah-tengah bandaraya. So, parking kereta atau motor memang terhad.

KBM ada sediakan parking kereta dan motor untuk student dekat level bawah tanah. Dekat situ parking free, cuma kena ada stiker UiTM lah.. Kalau nak parking betul-betul depan KBM, kena bayar RM1 sehari. Kopak lah I kan? So, I parking lah skuter buruk I dekat tempat parking free tu.

Kalau dah namanya free, kena lah compete dengan student lain. I selalu bernasib baik sebab dapat parking sebab I datang awal. Err tak ada lah awal sangat pun sebenarnya. He he. Tapi yang masalah problem I sekarang ni, bila I parking skuter I, mesti ada jer yang block skuter I lepas tu. Grrr! Bila I dah habis kelas and nak balik rumah, mesti I tak boleh nak keluarkan skuter I. :"(

Tapi mesti ada jer lelaki ganteng yang tolong I. Kuikuikui~ Kalau I tak mintak tolong pun, mesti doang dengan gentleman-nya datang sendiri dekat I. Keh keh keh. Malu ai yu.. Hilang macho I sekejap bila nak kuarkan skuter pun tak lepas. =.="

Macam tadi, lepas I habis kelas, I nak kuarkan skuter, tapi tak boleh. I diam jer, tiba-tiba ada seorang lelaki datang dekat I, tanya I "Boleh tak keluarkan? Meh I tolong" Heeeee~ I sengih jer lahh.. ;D "You course apa? Baru habis kelas ke?" "Cantik you hari ni.. Dah lunch ke belum?"Ada number handphone tak?" Ok tipu. Soklan-soklan tu cuma imaginasi I jer. Soalan yang first tu jer yang betul. Kuikuikui~

Weh korang! Gila ker? Ingat I neh desperate sangat ker? Cis! I bukan macam tu lah, bila doang tolong I, I cakap "Thanks" dan senyum sikit. Sikit jer, tak de nak senyum meleret-leret. Lepas tu cepat-cepat blah. I kan pemalu. Takkan I nak stay lama-lama kat situ. Jatuh saham gua bai.. Gua tau lah gua single, tapi gua bukan desperate pun nak layan laki-laki kat KBM tu...

Haishhh....takkan lah nak jatuh cinta dekat parking motor. Tak cool langsung! Lalalalalalaaa~~

Bai!