.bukan kakak yang baik

Salam Readers~

I tahu I bukan kakak yang baik. I ni teruk. Pemalas, kuat nangis. Haish, ntah apa-apa jer. Tapi, adik-adik I semua bagus-bagus. Semua baik-baik.

Dari kiri, Along, Yeop, Adik & I.

Yeop dah kerja, jadi cikgu :") Tapi temporary sementara dapat kerja tetap. Dia dah ada degree dalam Sains Kimia. Adik pun rajin, selalu tolong mama jaga nenek dekat rumah, tolong suap nenek makan. Tahun ni dia form 4.

Chacha pulak dah pandai pakai tudung. Kelmarin mama call I, mama cerita lah yang hari jumaat lepas, mama pakaikan chacha tudung ke taska. Gila comel muka dia. Dah lah tembam! Pipi macam nak kena gunting jer! He he. Bila lah nak tembam macam beliau ek? Tapi tengok muka dia lama-lama, rasa macam nak lempang! Heeee~~ Semua orang sayang Chacha. Tak ada yang tak sayang.. B pun sayang chacha kan? :") Sebab chacha sayang b! Angah pun sayang b T__T

Bagus kan adik-adik I?

Tadi I tulis kat FB Mama I. Baca sendiri lah. Malas nak explain lagi. Kuikuikui~ Kalau sem depan mama belikan I kereta, murah rezeki mama. I mintak viva jer, kalau nak belikan suzuki swift laaaaaaaaaagik bagus! Aminnnnnn~~

Mama I sporting kan? Mintak duit terus dapat. Tak silap I, tak sampai seminggu lepas, mama bagi I RM100. Ni I mintak lagik RM100. I pun tak tahu apa I buat, tiba-tiba duit dah habis. I neh memang suka habiskan duit mak bapak kan? =.="

Then tadi, Abah pulak call I. Abah tanya, esok (ahad) nak ikut pergi KL tak? I cakap, I ada module. Wajib pergi dari 8 pagi sampai 6 petang. Then abah tanya lagi, ada duit makan tak? I cakap lah, ada. Mama dah bagi seratus. Then abah cakap, "Tak apa lah.. nanti abah bankin lagi k.. Jangan tak makan. Demam lagi ke? Ubat dah makan belum?" Heeee.... Sayang betul abah I dekat anak beliau yang gedik soang ni kan? :) Tapi asal semua nak suruh I makan ni? I ni bukan nya kronik sangat pun sakit.

Haish, I rindu lah dekat adik beradik I, Yeop, Adik & Chacha. Rindu dekat Mama, Abah, Nenek. I rindu dekat kakak I. Hmm...cepat lah habis semester ni. Cepat lah cutiii... I nak balik rumah.Tiba-tiba rasa homesick yang teramat! T______T

Bai!

Ni scheduled entry :)