.berkabung *update*

Salam Readers~Align Centre

Entry ni di taip saat emosi masih belum stabil. I sedih. Sedih gila.. Nak nangis pun dah tak keluar air mata dah.. Tadi, masa I masih dalam kelas, budak rumah I, call I....

"Kak Intan, dalam kelas ek?
Kak Intan, ikan akak mati time kita nak bagi makan"

Dangg!

Rasa macam nak nangis! Ok tipu, memang dah bergenang dah airmata. Nasib baik kelas habis awal, suppose habis pukul 430 pm tapi lecturer kasik keluar awal. Sampai rumah, terus pergi tengok dekat akuarium. Memang betul ikan I dah mati sekor.

I ada 2 ekor ikan, ikan laga jer. Sekor kaler merah(Kiki), sekor kaler biru(Lala). I baru jer beli 27 September lepas. Tak sampai sebulan, ikan I dah mati sekor. I beli pun sebab terpengaruh dengan beliau yang selalu cerita tentang ikan beliau, Garaa. Tak sempat pun buat entry pasal kewujudan ikan tu dalam hidup I. Hmmm sekor dah mati. Yang lagi sekor pun macam dah nyawa-nyawa ikan. T____T Dah nama pun ikan kan? =.="

Lepas tu cepat-cepat cuci akuarium tu, asingkan ikan yang mati dengan yang hidup. Yang mati tu nama dia Kiki. Lepas dah bersihkan akuarium, I pergi gali lubang. Nak tanam Kiki. Sedih. Sumpah sedih sebab ni first time I nak ada pet. Tapi tak panjang pulak umur beliau. T____T

Sesi membasuh akuarium.
Tak sempat-sempat tukar baju baru balik dari kelas,
kad matrik pun tak bukak lagi,
I terus nak kebumikan Kiki :"(

Kiki
T___T

Korek lubang untuk tanam Kiki.

Kubur Kiki :"(

May Kiki RIP.

Mari nangis ramai-ramai.
(Ini lakonan semula yer)

Kiki yang merah tu. Time ni, gembira jer dia berenang-berenang. Ni gambar first I snap time lepas beli Kiki. Sekarang Lala dah keseorangan. Sama macam I. Tinggal sorang-sorang *tibe-tibe Hmmm esok nak carik pengganti Kiki la..

Kakak I tanya, dah buat tahlil ke belum? Errr macamana nak buat tahlil untuk seorang ikan? Errr seorang kah? =.=" Kira halal lah! I tak tahu macamana so, I memutuskan yang I akan berkabung selama beberapa hari untuk menghormati kematian Kiki. Sedih ok. Korang tak tahu perasaan I sekarang neh. Isk! :"(

Tapi tak apalah, yang hidup pasti akan mati. Jadi, i kena redha dengan kematian Kiki. So, lepas ni, I kena jaga Lala elok-elok. :)

Kiki and Lala,
Mummy love you!
Muahh! :-*


Bai!

UPDATE at 815 AM!
Lala pun dah mati. Bangun tidur, I tengok Lala dah terapung. Tak gerak-gerak. Ingat beliau tidur lagik. Rupanya dah mati. Isk..nanges! Apa ni, semua nak tinggalkan I. I dah lah ada presentation, ada quiz hari ni. Hilang mood terus! T________T

Bak kata Paan,
"This is why I hate having pets"
:"(