.abang rumah sebelah

Salam Readers~

Tension tul. Abang-rumah-sebelah neh suka bikin I hot. Esok I exam. First paper. Dah lah paper yang I tak berapa nak suka sebab banyak benda kena hafal. Paper MGT420 (Management). Nasib baik esok exam petang, bukan pagi.

Sabar jer lah mak ni nyah. Baca notes, nak hafal notes tapi tiba-tiba terkejut. Kejap-kejap bunyik handphone abang-rumah-sebelah. Lepas 5 saat, bunyik lagik. Lepas 5 saat lagik, bunyik bunyik dan bunyik. Grrr.. Kuat pulak tuh. I syak abang-rumah-sebelah tengah main sms dengan girlfriend beliau.

Rumah sewa I dengan rumah beliau bersambung. Maksudnya, berkongsi dinding yang sama. Rumah sewa I neh rumah papan. So, memang suara beliau boleh tembus terus ke rumah I. Beliau kentut pun I boleh dengar. Ok tak. Itu tipu. Mesti dia kaver punya. Keh keh keh.

Geram. Geram bukan sebab I tak dapat main sms dengan boyfriend I, tapi geram sebab beliau memekak. Ok fine. Sebenarnya I jeles jugak sebab tak ada sapa-sapa nak main sms dengan I. T_____T

Saat entry ini di tulis, abang-rumah-sebelah tengah gayut telefon. Dem. Tergelak-gelak. Tergedik-gedik. Rasa mau bagi beliau makan kasut size 5 jer. Grrr! Tadi aman sekejap sebab abang-rumah-sebelah keluar. Mungkin sebab beliau pergi makan kot.

Kadang-kadang abang-rumah-sebelah ni bawak balik kawan. Kawan beliau pun suka main sms. Bunyik sms dekat handphone beliau macam ni "Action beep..Beep beep beep beep.." Tension tau tak! T_____T

Abang-rumah-sebelah ni hensem. TAPI, tak sesuai jadi bakal suami. Di ulangi, tidak sesuai. SEBAB sepanjang I duduk dekat rumah sewa ni, setiap kali time solat jumaat, mesti beliau lepak dekat rumah. Rasa dah lebih dari 3x jumaat. Haishh....harap muka jer hensem.... REJECTED.

Bai!