.tak nak kehilangan lagi

Salam Readers~

Tadi meroyan I cari barang kesayangan I. Hilang beberapa jam rasa macam nak gugur jantung. Cari sambil nangis. Berhenti nangis, sambung cari. Bila tak jumpa, nangis balik. Dah lah I sangat banyak assignment nak buat malam ni. Bila ianya hilang, i terus hilang mood nak buat kerja. :"(

Adoii, sumpah I sangat sayang barang tu. Orang cakap, bila dah hilang dan kehilangan, baru kita rasa. Tak... I tak macam tu. Semasa barang tu ada, I memang sayang. I tak pernah abaikan ia. Barang ni sangat sentimental value. Sangat sangat sangat bermakna dalam hidup I. Mana-mana I pergi, I bawa. I tak pernah tinggal. :"(

I cari satu rumah, I cari dekat semua tempat. Sampaikan I cakap pada housemate I, tolong cari sekali. Kalau jumpa, I bagi duit RM10. Then kawan I sms, cakap, suruh I baca satu surah dari Al-Quran. Sebab kakak kawan I tu cakap, nanti akan jumpa. I tarik nafas, dan cari tanpa guna emosi. I kan emosional sikit. =.="

Cari slow-slow, akhirnya jumpa! Alhamdulillah :") Syukur sangat-sangat. Ini bukan kali pertama ianya hilang, sebelum ni dah pernah hilang dan jumpa semula. Dan I harap, lepas ni takkan hilang lagi. I dah tak sanggup kehilangan. :"(

Ni lah "barang" tu. Seutas gelang silver. Ia adalah hadiah pertama yang dia bagi pada I 2 tahun lalu. I tak pernah bukak gelang dari tangan I melainkan bila nak pergi cuci jer. Mesti lah I sayang kan? I sayang gila gelang ni weh. Sayang sangat sangat! I ingat lagi malam tu dia bagi pada I, dia pakai kan kat tangan I. Dia sweet sangat sangat sangat sangat malam tu. Urghhh what a sweet memory.............. T___T

Bai!