.tak ada feel dengar lagu raya

Salam Readers~

Lagi 2 hari je kita puasa. Lepas tu dah raya. Yang peliknya, I tak ada perasaan dengar lagu raya. Bila dengar je, cepat-cepat tutup. Then pergi youtube, dengar lagu-lagu latest. Goyang-goyang kepala, goyang-goyang badan. Lagi best~~

Pelik kan? Kalau dulu-dulu, I lah yang paling over nak raya. Tapi tahun ni macam biasa-biasa jer. Persiapan rumah I, macam biasa lah. Tetap over~ Mama I selalunya nak yang terbaik. So tahun ni, rumah I cat lagi. Upah orang kampung jer. Itu pun dah makan RM800 lebih. I rasa kalau upah profesional, mau makan beribu kan? Sebelum ni rumah I warna coklat. Tapi tahun ni warna hijau apa ntah. Nak cakap hijau, tak de lah hijau sangat. Ntah ler nyahh. I pun pening.

Eh away jap. Toilet~~

Ok dah. Kejap je kan? Tak sampai 5 minit pun. Kuikuikui~ Ok sambung cerita. Gambar dekat bawah ni gambar rumah I. I pun tak tahu lah kenapa mama I suka sangat warna coklat. Dah bertahun jugak lah kekal warna coklat tu. Layankan jer la..

Bila tersalah beli cat tahun ni, terus ruma I bertukar warna. Hakhak. Kalau tak, agaknya warna coklat sampai bila-bila. I malas nak snap gambar rumah I yang sekarang ni. Malas nak keluar bilik dan keluar rumah. Tengok lah petang sikit I gi snap. Kang orang lalu lalang cakap I batak pulak nak snap gambar rumah sendiri. Hehe~

I asyik terperap jer dalam bilik. Konon-konon nak tak nak kena cahaya matahari. Mana lah tau, boleh putih sikit time raya ni. I kan gelap. Antara semua gf-gf dia, I yang paling buruk dan gelap.

Beberapa hari lepas, I buat rambut baru. *cakap tak ada mood nak raya, tapi buat rambut jugak* Hakhak. I potong rambut I dan warna-kan 1 head. Tapi malas nak tepek gambar dekat sini. Nanti tak surprise. *surprise lah sangat. budget ada orang nak tengok. I buat dekat hair saloon adik housemate I, Emma. Murah lah jugak sebab 1 head baru RM100 siap dengan treatment dan guna Loreal. I tak tau tempat lain berapa. Rasa kat bandar-bandar lagi mahal kot.

Sebenarnya I rindu rambut panjang I. Rindu bangat. Tapi nak buat macam mana. "Sayang" punya pasal, pergi potong jugak rambut tu. Kan dah menyesal. Last-last kena tinggal jugak. Padan muka kau intan! =.=" I ni dah lah kurus. Bila rambut dah pendek, nampak lah I ni sangat kering. Mama pun cakap I makin kurus. Padahal dulu masa kecik-kecik, i paling tembam kot.

Teka I yang mana? Mesti lah yang paling pendek, paling gemuk dan paling memakai gaun kuning. Teehehehe~ Ni time pergi Zoo Negara dengan uncle, aunty dan kazen-mazen I.

Raya tahun lepas.
Mama, I, Chacha & Along.
Ohh rindu rambut panjang~~

Baju raya. Hmmm...mula-mula tak nak beli pun. Kain untuk buat baju raya dah ada. Aunty I beli dekat Dubai tapi tak sempat nak hantar dekat tailor. So, pakai raya tahun depan jer lah. tapi last-last I beli baju raya ready made warna hitam merah. Tu pun sebab I nak pakai time reunion sekolah I raya ke-3 nanti. So raya tahun ni, pakai baju tahun lepas jer lah. Huhu~ Kuih raya pulak, errr SEMUA beli! Huhuuu~~ Bukan malas buat tapi oven rosak. Lalalalala~~

Persiapan dalam rumah semua dah almost complete. Mama I memang rajin mengemas. Pantang nampak benda cantik. Perabot dalam rumah pun bertambah. Yang paling best, tahun ni mama beli TV baru. Alaa yang flat screen tuuu.. Orang lain dah lama pakai, rumah I baru nak beli. Ketinggalan zaman betul. T_____T

Banyak jugak lah benda baru dalam rumah ni. Duit pun dah banyak habis. So mama cakap, duit raya tahun ni, kena potong! Waaaaaa T_________T

So korang macamana?
Dah ada feel raya?

Bai!

Photobucket