.selamat datang sayang!

Salam Readers~

Duduk rumah sorang-sorang. Mama pergi beraya. Sampai hati pergi bersuka ria dan tinggalkan anak yang sakit dekat rumah. Ok fine, I dah tua, tak perlu di kasihan kan. T____T

Mama beraya dengan Abah & Chacha, Yeop pulak ada trip, maklum lah, beliau kan seorang cikgu yang berdedikasi =.=" Adik pulak ada kelas ganti dekat sekolah. So, I duduk rumah dengan nenek. Nenek pun dah uzur sangat.

Badan I masih panas. Nak buat apa-apa pun tak ada mood. Sebelum ni, kalau balik rumah tengok internet, macam nak terkam. Tak nak lepas. Sebab internet kat rumah laju, tak macam kat rumah sewa tu. Tapi sejak-sejak sakit neh, malas lah sangat. Asyik nak baring jer. Badan tersangat lah letih. So, blog pun malas mau update. ~.~

Kalau I demam, penyakit-penyakit lain pun datang sekali. Kira macam milo paket 3 in 1 tu. Tak payah masuk gula dah *tibe-tibe Tapi serius. I tak suka sakit. Tapi I pun tak tahu apesal I ni selalu sakit. 2 hari lepas, I terbangun time pukul 3 pagi. Tiba-tiba dada I cam sakit gila. Sumpah sakit. Kejut mama, cakap sakit, mama suruh makan panadol jer. Nangis nangis nangis. Ngadu dekat dia. Tak tahu dah nak ngadu kat siapa. Nasib baik dia ada. -.- Ok tak nak cita lagi.

Lepas letak telefon, nangis nangis nangis lagi. Lama-lama terlelap. Sedar-sedar pun, dah pagi, mama ketuk pintu. Bangun tidur makan ubat *lagi Hari-hari hairi makan ubat. Rasanya dah tak ada kesan kot sebab hari-hari makan benda yang sama.

Semalam dengan bangganya I nak cakap, I tak makan nasi langsung. Cuma makan roti jalan 2 keping untuk the whole day. Bukan tak nak makan. NAK SANGAT SEBAB I LAPAR GILA OK! Perut I ni bukan setakat leper, dan melengkung dah. T__T Tapi masalah sekarang, I tak dapat nak makan. Makan je nak muntah. Muntah je nak makan. T__T

Tadi mama call, suruh I makan nasi lemak, ada dekat dapur. Lepas tu suruh I minum susu suam. Ermmmmm nasi lemak? Dengar nama pun, sudah membantutkan selera. Urghh! Tapi I macam teringin nak makan Mee Raja dengan air Pink Panther dekat Murni SS2.

Google Image.
Mee Raja.
Udang dia sangat mengiurkan ok!
Nakkk!!!

Ok tu je mau update. Jangan tanya kenapa tajuk entry I "selamat datang sayang" ok. I pun tak tahu kenapa. I dah start pening kepala ni. Tak boleh online lama-lama. Nampaknya I kena jadi blogger pencen kot. =.="

Bai!