.sedih tak dapat beraya T__T

Salam Readers~

Orang lain sibuk beraya, I pulak kena pergi sekolah lama I. Sebab I dan kawan-kawan lain organize reunion untuk Batch I (SPM 2003) dan batch setahun atas I (SPM2002). To be honest, memang sangat susah nak handle reunion ni. Kawan-kawan I kebanyakkannya dah bekerja dan jauh daripada kampung halaman. Ada yang dekat Sabah, Sarawak, Penang, dan lain-lain tempat.

So, nak tak nak, time raya saja lah dapat kumpulkan semua orang. So, sehari sebelum raya, (9 September) I dan beberapa orang ahli jawatankuasa tertinggi reunion ni pergi sekolah. Last meeting. Banyak lah problem yang timbul. Paling problem sekali adalah duit. Tsk! Ohh duit, tolong lah turun dari langit. =.="

Nasib baik, ada salah seorang kawan I dah dahulukan duit dia sebanyak RM500. So, boleh lah top-up mana-mana yang kurang. Makanan kami order buffet. Doorgift pulak order dekat girlfriend I, Zetty. Zetty pandai buat craft. Cantik tau! Dan MURAH!

Lepas tu, kad jemputan, print out sendirik. Tapi cantik lah. At least boleh cut cost dekat situ. PA system pulak RM200, terpaksa sewa sebab PA system sekolah tak elok sangat. Banner pun RM200. Persiapan pentas dan hadiah, dalam RM400. Overall ada lah dekat RM2000 habis. Pening gak nak tarik budak join.

Kami tetapkan RM50 per head. Tapi ada yang cakap, mahal sangat. Dieorang mintak kurangkan kepada RM30. I pun tak faham. Tolong lah faham kos bahan mentah dan barang-barang lain. Kalau dating dengan girlfriend atau boyfriend masing-masing boleh pulak. Sehari pun lebih dari RM50 boleh habis. Tapi untuk reunion, yang diadakan sekali sekala pun berkira. Kalau nak ikutkan, macam I seorang je yang study lagi.. Yang lain semua dah bekerja. Tapi I masih mampu pergi! Nak seribu daya, tak nak seribu dalih! Grrr! *emo*

So far, dalam 50 orang jer yang dapat join tak termasuk cikgu-cikgu lagi. Serius letih. Susah kalau mereka semua tak bagi komitmen. Tapi apa-apa pun, I happy sangat sebab mantan ketua pelajar sekolah I, Amin (sekarang dah jadi engineer dekat Sabah) yang menjadi kepala dalam reunion ni. Kalau tak ada dia yang sangat bersemangat, memang tak kan jadi reunion ni. Amin ada buat montaj dan montaj dia sangat best dan kreatif. Nanti I mintak soft copy dan upload dekat sini k.

Tema untuk reunion ni merah & hitam. Hari tu pergi Jusco dengan mama. Mama belikan I baju kurung merah hitam yang pada I sangat cantik dan menawan. Harga pun boleh tahan menawan. T___T Tapi tak apa lah, duit mama ;p Hehehe!

Adoii..penat pulak taip entry panjang-panjang. Jom cuci mata tengok gambar I time meeting hari khamis haritu.

Semangat I dengan Noy potong kad jemputan.
Teka mana I. Haha!

Mesti lah yang baju pink tu I. Wekk! ;p Kawan I perli-perli, "Eh Intan, pakai tudung?" Dangg~~ Pakai tudung pun salah. Sebelum pergi sekolah pun, adik-adik I pun perli. Suka usik I. Kang freehair kang! Grrr! Tapi sebenarnya doang support I pakai tudung. Saja usik usik I sebab I kan freehair dulu* ;) Thanks buddies!

Ni kawan I, Azrani. Tapi kiteorang panggil dia Noy. Dia lah yang banyak buat kerja sebab dia duduk dekat kampung. Kerja dengan KEMAS. Tapi jangan main-main. Dia dah ada degree dalam Finance! Dean list setiap sem tuuuuu~~ ^^ Thanks sangat-sangat dekat Noy sebab susah-susah pergi sekolah, mintak permission pengetua. Banyak habiskan masa dan tenaga dia.

Yang tengah on call tu, Syuk. Dia askar.
Dia pun banyak tolong gak.

Yang sebelah kanan tu, Amin. Dia lah mantan ketua pelajar sekolah. Sekarang engineer! Wuuu~ Tapi dah ada girlfriend. Korang tak payah sibuk-sibuk nak suruh I kirim salam. ;p

Ni pulak Faizal. Panggil Pijal jer. Dia cikgu fizik. Kesian dia sebab kena posting dekat Sabah. Seronok dengar dia cerita pengalaman dia dekat Sabah. Hihi! InsyaAllah hujung tahun nanti, kami semua AJK yang terlibat plan nak ke Sabah. Pulau mungkin~~ Tapi semuanya dalam perancangan.

Noy lagik~
Mau berkenalan kah? ;p

Syuk usha-usha board pengakap.
Dia orang kuat pengakap dulu.

I dekat depan dewan sekolah.
Nampak berisi sikit pakai baju jalur melintang.
Bagus betul trick ni. Hihi~~

Tapi kalau pakai tudung ni,
muka macam makcik-makcik =.="
Shawl I semua tinggal kat rumah sewa :(

Dekat dewan ni lah kiteorang akan buat majlis tu. Ni lah dewan I jawap PMR dan SPM dulu. Hihi. Actually sekolah lama I ada 2 dewan. Tapi dewan lagi satu tu dah uzur gila.

I dengan Noy depan dewan lagi satu tu. Serius uzur dewan ni. Sekarang jadi tempat budak-budak main takraw dan badminton jer.

Habis meeting jer, kami terus balik rumah masing-masing. Takkan nak meeting lama-lama. Sebab time ni sehari sebelum raya. Sepatutnya semua nya duduk rumah, tolong keluarga. Tapi kami kena berkorban demi sekolah tercinta.

I hate eye bag!

Tu lah! Siapa suruh meroyan nangis-nangis. Kan mata dah buruk. Terpaksa mekap tebal-tebal dekat bawah mata tu time malam reunion nanti. Huhuu~~ Tak sabar pulak nak jumpa kawan-kawan lama malam tu and jumpa bekas cikgu-cikgu sekolah. Nanti I update ek. Nak prepare baju dan tudung untuk malam nanti!

Doakan majlis I berjalan lancar yer!

Selamat Hari Raya ke-3 korang!

Bai!

Photobucket