.sebab mengapa i selalu sakit

Salam Readers~

I bersiaran daripada rumah sewa tercinta, Melaka. I balik rumah lagi minggu ni. Ye lah, I kan selalu sakit. Daripada I duduk rumah sewa, baik I balik rumah sendiri. At least dekat rumah, mama jaga I. Gila best ok duduk rumah!

Bila bangun pagi, mama kejut. Mama siapkan breakfast, buatkan air susu suam. Siap bawakkan breakfast I masuk dalam bilik I lagi. Lepas tu suruh makan ubat. I di layan bak puteri. Kalau macam ni, nak sakit hari-hari lah. Huuu~

Semalam kawan I text I, dia tanya "Weh, kenapa you balik rumah?" Then I dengan selamba badak nye reply "Kan I demam, sebab tu lah I balik. Kalau I mati, at least mati dekat rumah sendiri" Gila serius jawapan I kan? Lepas tu, mesti lah kawan I marah I kan =.="

Ok, mari berbalik kepada tajuk entry. Kenapa I selalu sakit. Mama cakap, antibodi I lemah, I kurang minum air masak. Lepas tu, I selalu makan tak habis. Macamana nak makan habis kalau makan lebih sikit I nak muntah *alasan haha* I terlalu kurus sampai I selalu sakit dada. Ye lah, dah tak ada lemak dekat badan, macamana nak panaskan badan I. Malam-malam gigil sejuk. =.="

Mama cakap, I dah tak cantik. Pakai jeans dah tak nampak peha, punggung. Bila freehair, nampak leher yang boleh takung air. Nampak cengkung macam jerangkung. Urghh baru sedar betapa buruknya kurus. Jadi kepada anda anda anda semua yang berisi tuh, bersyukur lah yer ^^

Tapi sebenarnya tu semua alasan. Cuma ada satu sebab jer kenapa I selalu sakit. Korang pun tau kan kenapa. Hihihi :) I tak boleh susah hati. Jadi sila jangan buat I susah hati dan sila lah gembirakan hati I yer kawan-kawan semua :)

Tadi timbang badan I dekat Tesco Melaka, turun 1 kg dari 36 kg ke 35 kg.. Rasanya baru timbang last week kot. T___T Gila cepat turun berat. Ker mesin penimbang tu rosak? I rasa penimbang tu rosak kot. Lalalala~~

Then mama belikan I suppliment dekat Farmasi. Tanya lah ahli farmasi tu, suppliment untuk naikkan berat badan, then dia terus suggest-kan ubat dekat atas ni. Dia cakap, pekerja dia pun makan ubat neh gak. Dan berkesan. Murah jer, Rm16.90. Ada 100 biji. Sehari makan 2 biji. Tapi kena minum banyak air masak and I akan cepat rasa lapar. So, dia suruh I spare biskut atau roti dalam beg time pergi kelas. Tapi nanti bila berat badan I dah mula naik, makan sebiji sehari je.

Mama tanya I, berat badan I paling tinggi berapa? I cakap lah, dalam 42 kg time sekolah dulu. Then mama cakap, kalau boleh dapat naikkan berat badan sampai 40-42 kg, mama nak bagi I something yang I sendiri unpredictable mama nak bagi. Huuu~ Apakah? I tanya apa dia. Mama tak nak kasi tau.

Errr kalau angah nak request hadiah boleh tak? Kasi semangat sikit nak naik berat badan. Angah nak budak ni. Mama tolong pinangkan dia untuk angah. Err boleh ekk.. Hakhakhak. Err tak tak tak. Main-main jer. =.="

Candid @ Tesco.
Adik I (Yeop), Chacha & Mama

Angah nak kereta sebiji (bukan kereta mainan atau kereta sorong). Kalau tak dapat suzuki swift, dapat viva pun ok. Dah boring lah bawak motor. Lagipun asyik melayang-layang jer. Tak pun angah nak iPhone 4. Boleh ek mama. Jangan nak buat-buat tak nampak pulak entry ni. Angah tau mama baca blog angah. Huahuahua~~

So korang, doakan I cepat naik berat badan ek. Boleh I kasi korang tumpang naik kereta baru I. Hakhakhak. Chacha memang suka tiru I. I pakai jeans dengan baju putih, dia pun sama. I nak kereta, dia pun nak. I nak si dia, chacha pun nak! Err! *tadi dia sebut-sebut pasal hairi, angah, b mana? =.="

So, wish me luck yer :)

Bai!