.my room make over!

Salam Readers~

Lupakan kisah sedih dan marilah bergembira!
Yeayyy!

Hai korang! Rindu I tak? Tolong cakap rindu please... Nanti I nanges *tak habis-habis nanges budak neh. Pang kang! Ok, beberapa hari lepas, I pergi shopping shopping sama mama tercinta. Pergi Jusco baru dekat Melaka tu. I beli baru raya warna hitam merah untuk reunion, then ternampak butik camel ah shit! then pergi Lovely Lace, beli barang sikit-sikit untuk decorate bilik I. Nak beli banyak-banyak, duit tak de. Beli barang kecik-kecik pun dah habis banyak =.="

Then pergi Romantika Home Decor dekat Ayer keroh. Macam biasa lah, mama beli barangan vantage. I pun bodek lah sikit-sikit. Dapat lah beberapa barang. Kuikuikui~ Eh, kalau tak tau barangan vantage, boleh klik SINI. Vantage yer, bukan vintage. ;) Kat sini barang murah sikit.

Ok, jom sambung cerita. Bilik I ni kecik je. Perabot pun semua dah buruk-buruk. Dulu I suka tampal-tampal kartun lah, star glow in the dark lah. Ntah hape-hape jer I neh. Tapi tiba-tiba I sedar, I dah tua. Dah tak sesuai nak ada bilik macam budak tadika. Kang chacha asyik lepak bilik I jer. Tak ada privacy langsung! Hiks~

MasyaAllah
Bilik ke kapal karam ni?

Tu ada rak buku masa I sekolah. Then ada almari baju I. Siap ada sticker hello kitty lagi =.="Then ada meja solek besi, I suka meja ni. Antik! ;) Eh eh, baru perasan ada puzzle Powerpuff Girls dekat dinding T___________T

Tu ada meja solek warna hitam. Then sebelah kiri tu ada almari hitam. Tapi tak nampak pulak. Langsir pun tak pasang lagi. Gila pemalas I ni.

I ambil masa dua hari untuk fikir macamana lah nak make over bilik I yang kecik neh. I tidur seorang je dalam bilik. Tak de nak kongsi-kongsi dengan adik beradik lain. Nanti gaduh. Hehehe~

So, last-last I mintak tolong adik I, Yeop and adik untuk keluarkan almari hello kitty dengan rak buku. Sebab I mana kuat nak angkat almari and meja solek tu sorang-sorang. Lepas tu, meja solek warna hitam tu pun keluarkan. Sebelum ni ada 2 meja solek. Cheh, nak sampai 2. Tapi tak pandai solek gak ;p Lepas tu I mintak tolong adik I tukarkan posisi katil. Boring asyik posisi yang sama jer. Huhu~

Nak tengok tak bilik I setelah make over? Tapi I snap gambar waktu malam. So, gambar tak terang. Lighting tak bagus tul.

My Room Sweet Room!
*beli dekat Lovely Lace*

Welcome!

Lap kaki kat sini dulu.
Kang berhabuk bilik I. ;p
*Beli dekat Romantika. RM15 jer*


Tadaa~ Ni lah katil I. Sebelah katil, ada meja hitam kecik siap kerusi. Tempat I selalu online. Nampak tak notebook kecik I tu. Walaupun kecik, tapi banyak berjasa tau! ;) Dekorasi dekat dinding tu beli dekat Romantika. Yang bunga pink tu, satu RM5. Yang Love tuh pulak, RM18 kalau tak silap. Murah-murah jer. Kalau mahal, mesti mama tak nak belikan! ;)

Zoom in sikit. Meja untuk notebook I. Comel tak kipas pink dekat notebook I tu. Pemberian seseorang time sama-sama pergi Low Yat dulu. Oh oh oh. Rinduu... T___T Dah dah, diam intan!

Sambung~~ Nampak tak lukisan dekat dinding tu? Tu mama I yang lukis sebab chacha conteng bilik I. Nak cover.. Sebab malas nak cat satu bilik semula. Huhu~

Ni katil tempat I berguling-guling seorang diri. Ajak jugak chacha tidur sama, tapi beliau lagi prefer tidur dengan mama. Cis! Cadar tu mama belikan. Meriah sungguh. I nak pink, bunga vantage tapi mama belikan yang ni. Sebab yang vantage tu mahal woo~ Mama beli untuk bilik beliau saja~ Tak aci sungguh! ;p

Ini bukan bantal busuk. Ini bantal tutup muka.
Sila percaya.

Errr ini pula....err!

Bunga tu beli dekat Romantika. Jam tu pulak pemberian seseorang jugak. Dangg~~ Sebab I ni susah nak bangun pagi.

Ni pulak penutup mata time tidur. Baru lah dapat tidur dengan nyenyak. Novel tu pulak, novel favourite. Tak jemu baca berulang kali. Pemberian Kak Afzan sempena hari jadi tahun lepas.

Nampak almari tu? I tinggalkan satu almari jer dalam bilik I. Semak, sampai 2 almari. Baju-baju yang tak pakai, mama cakap nak sedekah. Nampak tak mesin maxi rider tu. Tempat I selalu exercise. Err selalu ke? Hakhak! Ada board dekat dinding tu tempat I tampal notes and gambar.

Dekat tepi tingkap tu, tempat gantung baju kalau tak muat almari. I gantung baju kurung jer. Lepas tu I gantung segala bagai handbag I dekat situ jugak. Letak lah riben-riben sikit yang I beli dekat Lovely Lace aritu.

Zoom in sikit. Cantik tak handbag pink tu? Beli dekat SINI. Handbag merah tu, beli dekat MNG. Tu pun murah. Tak sampai RM50 pun! Then handbag yang belakang sekali tu, handbag mama I. Zaman dulu punya handbag tapi dah jadi trend sekarang. Huhu~

Ni pulak meja solek. Simple jer.
Senget pulak gmbar ni Huhu~

I rasa sangat selesa dengan bilik I sekarang ni. Kemas, tak banyak barang dan selesa. Yang paling penting, bilik I wangi! Hikss~

So, bilik korang macamana?
Dah kemas ke belum?

Bai!

Photobucket