.masa berkualiti bersama skandal... eh kawan!

Salam Readers~

Happy bercampur sedih~~ Happy sebab dapat dating tadi jumpa kawan-kawan sekolah tapi sedih sebab lepas ni tak tahu lagi dapat keluar sama-sama. Tadi I keluar berlima termasuk I. Mula-mula, ingat nak keluar berdua, tapi setelah di pertimbangkan, cadangan tersebut terpaksa di-cancel bagi menjaga hati beberapa pihak. I tak pandai nak sakitkan hati orang. Orang je suka nak sakitkan hati I dan buat I makan hati. *tiba-tiba I emo.. tsk!

Budak comel macam ni pun kena dumped.
Tak paham kan? :"(

Kawan-kawan I semua dah bekerja. I jer study lagi. T___T Soang kerja dekat Sabah, seorang kat Klang, dan 2 orang lain dekat Muar. Tapi memandangkan tak semua akan balik kampung dalam masa yang sama, so tadi merupakan peluang terbaik untuk hang out together-gether~

Plan nak keluar pukul 2 petang. Keluar dengan sebuah kereta jer. Jimat kos. Lagipun kami berlima. So, mula-mula tuan punya kereta merangkap kekasih lama pick up I dulu dekat rumah. Then baru pick up kawan-kawan yang lain. Ohh jangan risau. Kami tak buat apa-apa. Hikss~~ Ye lahh.. kawan I tu pun dah ada yang punya.. Dah nak kahwin tahun depan *kot. Huuu~~

Then lepas ambil semua orang, kami terus ke BP Mall.. *tempat dating dengan ex-bf I dulu. sob sob sob~ Kami plan nak tengok movie. I nak tengok Resident Evil tapi doang semua nak tengok Piranha. Cis! Then kami pun beli lah tiket cerita Piranha. Kang nanges plak kang kawan-kawan I tu. ;p

Tiket movie pukul 5.15pm. Perut dah bunyik sebab I tak lunch lagik. Then kawan I yang kerja dekat Sabah tuh offer nak belanja makan. Bagaikan aur dengan tebing, kami terus lah pergi Kenny Rogers untuk makan. *peribahasa tak de kena mengena. =.=" Oh ye, kawan I tu cikgu dan masih single. Berminat? Boleh hantar resume dekat I. Hehe~

Comel jer air mineral neh.

Dari kiri, Noy, I and Za.
I dengan Noy je single.
Za sudah berpunya.
Err itu pun nak cakap ke?
Motif? Hakhak!

Kami main suka hati jer order makanan. Japgi bila bil sampai, omaigod Rm150.00++. Ingatkan tak sampai seratus. Tiba-tiba rasa bersalah dekat kawan I. Tapi dia cakap, "Bila lagi nak belanja kawan-kawan. Lepas ni aku dah balik Sabah, ntah bila dapat jumpa korang". Ok fine, I sangat terharu ok. "Pijal, kau memang kawan terbaik. Jom kita kawen! Hakhak~"

Lepas makan, terus ke cinema. Best ok movie Piranha ni walaupun I suka jerit sebab cerita dia terkejut-kejut. I ni dah lah lemah semangat! =_________=" Kesian lah kawan I yang duduk sebelah I. Keh keh keh! Kalau tengok dengan suami, mesti I dah peluk-peluk suami I. Sayang, bila nak kawen neh? *blushing*

Kurus kan?

Tiang letrik pun lagi besar
T_______T

Tahniah intan! Tapi I rasa timbang ni rosak, sebab dia cakap I overweight. Gila hape?? T___T I saja je lah main timbang-timbang dekat BP Mall tu. Tak sangka lah berat I turun. Ok tipu. Sebenarnya I dah lama sangka. Siapa suruh tak nak makan. Padan muka kau intan! Siapa suruh tak nak makan! Hambik kauuuu! :"(

My besties~ :)

Lepas habis movie, kami gi shopping sikit. Kawan I nak beli kasut. I pulak nak beli baju. Then cari-cari kasut, tak de pulak. So, pergi dekat Summit Parade pulak. Nasib baik ada :)

Pasangan bahagia ;p

Errr errr kami bukan skandal!
Kawan I ni yang cikgu dekat Sabah.
Single, berkenan? ;p

Dia pun baru putus cinta.
Ex-gf dia bertunang dengan orang lain.
Lagi kesian. :"(

Dengan Za.
Oh bila I nak tinggi macam dia ek?

Then kami gerak balik ke rumah masing-masing dalam pukul 8 lebih. Sampai rumah dalam pukul 9.30 pm. Ohh mengantuk~~~ Mata pun dah stim jer neh. Lepas ni ntah bila dapat jumpa doang semua lagi. Ada lagi beberapa besfriend I tak dapat join. Semuanya sebab dah start kerja. Sedih. Harap-harap raya tahun depan, doang dapat cuti lama sikit. :) *Nabila, Laila, Muad, Amen, Syuk, Kitut, Za, Noy, Azizi, Pijal - raya tahun depan, kita lepak sama k. Ingat plan kita nak pergi pulau~ Yeayy!

Dan gambar dekat atas ni gambar favourite untuk kali ini. Hakhak. Comel kan kan? Cepat cakap comel! Ini paksaan. Haha! Ok lah, I sudah mengantuk. Esok I update lagik ek.

Selamat Malam!
Bai!

Pssst!
Kawan I yang kerja kat Sabah tu balik esok. Flight dia sebelah petang. Semoga kau selamat sampai. Sabar lah kawan sebab Allah swt memang suka menguji hambaNya :) Kisah cinta kita hampir sama. Kalau ada jodoh kau dengan "dia," tak kemana. Percaya pada takdir! Perjalanan hidup kita masih jauh. Bulan 12 nanti kita lepak sama lagi k! Aku sayang kau. ;)