.lemah tenaga batin

Salam Readers~

Hari ni bangun pagi dengan azam yang baru. Nak jadi kuat kuat kuat dan kuat macam power rangers merah tu. Tapi kepala pulak agak pening-pening. Rasa sejuk satu badan. Ingatkan sebab I memang tak tahan sejuk.

I cuma ada 1 kelas je hari ni
dan kelas tu pun dah dibatalkan sebab kami ada program "Coffee Talk". Kira macam talk show lah. Kami sekelas yang kena organize so, seawal 7pagi dah kena prepare dewan.

Start dari hari isnin, econ dekat satu bangunan campus I rosak. So, memang panas lah kan? Semua orang merungut, panas, panas, panas. Tapi I relaks je. I sejuk, siap pakai jacket lagi. I ingat sebab hari masih awal pagi. Tapi bila dah tengahari, I masih sejuk. Masih tidak berpeluh langsung. Dan masih kekal dengan jacket tuh.

Kawan-kawan dah start jeles dengan I. Hakhakhak. "Weh Intan, kau tak panas ke pakai jacket tu?" Then I jawap, "Kita sejuk lah weh". Haha. Dahsyat kan? Then lepas habis talk show tu, sesi makan-makan lah kan? Tapi serius shit I tak boleh makan. I pening kepala. Mintak kawan punya minyak angin sikit.

Ada macam-macam makanan. Ada naget, karipap, nasi lemak, kek marble, puding. Macam-macam lah. Semua makan tuh free je. Tapi I tengok sebelah mata jer. Bau minyak dekat karipap tu je dah membuatkan I rasa mual dan mahu muntah. I just minum segelas teh tak berapa panas dan cepat-cepat balik rumah sewa. Masa tuh dalam pukul 11 lebih.

Sampai rumah, I terus tukar baju, dan Zzzzz... Dalam pukul 1 lebih tu, I terbangun sebab alarm I berbunyik. Suppose I kena pergi discussion dekat library pukul 2.30 pm ni. Tapi bila bangun tidur, kepala I sakit dan pening gila pork. I terus minum ajaib iaitu air mineral. I neh dah lah sangat liat nak minum air masak. =.="

Kepala semakin pening dan sakit. Baju I dah basah sebab berpeluh. Rumah kayu memang panas kan waktu tengahari? :"( Tekak rasa loya, mual dan macam-macam rasa lagi. Terus pergi toilet dan muntah hijau. Damn. I tak suka muntah ok. Sangat seksa plus I geli. Euww~ Tapi nak buat macamana. Nak tahan-tahan tak boleh. Lepas muntah, I rasa ok sikit walaupun masih pening. Tak macam masa baru bangun tidur tuh.

I tak tahu lah kenapa. Last I makan, petang semalam I makan nasi goreng paprik. Sedap tak sedap sangat lah. Macam biasa, I makan tak habis. I malas nak pergi clinic. Ubat yang dulu-dulu pun tak habis makan lagi. =.=" Kang I kena perli dengan pegawai kesihatan kat clinic tu kang. Asek saket memanjang. Rasa nya sem ni dah lebih dari 5 kali I pergi clinic UiTM tuh. Lemah tenaga batin betul kan? T___T

Bai!