.Kisah Farid dan Melissa

Salam Readers~

Ini bukan kisah cinta romeo dan juliet. Tapi tentang sepasang couple yang sangat sweet. Si gadis bernama Melissa dan si jejaka bernama Farid. Mereka bercinta dari zaman Universiti. Walaupun mereka berlainan semester, itu tidak menjadi penghalang.

Melissa seorang gadis yang manis, berkulit hitam manis, berambut panjang, bermata bundar tetapi pemalu orangnya. Melissa tidak cantik tetapi manis. Pasti terpikat bila memandang.

Berlainan pula dengan Farid. Farid seorang jejaka yang kacak, berkumis nipis dan menjadi kegilaan gadis-gadis di Universiti. Farid bijak dalam pelajaran. Selalu menjadi tutor di kalangan rakan-rakan. Farid tidak lokek ilmu dan murah dengan senyuman. Itu yang menjadi kan hati Melissa tertawan.

Mereka tidak pernah berenggang. Di mana ada Farid, di situ ada Melissa. Farid minat dalam fotografi. Sangat minat. Berkali-kali dia meminta izin Melissa untuk merakamkan gambar kenangan mereka berdua. Dan sering kali juga Melissa menolak kerana malu untuk bergambar. Melissa tidak seperti gadis lain yang gila bergambar.

Farid tidak pernah jemu untuk meminta izin untuk bergambar bersama. Dan Melissa tetap menolak kerana malu. Farid akur dan hormat dengan pendirian Melissa. Mereka menjalani kehidupan seperti couple-couple yang lain. Bercinta seperti dunia itu mereka yang punya. Berjanji untuk sehidup semati. Namun begitu, mereka tidak pernah melupakan apa yang penting dalam hidup dan pelajaran tetap mereka utamakan.

Dan pada hari ulangtahun percintaan mereka yang pertama, Farid mengajak Melissa makan malam bersamanya bagi menyambut hari bahagia. Mereka makan malam di sebuah restoran terkemuka. Berhampiran dengan sebuah tasik di Putrajaya. Farid memang sangat sweet orangnya. Makan malam mereka bersaksi kan bulan dan bintang. Nasib baik tak hujan. Kuikuikui~

Ok sambung. Farid mengeluarkan satu kotak comel dan diberikan kepada Melissa sebagai hadiah ulangtahun percintaan. Melissa buka kotak itu. Di dalamnya adalah seutas gelang silver yang menjadi idaman Melissa selama ini. Melissa girang tidak terkata. Merah mukanya menahan malu. Farid memakaikan gelang itu ke tangan Melissa. Dan meminta Melissa berjanji, tidak akan membuka gelang itu melainkan Farid yang membukanya.

Sebelum pulang, Farid meminta izin Melissa untuk bergambar sebagai kenang-kenangan tetapi Melissa masih menolak. Farid berkecil hati namun di pendamkan saja perasaan itu. Walaupun jauh di sudut hati, dia teringin mengabadikan kenangan terindah malam itu bersama Melissa.

Selepas habis makan malam bersama, Farid menghantar Melissa pulang ke rumah seperti biasa. Selepas mengucapkan selamat tinggal, Farid pun pulang ke rumahnya.

Beberapa minit selepas itu, Melissa mendapat panggilan telefon daripada ayah Farid yang mengatakan Farid terlibat dalam kemalangan selepas menghantar Melissa pulang ke rumah dan Farid tidak dapat diselamatkan.

Menggigil lutut Melissa mendengar berita itu. Melissa menangis semahu-mahunya. Dia terus bergegas ke hospital untuk berjumpa kekasihnya tetapi segala-galanya sudah terlambat. Farid telah pergi selama-lamanya.

Melissa tidak dapat menerima kenyataan yang Farid telah meninggalkannya dan takkan kembali lagi. Tiada apa-apa lagi yang boleh Melissa tatap. Tiada sekeping gambar mereka berdua mahupun gambar Farid seorang dalam simpanan Melissa. Wajah Farid yang redup dan tenang hanya kekal dalam ingatan.

Melissa menyesal kerana tidak menunaikan hasrat Farid untuk bergambar bersama. Kalau lah dia tahu yang Farid akan meninggalkannya, pasti dia menunaikan hasrat Farid itu, dan mungkin sekeping gambar itu boleh di tatap saat dia merindukan Farid.

Kini, Farid telah pergi dan hanya memori indah terlakar dalam hati. Melissa cuma mampu mendoakan agar Farid tenang di alam sana. Al-fatihah untuk Farid. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

*gambar hiasan*

Photography captures life.

"Kadang-kadang,
sekeping gambar mampu mengubah sebuah kehidupan."

Bai!

Photobucket