.kisah cinta di zaman sekolah berputik kembali

Salam Readers~

I suka dia dari sekolah. Dan dia pun sama. Dia tak cakap dengan I dia suka I, tapi dari mata dia, cara dia cakap dengan I, memang I tau dia suka I. *perasan* Lepas tu, kami selalu main kirim-kirim salam. Cakap dekat kawan, "Eh, tolong kirim salam dekat si polan tu ekk.. Dia handsome lah hari ni" Then dia pun sama, "Sampaikan salam pada Intan yer. Comel dia hari ni" Ohh rindu nyee zaman sekolah dulu.

Kami satu kelas masa Form 1 sampai Form 3. Masa Form 4, dia pindah sekolah teknik sebab ambil engineering dan I stay dekat sekolah yang sama sebab ambil sains tulen. Sejak dari tu, kami contact melalui sms je la. Kadang-kadang dia call I. Tu pun guna public phone. Ye lah, student kan masa tu. Mana lah ada duit banyak nak gayut hari-hari. Tapi lama-lama, dia dah tak contact I lagi. I pun dah tak ingat kenapa. Mungkin sebab I dah ada bf time tu. Tapi I tak pernah lupa dia sebagai kawan.

Sampai lah habis SPM, I pun tak tahu dia sambung belajar dekat mana. Memang kami lost contact terus. Tapi I tak pernah lupa wajah dia. Muka dia yang redup tu. Suka buat I senyum. Tenang jer. Teringat pada lawak-lawak dia. Suka buat I tergelak bila teringat.

Masa reunion baru-baru ni, kami jumpa balik. I invite dia dari facebook. Bagus kan facebook ni? Boleh cari balik kekasih kawan lama. Kami tukar-tukar nombor handphone. Tapi tak ada lah sms macam dulu. Sms bila perlu. Sebab dia dah berpunya. Jadi, banyak hati yang kena jaga. Dia dah kerja dekat KL sekarang ni.

Sehari sebelum raya, dia datang rumah I. Bayar duit reunion. Dia call, cakap dah nak sampai rumah I. Masa tu pakai seluar pendek, cepat-cepat lari masuk bilik, tukar pakai jeans. Keluar rumah, tengok dia dah ada depan rumah. Ajak dia masuk, tapi dia tak nak. So, borak dekat luar je lah.

I malu sebab lama tak jumpa dia. Tutup sebahagian muka sebab kena cahaya matahari. Panas. Tapi sebenarnya cover muka I tengah blushing. I hulur tangan, dengan niat mahu minta duit reunion yang dia nak bayar tu. Tapi dia pegang tangan I, nak salam tangan I. I lagi lah blushing. Terus tarik tangan. Then bual-bual kejap. Dan dia mintak diri untuk pulang.

Then masa reunion, kami jumpa lagi. Tapi tak banyak peluang bercakap. Sebab rasa kekok. Ramai kawan lama ada. Ramai skandal masa sekolah datang. Kuikuikui~ Nanti I cerita pasal reunion. Banyak nak cerita, tapi gambar tak ada pulak. Gambar masih pada camera man.

Antara gambar masa reunion. Gambar jejaka tersebut terpaksa di-censored untuk kebaikan bersama. Errr untuk kebaikan dia jer. Kang tak pasal-pasal I kena serang! Tak sangguppp nyahhh!

Lepas habis reunion, dia sms I. Sebab dia tak boleh tidur. I pun layan je lah. Sebab handphone I pun lama tak bunyik. Sadis kan? Ingat rosak. =.=" Sms punya sms, dia ajak I keluar khamis ni.

Nervous sangat sebab kami memang tak pernah keluar date selama ni. I cakap dengan dia, "Tak ada siapa marah ke?" Dia cakap, "Kita kan kawan, apa salahnya" So, lega lah I bila dia cakap macamtu. I tak nak buat siapa-siapa marah. Dan dari pihak I pulak, dah tak ada siapa nak marah. :) Cuma nak mintak permission dari mama jer. Rasanya mama bagi kot.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Eh, penat lah nak buat cerita tipu. Dah tak ada idea dah. I wonder macamana lah pengarah filem boleh buat cerita gempak-gempak ekkk. Huhuhu~~ Korang tak payah lah susah-susah nak caya cerita I kat atas tu. Gambar tu pun, gambar dengan kawan kelas je pun. Dah nak kawen dah mamat tu tahun depan.

Siapa lah nak dekat I neh. Pacal yang hina. T_____T Dah lah hina, asyik kena dumped jer. Malang sungguh. Kesian kan? :"(

Bai!

Photobucket