.jemputan pertama untuk dating setelah bergelar single

Salam Readers~


EH dah raya ke 7 yer? Tak terasa pun tengah raya. SEBAB? Sebab nya I tak beraya pun. Heh, family I tak pergi beraya rumah siapa-siapa pun. Sebab nya nenk I dah uzur. So, duduk rumah jaga nenek je lah. I jer yang ikut kawan beraya. Setiap kali raya mesti macamtu. Tak best sungguh! Dah lah tak ada kampung. Sedih dan jeles tengok KORANG SEMUA beraya dekat kampung! *sob sob sob

Ok, semalam I dalam dilema. Sebab kawan sekolah merangkap kekasih lama ajak kuar dating. Err untuk kali pertama sejak kami kenal masa sekolah, ini lah jemputan pertama untuk kuar dating dan ini lah juga jemputan pertama dating setelah I single! Muahahaha~~ Masalahnya sekarang, kawan sekolah I tu dah ada girlfriend!

OMG! I macam tak sampai hati lah nak lukakan hati girlfriend kawan I tu. Cuba bayangkan kalau boyfriend I *kalau ada* keluar dengan kawan perempuan dia. Even kawan sahaja tapi macam-macam boleh jadi kan kan? Mana tau, cinta zaman sekolah berputik kembali. Ohhh tidakkk...

Then lepas fikir punya fikir, I pun decide nak ajak beberapa kawan lain untuk keluar sama. So, tak ada lah istilah dating dan I pun lega. Cuma I harap, skandal terbaru I yang comel ni redha yer. Jangan curang semasa ketiadaan I. Tunggu dinda pulang yer kanda... Nanti I belikan you McD. Mau? ;)

Ok lah,
mahu cari baju dan tudung yang sesuai.
Will update later~~

Bai!


Photobucket