.DiGi iPhone 4 Me

Salam Readers~


Oh oh oh! Adakah I terlambat untuk post entry ni? Oh tidakkkkk! Semalam I mimpi basah ada orang nak belikan iPhone untuk I. Kuikuikui~ Gila terbaik ok kalau ada orang nak belikan! Memang tak carik lain lah *dasar materialistik! Hikss!

Dulu-dulu, I tak tertarik langsung dengan iPhone neh. I ni jenis tak suka sangat handphone yang touch screen, sebab macam susah jer nak taip sms. I tak macam budak ni. Suka sangat handphone touch screen.

Tapi since iPhone 4 launched baru-baru ni, I rasa macam "Eh, I nak!! Tak kira!"

iPhone4 NuffNang Badges 2 DiGi iPhone 4 Me
Selama ni, I kalau beli handphone, I tak survey pun. Apa dia cakap, I ikut. Apa yang cantik di mata dia, cantik lah di mata I. Ok fine, I memang pemalas untuk google tentang handphone.. Lalalala~~

Tapi kan, sejak malam tadi, I macam terus set dekat kepala otak, "I mesti beli! I mesti beli!" Tapi bila tengok harga iPhone 4 tu, "I mesti mati! I mesti mati" sebab mahal kot harga iPhone 4 ni. Lagi-lagi dia baru released dekat Malaysia. Ohh hancur hati I... T__T

Then bila bangun pagi, cepat-cepat on lappy, search tentang iPhone 4. Survey punya survey, iPhone 4 yang dari Digi paling murah. Ye, PALING MURAH! Errr sebenarnya, semalam, dalam mimpi, dah ada orang tolong kirakan berapa harga iPhone 4 tuu compared dengan telco-terkemuka-lagi-satu-yang-tak-boleh-bagitahu. Huhuhu.

Plan iDigi paling murah baru RM58 sebulan. Untuk student macam I ni, memang mampu lah sangat~ Sekarang bil handphone I pun lebih dari RM100. Kuikuikui~

Ohh ohh, camera dia sangat menggoda!

I ni kan gila camera. So, iPhone4 ni sangat sangat sangat sangat lah sesuai dengan I. Sebab? Sebab camera dia 5 megapixel dan boleh 5 kali zoom! Memang jelas lah muka siapa-siapa yang banyak jerawat tuh. *fuhhh nasib baik muka I tak banyak sangat err! Tak payah lah I susah-susah kumpul duit nak beli DSLR tu. Guna camera iPhone 4 pun dah cukup puas hati :")

Lepas tu kan, yang best nya tuh, bila video call, nampak macam real. Sebelum-sebelum ni, kalau buat video call pakai handphone lain, pixel akan pecah-pecah kan? Macam tak jelas sangat. Urghh! Tekanan~ I nakkkkkk iPhone4 niee...... Nanti boleh lah video call selalu bila rinduuuuu.. Hukhukhuk~

Heh, I ni suka surf internet, suka sms, dan suka dengar mp3 dalam satu masa. So, banyak ler applications yang I bukak dalam satu masa tu. Tadi tiba-tiba bila I surf, I tengok iPhone 4 ni ada Multitasking. Ngeh ngeh ngeh~ So, I boleh switch kemana-mana application secara zuppp zupppp berdezupp laju~ Tak de nyer nak hang-hang bagai. Lagi satu, dia tak memudaratkan pun jangka hayat bateri. Ohh suka! suka!! suka!!!

Kadang-kadang kan, screen handphone kita tak jelas kan bila surf internet? Tulisan kecik sangat lah, hape lah, walaupun dah beribu-ribu kali zoom. Tapi dengan iPhone 4 ni, gambar dan tulisan teramat lah jelas. Nak nak nakkk!!!

Sangat jelas kan?

Ia di panggil Retina Display. Serius, macam display betul-betul dekat retina mata kita ni. Kuikuikui~

Kebanyakkan handphone cuma ada satu microphone tapi iPhone 4 ni ada 2! Mic utama terletak di bahagian bawah. Ia di gunakan untuk phone calls, untuk voice commands dan memo. Dan mic yang kedia pula untuk headphone. So, dengan adanya kedua-dua microphone ni, tak ada lah korang kena terjerit-jerit bila tengah gayut sebab dia akan menghasilkan perbualan yang senyap. Kira macam perbualan dalam kelambu lah. Kuikuikui~

Dan last sekali, yang best pasal iPhone ni, boleh record, edit dan share video terus Bukan video biasa yer, tapi HD video! Urghh! I want! I want! Ni rasa nak nangis ni kalau apa yang I nak, I tak dapat. Jom tengok gambar lagi, kasik air liur korang meleleh tengok iPhone 4 ni.

Engineered Glass.

Stainless Steel Band.

Apple A4 Processor.

Gyro + Accelerometer

Multi-touch.

Ouch! Sudah tergoda? Jom nangis sama-sama sebab tak dapat beli iPhone 4 ni. Isk! T___T Tapi kalau lah Digi & Nuffnang baik hati, please please please bagi iPhone 4 ni pada I yerrrrr........ Heeee!


I want a Digi iPhone 4!
I rather die than live without it~
Wuuuu~~~

Bai!


Credit pictures : HERE