.bertambah lagi gambar konvo dekat dinding =")

Salam Readers~

Ini gambar time adik I konvo beberapa bulan lepas. Kakak I tak dapat datang, sebab kerja. Gambar ni baru je pihak UMT pos dalam 2-3 hari lepas. Gila lambat doang proses. Dan macam biasa, lepas dapat gambar konvo, harus lah gantung dekat dinding kan? Lagi-lagi nak raya.

Adik lelaki I baru umur 22 tahun. Tapi dia dah ada degree Sains Kimia. Sekarang, sementara dapat kerja tetap, dia jadi Guru Sementara dekat SMK Tun Dr Ismail Bakri, Muar. Kakak I pun dah ada kerja. Dia ada degree dalam Biodiversiti. Lulusan UMT jugak. Dan sekarang dah dapat kerja government sebagai Pegawai Perikanan. Umur dia dah 26 tahun.

Tapi I, dah umur 24 tahun, tak dapat degree lagi. I cuma ada diploma dalam Sains Geomatik, UiTM Shah Alam. T____T Dan sekarang I sambung degree Human Resourse dekat UiTM Bandar Melaka. Ambil course yang berlainan dari diploma dan terpaksa bermula dari Semester 1. Sekarang I baru Semester 2 dan I ada lagi 2 tahun untuk habiskan degree. Ohh cepat lah jalan laju-laju masa itu. Naik flight pleaseeeeeeeee! ^^

Kakak dan adik I bernasib baik sebab doang semua masuk matriks tapi I tak dapat matriks. I masuk Diploma. Lepas habis diploma, I duduk rumah. Malas sambung degree. Lepas tu jadik Guru Sementara. Last-last bila bosan kerja guru kontrak, I apply degree. Tapi macam dah terlalu tua jer. Umur 26, baru dapat degree. T____T

Tapi walaupun I baru ada diploma, gambar konvo I lagi over dari adik dan kakak I. Doang cuma ada 2 gambar. I sampai 4 gambar! HAHAHA! Dahsyat kan? Masa kakak I konvo dulu, semua adik beradik dapat datang. Tapi masa I konvo, kakak I tak dapat datang sebab jaga nenek I yang dah uzur dekat rumah.

So, terpaksa ambil gambar awal di studio. Yang dekat studio, freehair ^^ Tapi yang dekat studio UiTM tu, I bertudung youuuu~~ ;) (red arrow : my pictures, blue arrow : my sister, green arrow : my lil brother) Waaa~~ Tiba-tiba I terus sangat bersemangat nak habiskan belajar cepat-cepat.

Nak kerja!
Kerja! Kerja!
$$
Duit~~
Ohh duitt~~

Ka-ching!
$$$

Bai!

Photobucket