.adik gua kena culik!

Salam Readers~

Serius, gua tak tipu lu orang semua. Meh gua cerita. Ada satu hari tu, gua bangun tidur lambat. Eh sebenarnya hari-hari gua bangun lambat. Har har har. Eh eh lagi sekali. Apesal gua cakap "gua lu gua lu" ni? Tersampuk skandal gua yang comel lah ni. Comel waklu! Hakhakhak~

Ok berbalik kepada intanurulfateha yang comel punya cerita pulak. Memang pagi tu, I terbangun lambat. Tengah best-best tidur, kakak I ketuk pintu. "Angah, Chacha tak ada ni.. Cepat tolong cari!" I dah lah tengah mamai-mamai bangun tidur tu. Dengan baju tidur semua, I keluar lah bilik.

Time tu, I tengok mama I dah nangis-nangis. Kakak I dah macam orang gila. Start kereta, pergi cari dekat jalan raya. Sebab takut adik I tu melintas ke hape. Adik I tu baru nak masuk 4 tahun ok! 4 tahun! Lepas tu, adik lelaki I (Yeop) pergi rumah Mak Ngah I dekat belakang area rumah I. Tapi rumah tu kunci and tak ada orang dekat ruma.

Ah sudah.. semua orang dah panik. Chacha kena culik ke? Then, adik lelaki I yang paling kecik (Afiq) start scooter dia, pergi cari dekat rumah jiran-jiran. Abah I tak ada time ni, sebab kerja. Polis kan, mana lah dapat cuti raya.

Dem, I dah buntu. Nak keluar pergi carik, I tak mandi lagik. Ceh, pentingkan mandi plak. Ye lah, kecantikan adalah milik setiap insan. =.=" Then I jerit-jerit satu rumah. Cari dekat tingkat atas, cari bawah tangga, carik dalam bilik semua orang, tapi tak jumpa. I dah macam orang gila terjerit-jerit cari dia.

Then I tanya mama balik, ada siapa-siapa tak datang rumah masa I tidur. Then mama cakap, dia main dengan anak Mak Ngah I. Doang semua beraya rumah I. Anak Mak Ngah I tu umur dalam lingkungan 12 tahun kebawah lah. Ada lah dalam 5 orang. Then mama call Mak Ngah I. Mak Ngah I dekat pekan pulak time tu. Dia cakap, anak-anak dia pergi beraya rumah jiran. Chacha pun ikut sekali! Tsk!

Actually time kejadian tu, kakak I tengah basuh kereta dekat depan rumah. So, pintu rumah tak kunci lah. Adik I yang dua orang tu tengah main game. Mama pulak kerja. Tapi klinik mama dekat jer dengan rumah I. Dalam 2 KM camtu. Ingatkan adik I tu ok lah main-main dengan kazen-kazen I. Tak sangka lah chacha ikut sekali!

Tak lama lepas tu, adik I yang Afiq tuh balik. Then I nampak ada budak kecik berdiri dekat tempat pijak kaki scooter tu. Eh, itu chacha! Balik tu, I dah marah-marah chacha, tanya dia pergi mana. Kenapa pandai-pandai ikut kazen-kazen I tu semua pergi beraya rumah jiran? Konon-konon I macam caring lah kan. Padahal nak cover line sebab bangun lambat. Kuikuikui~

Time tu, Chacha boleh pulak buat muka paling slumber~~ Padahal masa tu mama I dah nangis-nangis. "Chacha pergi mana? Kenapa tak bagitau mama?" Then boleh pulak chacha cakap "Chacha pergi rumah Cik Midah, chacha pergi raya mama, chacha dapat duit raya, chacha dapat keropok" Siap buat muka gembira lagik. Dia tak tau semua orang risau kan dia. Geram sey tengok muka gembira dia tu. Memang rasa nak makan pelempang jer..

Then semua orang marah dia. Kami marah bukan sebab apa. Kami risau. Kami sayang dia.

Walaupun dia bukan adik kandung kami,
tapi dia segala-galanya bagi kami. :")

Dia memang manja dengan siapa-siapa pun.
Sama macam angah dia.

Kalau chacha kena culik,
siapa nak hiburkan hati angah?

Kalau chacha kena culik,
siapa nak tolong angah basuh pinggan?

Kalau chacha kena culik,
siapa nak tolong angah siram pokok bunga?

Kalau chacha kena culik,
siapa nak tolong angah buat kek?

Kalau chacha kena culik,
siapa nak peluk cium angah?

Lu mau sayang?
Kalau lu mau,
gua tak kisah adik gua kena culik.
Har har har!

Bai!