.surat cinta dan hadiah dari seorang secret admirer

Salam Readers~


Korang pernah ada secret admirer tak? I tak pernah ada. Biasa nya I admire dekat orang jer.Teeehehehe! Agak-agak apa perasaan korang apabila dapat hadiah dari seorang secret admirer?

Huh, rasa dia sangat-tak-boleh-nak-describe! Ok meh I cerita. Semalam, I dapat meset dekat facebook dari seseorang. Beliau cakap nak jumpa I dekat campus I. Actually I kenal beliau neh. Beliau pun student KBM jugak. Tapi secara part time sebab beliau dah kerja. Tadi tengahari, beliau sms I, cakap maybe tak jadik datang. Tapi tiba-tiba dalam pukul 2pm tuh, beliau sms lagik cakap dah sampai KBM (UiTM Kampus Bandaraya Melaka).


Kebetulan I pun dah habis kelas. I lapar gila. So, I paksa lah beliau teman I makan dekat cafe KBM. Then bila dah jumpa beliau, I pretend macam dah biasa jumpa. Padahal ni baru kali kedua kami dating jumpa.

Beliau tak nak makan sebab dah kenyang. So, I makan lah sorang-sorang dengan bertemankan beliau. Tapi kami tak dating berdua sebab kawan beliau pun lepak sekali dengan kami. Tapi lama-lama kawan beliau blah dan memberi peluang kepada kami untuk berdua kembali. Cewahhhh! Hakhak!

Lepas settle makan, kami borak-borak-macam-dah-lama-kenal. Teeehehe! Then tiba-tiba beliau dapat call sebab beliau dah kena balik office. Beliau datang KBM pun sebab ada kerja. So, melencong lah sekejap dengan I. Before I dengan beliau separate, beliau bagi I bag kertas. Beliau cakap hadiah untuk I.

OMG, I suka campur segan. Ye lah, I kan pemalu. Kikikiki! Tak sangka orang macam I neh ada secret admirer. Siap bagi I hadiah pulak tuh. Tapi beliau pesan, bukak dekat rumah sebab beliau segan. Then lepas tu seperate lah kami membawa haluan masing-masing. Nak tengok tak hadiah apa yang beliau kasik I?

Ni beg kertas tu.
Beliau kerja dengan Kementerian Kesihatan.

Heh, ni isi dia.

Sayang pulak nak makan coklat neh.
Sebab tak pernah dapat coklat sebesar ni!

Ohhh touching nya baca surat neh.
T______T

Heh, I tipu jer pasal secret admirer tuh. Sory ekkk. ^^ Orang macam I neh siapa lah nak minat. T______T Lagipun gila ker nak ada secret admirer. I neh kan setia orangnya. Tapi kalau I nak curang pun, takkan lah I nak tulis dalam blog! Diam-diam sudeyyyy! *sambil jeling-jeling manja dekat Hairi* Hakhak!

Actually, beliau yang I merepek dalam petikan diatas neh adalah seorang gadis yang tak-berapa-nak-comel-sebab-I-lagik-comel-dari-beliau. Hikhiks~~

I kenal beliau dalam dunia blog neh jugak. Tak sangka lah boleh rapat sampai sekarang. Baru jer kenal tapi macam dah lama kenal. Nama beliau Xett Hereen. Nama beliau panjang sangat. Tapi panggil Xett jer lah. Huuu~ Baik dan sangat baik orang nya! I tak tipuuuuuu~~

Comel kan beliau? Single lagik neh!
Nak no handphone beliau tak?
Lelong lelong!!! Hakhak!

Ada sekali tuh, I tengah ada problem. I sms beliau. I cakap nak ajak jumpa, tapi kebetulan beliautak ada credit, tapi beliau terus call I pakai fon office. Time tuh, I nangis-nangis cakap dengan beliau. Sakai tul I neh. Sikit-sikit nangis. Hehehe~ Beliau pun rajin reply sms I even I pakai digi and beliau pakai maxis. Heh, I ada jer no maxis tapi malas topup ;D

So, I harap lepas neh, relationship I dengan Xett will be last forever. Tak mau lah kawan kejap-kejap. Walaupun I tau, I tak best, tapi I masih comel. Jadi, sila kawan dengan I sebab tak rugi kawan dengan orang yang comel macam I neh! Hakhak~~

Ok lah, I nak tidur. Malam kang ada discussion pulak dengan group I. Another presentation! Waaaa...penat penat =( Kalau korang free, pergi lah blog Xett okeyh! Till then.

Bai!


Pssst!
Regret sebab tak snap pic dengan
Xett tadi =(
Next meeting, kita gediks santai k yayang!


Photobucket