.jalan-jalan di jonker walk

Salam Readers~

Semalam, I dengan housemate I jalan-jalan dekat Jonker Walk. Kiteorang pergi lepas maghrib. I pergi naik motor dan housemate I pergi jalan kaki. Sebab tak ada lah jauh sangat dari rumah kiteorang. Kalau naik cab, confirm mahal!

I dah lama jugak tak pergi Jonker Walk neh. Best dekat sini. Macam-macam benda jual. Dah lah murah. Kalau cakap nak cuci mata atau window shopping memang tak lah. At least akan beli something. Termasuk lah I. Huuu~

Tapi semalam, I bawak duit tak banyak. RM50 jer. So, I beli barang kecik-kecik jer. I tak snap pulak pic dekat Jonker Walk tuh. Actually kat tempat ni kita kena berhati-hati sebab banyak pick pocket. Err nak tengok apa yang I beli? Teehehehe!

I beli jibbitz crocs I. Crocs I kotor. Keh keh. Sebijik jibbitz RM2. I beli 3. Then I beli yang 3D satu. Nampak tak yang bunga berdiri tuh. Comel kan kan? Yang 3D RM4. So total semua jibbitz baru RM10. Kalau beli dekat kedai Crocs betul-betul, sebijik dah RM7-RM8!

Pandangan dari atas. I beli apple, bunga, lollypop, dengan cupcake. Yang katun kecik ujung tu jibbitz lama.

Then I beli cekak rambut. Sebenarnya bukan untuk I. Tapi untuk orang lain sebab rambut beliau dah panjang. Aritu nak beli dekat The Curve tapi bapak mahal harga, satu jer dah RM6! Terus tak jadik beli. Sebab I cakap, I boleh beli lagik murah dekat Muar atau Melaka. Harga sebenar RM2.50 dapat RM2.40. Hakhak!

Ni pun sama, RM2.40. Yang ni best sikit, boleh tarik semua rambut ke belakang. Tak lah rimas kalau rambut orang tuh panjang.

Then I terasa nak belikan Chacha mainan. So, I belikan Mickey Mouse dekat atas neh. Chacha suka Mickey Mouse. Benda neh kalau ketuk ketuk, nanti berbunyik. Yang ni RM10 tapi I mintak kurang dapat lah RM9. Huhuuu!

Last sekali I beli wedges. Comel tak? Ni RM29. Tapi I tak beli dekat Jonker Walk tapi I beli dekat Tesco. I rasa wedges ni comel lepas tuh sedap pulak bila pakai. Selesa dan ringan. Plus corak dia bunga-bunga vantage. Mama I suka barangan vantage. Kalau mama berkenan, boleh kasik mama. :)

Ni salah satu kedai dekat Jonker Walk.
Tapi I google jer neh.

So korang, bila nak gathering dekat Melaka? Kan I dah kata, macam-macam ada. Tapi yang paling best, sebab I ada dekat Melaka. Hakhakhak!

Pssst!
Hujan lebat dekat sini.
Kalau sambung tidur, best neh! ;D

Bai!

Photobucket