.eh, mama i dah ada blog?

Salam Readers~

Apa khabar korang semua? Ada yang dah pengsan ke? Lek lu... Baru pukul 5.. Lagi 2 jam jer nak berbuka. Hehe! I masih di rumah. Malam ni atau esok selepas sahur, baru I akan balik rumah sewa di Melaka. Malas nya nak balik. Pak kal jer ada kelas hari khamis. Hari jumaat petang ada kelas ganti. Lepas tu hari sabtu ada test pulak. :(

Hari ni rasa best jer duduk rumah. Dan petang tadi, I tolong mama I buat blog. Since mama I dah berjinak-jinak dengan internet, boleh lah mama tulis blog. Lagipun mama ni seni orangnya. Keh keh keh~ Nak tengok tak blog mama I? Klik SINI yerr. Maju tak mama I? Apa, ingat mak Khairudin jer yang boleh expose dekat internet? Mama I pun boleh lahh! Hahaha~

Simple jer blog yang I buatkan tu. Tak ada idea pulak nak decorate macam-macam. Mama I baru buat facebook few weeks ago. So, hari-hari mama akan komen dekat FB I. Tak leh lah nak mencarut-carut sangat dekat FB lepas neh. Haha. Alaa selama ni pun, I mana penah tulis benda tak elok. Semua elok-elok. I kan budak yang baik. Hahahaa!

Eh, korang berbuka apa hari ni? Mama I cakap nak masak lemak cili api ikan tenggiri. Nyum! Nyum Sedapnya.. Tak sabar nak makan. Petang tadi just makan sup and roti dengan Chacha. Opss! Hakhak~~ Sorry lah yer korang. I tak boleh puasa pulak. Lagi 7 hari nanti, kita puasa sama-sama yerr ^^

So kepada korang, selamat berbuka puasa. Jangan ponteng-ponteng yerr. Yang uzur tuh, boleh di kecualikan dan jadi geng I. Hakhak~ ;)

Bai!

Photobucket