.ok fine, i kena skodeng pagi tadi T____T

Salam Readers~

Pagi tadi, kan I kelas pukul 8.3o sampai 10.3o am tapi kelas habis awal.. Habis pukul 9.3o so lepas I minum pagi I pun cepat-cepat lah balik rumah sebab kepala hotak I neh dah set yang I nak TIDO~ Yeahh.. I memang kuat tidur. Harap maklum ;D

Ok sambung cerita. Lepas I puas tidur, I pun bangun lah kan sebab I ada kelas pukul 123o tengahari. Haish, I pun tak faham kenapa UiTM neh buat kelas tym I sepatutnya nyenyak tidur. Heh, sambung entry. I neh memang suka melalut. =,="

So, dalam pukul 11.40 tu I bangun lah. Basuh muka, gosok gigi and bersiap nak ke kelas. Then tiba-tiba seorang housemate I cakap dekat I yang makcik rumah sebelah panggil tadi and cerita something. Rupa-rupanya selama neh rumah I selalu kena skodeng! OH MY GOD! I tak sangka~~

Menurut kawan I *melalui cerita makcik tuh lah kan*, suspek yang selalu skodeng rumah I tuh adalah seorang lelaki, kurus dan tinggi. Dan sudah pasti bukan bakal roomate I sebab ciri-ciri suspek tiada pada bakal roomate I. Teeeehehehehe~~

Tapi makcik tuh pesan, jangan kecoh-kecoh sangat sebab budak-budak lelaki dekat area rumah I neh laen macam sikit. Berbeza dengan budak U yang educated. Takut doang buat macam-macam dekat kami semua *I dan housemate I* I takut lah kalau doang tuh dari kalangan drug addict! Ohh takutnyaaaaaaa T______T

Cuak jugak lah kan sebab rumah I neh tak ada lah secure mana. Sekali sepak pintu rumah I neh, confirm tercabut! T____T Ha, suspek tu skodeng rumah I melalui dinding kayu. Rumah kayu memang lah dinding berlubang-lubang. T_____T

Makcik tu kata lagi, suspek tu memang dah kerap skodeng. Pagi tadi, dalam pukul 11 pagi dia skodeng. Makcik tu nampak! So, dia buat-buat panggil cucu cucu dia kuat-kuat. So, bila suspek tu nampak, dia terus lari. Bongok punya manusia!

Eii susah I nak explain. Gambar atas neh gambar rumah sewa I. Anak panah kuning tu, ruma singgahan owner rumah I. Kira bercantum dengan rumah sewa I tu. So kalau owner rumah balik melaka (dia orang KL), dia akan duduk ruma tuh. And yang kena skodeng tu dari dinding dekat anak panah merah tu. Tertutup pulak dengan pokok yang besar tu.

Cuak gak selalu kena skodeng. Dah lah banyak barang berharga dalam rumah I. Macam beberapa biji laptop, TV, mesin basuh, dapur gas, peti ais.. Haish, macam-macam ada! Bini orang pun ada. Maklum lah, seorang housemate I dah kahwin! Teeeehehehe~~

Hmm kalau korang jadik I,
korang nak buat apa ek?

Perlu ker I skodeng orang tu balik?
HAKHAKHAK!

Bai!

Photobucket