.korang suka bertindik tak?

Salam Readers~

Korang suka tindik tak? Kalau dalam bahasa omputihnya, piercing. Heee~ I suka tindik. Dulu masa sekolah, sakan nak tindik telinga. Telinga kiri 2, telinga kanan 3.

Tapi sejak-sejak I dah matang besar neh, I dah malas nak pakai earing dekat semua lubang yang I tindik. So, I just pakai sepasang earing comel pemberian ehem ehem masa birthday I last year. Err tapi telinga kanan ada extra earing sebab I dah terbiasa pakai dekat bahagian cuping telinga sebelah atas. Baru nampak ganas! Muahahahaha!

Masa I diploma dulu, I gatal nak nose piercing. Orang cakap, kalau hidung mancung, cantik kalau pierce. Teeeheheehe~ Tapi tak ada lah mancung mana hidung I. Kalau gedik nak pierce tu, memang dah gedik ah. Tak payah nak bagi alasan macam-macam Intan oiii! Hoho~~

I tak tau sangat rules masa dekat UiTM Shah Alam duluuu.. Well, rules are made to be broken! Huhuu~ So, I dengan selamba badak nya pakai nose ring tu ke kelas. Tak pernah kena tahan pak guard atau kena sound dengan lecturer.

Tapi sekarang dekat UiTM Bandar Melaka ni, I kalau nak pergi kelas, terpaksa bukak nose ring tu. Leceh tauu.. Sebab lubang nose ring ni cepat tertutup. Kalau dua-tiga hari tak pakai, confirm susah nak pakai nose ring tuu. T____T

I penat cari nose ring silver yang paling kecik, tapi tak ada. I tanya Kak Tash, beliau cakap dekat kedai emas ada yang kecik. Huuu~ Segan lah nak pergi beli dekat kedai emas. Korang tau tak kat mana? Kalau boleh, I nak yang silver jerr sebab I suka pakai silver rather than emas! Huuuu~

Bai!


Photobucket