.menyesal pergi kota tinggi tapi dapat jumpa artis!

Salam Readers~

Semalam I tiba-tiba mama ajak pergi Kota Tinggi, ada wedding dekat rumah saudara sebelah mama. Mula-mula macam malas, tapi last-last ikut lah jugak. Mama cakap nak pergi lambat sikit. Walaupun majlis dah habis, at least dapat jumpa saudara mara. I pun layankan jer lahh.

Gerak dari rumah pukul 3 petang. Singgah petronas, isi minyak, beli jajan then teruskan perjalanan. Sampai Kota Tinggi dalam pukul 6.30 petang. Gila lama! Kalau pergi KL, siap boleh bercinta lagik dengan bakal roomate. Naek kebas bontot punggung I duduk dalam kereta. Chacha pulak relaks jer tidur. Kami pergi ber-empat jer. I, chacha, mama & abah. Yang lain jaga rumah.

Sumpah I pening kepala. Sampai-sampai, lepak, borak, then makan. Sambil-sambil tuh, layan lah fb. Post status cakap sampai dah sampai Felda Kledang dekat Kota Tinggi neh. Tiba-tiba ada seorang minah neh reply.....

Komen punya komen, last-last decide nak jumpaaaaaaaa... Heeee pertemuan yang tak di rancang. Rupa-rupanya, ada jugak artis blogger duduk kat situ. Hik hikss~

Muka I serabut jangan cakap lahh. Pakai tudung lawa-lawa cantik cantik dari rumah, sampai-sampai dah macam hampehhh.. Ah layan jer lahh. Oh lupa nak kenalkan. Ini lah Ryne. Student UniKL. Baru first time jumpaaaa...

Chacha pun sibuk nak enterframe! Huhu~~ Kalau korang nak tau, hari ni birthday Ryne. Cepat wish happy birthday dekat beliau! Huhuhu~~ Kami gerak balik dari sana dalam pukul 9 malam dan sampai rumah dalam pukul 1 pagi. Gila Penat! Eh ok lah, itu saja mahu update.

Bai!


Photobucket