.minyak tu bukan untuk masak tapi untuk??

Scheduled Mode.
Salam Readers~


Hakhak.. Sebelum memulakan entry, kasi I gelak puas-puas dulu bole? Hahahahaha~ Cerita neh agak memalukan diri sendiri tapi I tetap nak tulis dalam blog, sebagai peringatan dan pengajaran kepada semua readers khususnya perempuan~ Kuikuikui~

Ada 1 day tuh, hari apa, I tak ingat tapi yang pasti, housemate I mintak tolong I pergi kedai, beli minyak masak sebab time shopping barang-barang rumah, terlupa nak beli minyak. Sebab pagi tuh, doang nak masak Nasi Goreng. So, lepas mandi, I pun pergi lah kedai runcit area kampung morten tu. Tapi, tutup lah pulak.

So, I merempit pergi area Taman Cempaka pulak. Nak pergi Tesco, tak bukak lagik. Bila sampai kedai tu, I usha lah dari depan sampai belakang. Tapi tak jumpa pun minyak masak macam mama I selalu beli.


Minyak masak mama I selalu beli macam gambar dekat atas neh. Then tiba-tiba I ternampak minyak masak-brand-tak-glamer. So, I tengok botol paling kecik Rm3 lebih. I pun ambil lah. I tengok minyak tuh ada tulis halal. I fikir, tak apa lah, guna dulu minyak neh untuk masak, nanti petang-petang sikit, pergi lah Tesco, beli minyak lain.

Then I pun pergi lah kaunter nak bayar. Sebelum tu, I suruh pekerja kedai runcit tu ambilkan telur ayam 10 biji. Lepas settle semua, I pun dah ready nak bayar. Then lepas tu, owner kedai tu usha pelik dekat I. FYI, owner tu India and kedai tu kedai runcit India. I dah pusing satu Taman Cempaka, tak nampak kedai melayu. Ok, meh baca dialog I dengan owner kedai tu.

Owner : Minyak ni nak buat apa?
Intan : Rahsia *gelak-gelak*
Owner : Minyak ni nak buat masak ke?
Intan : A'ah, nak buat masak
Owner : Minyak ni tak boleh buat masak. Ni minyak untuk sembahyang. Kalau nak minyak masak, ambil dalam kotak tu *sambil tunjuk arah minyak masak peket dalam kotak *
Intan : Gulp! =.="

Hahahaha~ Time neh, I dah tahan gelak. Cover malu! Sampai rumah, I cerita dekat housemate, semua pakat gelakkan I. Nasib baik owner kedai tu tanya I nak buat apa, kalau tak, kiteorang semua makan Nasi Goreng pakai minyak yang orang India buat sembahyang T___________T Mana lah I tahu pasal minyak-minyak neh. I tau yang jenama Seri Murni, Cap Helang, dan yang sewaktu dengannya. Yang minyak untuk orang India sembahyang tu pun dalam botol yang menyerupai minyak masak Seri Murni. I pun confused lah! T___T

Tadi cerita dekat mama time on the way balik Muar, mama gelakkan I. Abah pun sama. Mama cakap, "hah, tuh lah, tak pernah ambil tahu hal dapur" Cis! Sadis tul. Malang gila I rasa hari tu. Hakhak~


Ni google jer tau! Hahaha~

Kalau korang jadik I macamana?
I rasa dah tak nak dah jejak kaki dekat kedai tu lagik!
I Malu Gila Kot!
T________________T

Photobucket