.bukan kisah si dot dot, tapi si tot tot

Scheduled mode + Holiday Mode
Salam Readers~


Hari tu, I ada cakap, I nak cerita kisah terlampau seorang budak kan? Ok, hari ni, I akan cerita ekk. Hehe! First of all, I bukan nak memburukkan siapa-siapa dalam entry neh. I cuba nak berkongsi cerita dan pengalaman. Harap korang semua dapat pengajaran daripada apa yang I nak sampaikan. ^^ Fuhh suspen tak? Ekekeke!

*gambar ini adalah hiasan semata-mata*

Ok, I nak cerita tentang seorang gadis, berumur dalam 22 tahun. Dia ni merupakan coursemate I. Tapi kami bukan dalam kelas yang sama. Dia baik tapi ada certain perangai dia yang I tak berkenan. Bukan I seorang saja yang tak berkenan. Ramaiiiiiiii lagi. Kami semua dah buat conference. Ada yang mahu serang dia. Tapi tak sampai hati pula sebab kami semua tak nak dia malu dan tak nak sebab hal ni, dia tak dapat jawap exam.

Banyak kisah dia yang I dengar dari mulut orang lain. Dia depan depan macam baik, tapi belakang? MasyaAllah, I tak sangka dia macam tu. Tapi, bila I sendiri terkena, I pun ambil langkah berjaga-jaga. I cerita satu satu hal dia ok.

Kisah Terlampau Pertama
Dia ni ada kereta. So, ramai lah yang take granted dengan kelebihan dia. I sendiri pernah minta tolong dia. Tapi, I tak mintak tolong kosong. Sebab I bagi dia duit. I mintak tolong dia hantar I ke Melaka Sentral sebab time tu hujan. And kalau nak call cab, memang tak sempat. Memang terkejar-kejar tiket bus I tuhh. Dia ni pun baik, selalu tumpangkan kawan lain dan hantarkan kawan lain.

Tapi, depan-depan, mulut manissssss sangat. Tapi belakang, WTH! Dia akan cakap, dia tuh taxi lah, driver lahh. So, macam tak sedap lah kan bila dengar. Kalau kau tak ada duit nak isi minyak kereta kau tu and kau tak ikhlas nak tolong, tak perlu lah nak offer budak yang nak tumpang tu. And budak yang nak tumpang tu pun satu hal jugak, bayar lerr. Campak je lah RM10. Alangkan naik cab pun kena bayar.

Kisah Terlampau Ke-2
Time tu, birthday seorang kawan. Si Tot Tot belikan kek untuk si birthday girl tu. Nak buat surprise lah kononnya. Then, ada seorang lagi tu, belikan jugak kek tu si birthday girl. Tapi kek bodoh bodoh je lahh. Kek keju yang jual dekat TESCO @ JUSCO tuu. Budget tak ada sebab dah hujung sem. Tapi si birthday girl tu sukaaaaa kek tu. Kawan-kawan dia yang lain memang plan nak belikan ekk tu. Tapi Si Tot Tot neh, dengan eksennya cakap yang dia tempah kek yang dia beli tuh 3 hari lepas kek tu. Cheh! Siap tempah agik. Asyik ulang ayat yang sama jerr. Dah la semua kawan-kawan birthday girl ada. Jangan lah poyo sangatttt please! Bukan 2 3x jer okeyh. BERKALI KALI DIA ULANG! Ikhlas ke tak sebenarnya neh? =.="

Kisah Terlampau Ke-3
Bangun pagi je, mesti menghadap dia. Ini kawan I yang cerita. Si Tot Tot ni, siap kemaskan katil, siap kemaskan meja study. Ohh myy.. Baiknyeeeeeee.. Tapi, dekat kawan lain, tak ada pulak dia tolong kemaskan katil! Then bila kawan I bangun pagi, bukak-bukak mata, ada muka Si Tot Tot neh depan mata! Omaigod, sangat scary okeyh! T_______T Nasib baik bukan jadi dekat I. Kalau tak, mesti I pengsan! T____T Siap cubit-cubit pipi.. Ayat paling dia suka guna adalah, CIOM KANG! Tau tak, I selalu terpaksa tahan nafas bila dia bukak pintu bilik dia. Bau?? Mak aii, jangan cakap lahhhh. Kalau yang lemah semangat, boleh pengsan!

Kisah Terlampau Ke-4
Yang ini terjadi dekat I. I selalu lah jugak cerita dekat roomate I dekat kolej tu pasal bakal roomate I. And roomate I pun tak kisah. Sebab dia pun sama, cerita pasal BF dia. Tapi ada satu hari tu, Si Tot Tot neh cakap dengan I yang roomate I menyampah dengan I. Sebab suka cerita berulang-ulang kali tentang bakal roomate I. Contohnya, pukul 10 pagi I cakap "tadikan, hairi call I, ajak keluar makan" Then pukul 11, I cakap lagi benda yang sama. Haish, ingat I neh apa, pelupa ke? T______T Dia saja nak buat I dengan roomate I masam muka.

Then hari tu, tiba-tiba mulut I tergerak nak tanya dekat roomate I, betul ke? Then roomate I deny pe yang I cakap. Dia cakap, mana ada dia buat macamtu. So, nampak sangat Si Tot-Tot neh buat cerita. Si Tot Tot cakap dengan I, bapak dia CEO dekat Pos Malaysia tapi dengan roomate I pulak, dia buruk-burukkan bapak dia, mak dia, nenek dia, family dia. Cakap bapak dia gaji sikit. Sikit dari mak dia. Takkan lah CEO gaji sikit. Hmm Wallahualam.

Kisah Terlampau Ke-5
Ini lagi tak boleh blah. Dia ni memang agak pandai menyanyi. So, sometime agak eksen gak lah. Yang I tak boleh terima, dia cakap, dia ada buat lirik lagu dan bagi pada komposer Ajai. Then Ajai bagi lagu tu pada Siti Nurhaliza. OMG! Ingat kami semua bodoh ke? Dia bukan cakap dengan I seorang jer, tapi ramaiiiiiii lagi kawan lain dia cakap. Bila I tanya, berapa Ajai bayar dia? Dia cakap, biarlah rahsia .Cheh! Nak jugak cakap tajuk lagu CT!

Ok, tajuk lagu tu "Seindah Biasa". Korang penah dengar tak? Kalau Ajai baca entry ni, I nak beliau komen sikit. Hehe! Bila Si Tot Tot ni cerita, I layankan je. Banyak cerita keling tipu yang dia reka. Ada kawan I cakap, dia ni kekurangan kasih sayang. Kadang-kadang, kesian tengok orang macam dia neh.

Kisah Terlampau Ke-6
Time tu malam, kiteorang semua dalam kereta dia. Tiba-tiba dia cakap, kereta dia berat. Dia cakap, ada benda lain dalam kereta dia yang ikut kiteorang sekali. Cis! Saja je nak buat kiteorang semua takut. TApi muka dia serius time tuuu! Dia cakap, memang dia nampak dan boleh rasa. Dan dia pernah cakap, ada "benda" jaga dia. Errr...!

Ada sekali tu, dia cakap, dia nampak housemate dia dekat kawasan construction walhal time tu housemate dia semua ada dekat rumah. I pun ada time tu. Dah la masa tuh dah lewat malam. Dia cakap, "abes siapa yang dia nampak tu?" Huh! Nak cakap dia nampak hantu lah tu. Semua orang malas nak layan dia cakap.

And ada lagi sekali tu, dia cakap, kalau pukul 3-4pagi, dia duduk dekat veranda kolej, itu bukan dia kalau kami semua panggil dia banyak banyak kali tapi dia tak menyahut. Hmm mungkin "penjaga" dia. Mungkin jer lahhhhh

Kisah Terlampau Ke-7
Banyak lagi kisah terlampau. Tapi nanti-nanti lah I tulis lagik. Yang ini palingggggggggg sumpah tak boleh blah! I pun tak tahu lah macamana BF dia boleh suka dan terima orang yang PENGOTOR macam dia! Omaigod, nak cerita pun, sumpah I geli!

Dah banyakkkkkk kali hal ni terjadi! Yang jadi mangsa, roomate I. I pernah nampak sekali jerr. Ermm nampak taik dekat bilik mandi! T_________________T Korang bayangkan ekk, kolej kiteorang tu, toilet die jenis duduk. Bukan jenis cangkung. How come taik boleh terkeluar dari mangkuk tandas! Euwwwwwwww Bodoh punya orang!

Ada sekali tu, I nak cuci baju, I nampak macam coklat-coklat, I ingat kotoran apa, I simbah jer lah dengan air. Tapi bila roomate I cerita setiap kali dia nak masuk bilik mandi lepas Si Tot Tot guna, mesti ada tertinggal benda, baru I tau benda coklat coklat tu sebenarnya tutttt dia! T____________T Please lahhhh... Kau dah 22 tahun! Da besar okeyh! Takkan lah berak bersepah lagi T______T

Roomate I pagi-pagi lagi dah maki hamun sebab bila nak masuk toilet jer, nampak benda tu dekat lantai. Nampak seketul terus! Bodoh! Bangang! Roomate I terus dia moody. Dah lah minggu exam! Time tu, I dekat rumah dekat muar, sebab exam I gap jauh-jauh. Kalau I yang nampak, mesti I muntah terus. T____________T Bila I balik kolej, terus roomate I cerita dekat I. Haish, tak senonoh betul!

Kalau "orang yang berkenaan" baca entry neh, I mintak maaf sebab tulis macamni. I nak you sedar. Tolong jangan tipu kami semua dan tolong jangan laga-laga kan kami semua. Kami tahu siapa yang betul dan yang salah. Dan kami semua tahu hal you dekat kolej lama you. Sebab you buat benda yang sama dekat kawan-kawan you dulu macam you buat dekat kami semua sekarang.

Kami tak nak sound you directly sebab tak nak you malu. Kami tak nak you quit study macam you buat dekat kolej lama you tuu. Kami harap, you boleh berubah. Tapi kalau you nak kekal dengan perangai macam ketujuh-tujuh kisah terlampau yang I tulis dekat atas, it is up to you. So, lepas ni jangan tanya kenapa kami semua pulaukan you. Ok, clear?

Heeee~
Itu sajalah kisah terlampau Si Tot Tot
I tak rela nak cemarkan blog I yang suci neh

So, apa pendapat korang?

Ada pengalaman terlampau jugak tak?
Hikss~

Photobucket