.boleh tak kalau i nak benci makcik yang kepoh neh?

Salam Readers~

Hai hai hai~ Kita bertemu lagi dalam segmen mari mengumpat membebel tentang makcik owner rumah sewa I. Ok, mula-mula time kami semua nak sewa rumah ni, wahh bukan main baekkkkk sangat makcik neh. Tapi lama-lama, huh, lu pikir lah sendirik!

Actually makcik neh duduk KL dengan suami dia. Suami dia kami panggil Pak Haji dan makcik neh Mak Haji. Kadang-kadang jer dia akan datang rumah sewa dia kat melaka neh. Meh I describe macamana rumah sewa yang I duduk. Rumah ni rumah papan, ada satu bilik, 2 katil (1 single dan 1 queen), mesin basuh, dapur, peti ais, TV.. Sewa sebulan RM600. Rumah sewa I neh divide 2 bahagian. Satu bahagian, kami sewa which is rumah atas (rumah papan, dapur batu) dan lagi satu bahagian fully batu (tempat tinggal Mak Haji & Pak Haji bila datang sini)

Jangan ingat I senyum, I suka ek duduk sini!

Mula-mula agak teruja sebab fully furnish rumah neh dan konon-konon ala-ala chalet *hakk tuihh!* but then bila dah almost 1 week duduk sini, I macam tak berapa nak tahan. Biasa lah rumah papan, siang-siang panas. Panas gila pork okeh! I faham tu, tapi dah duduk bawah kipas pun, still bahang T____T FYI, rumah neh tak ada siling, sebab tuh panas gila pork.

Ok, yang itu I tak kisah sangat. Sabar jer lah sebab ini baru panas dekat dunia, dekat akhirat lagik dahsyat, Ok ok, I tauu. Heee~ Then yang tak boleh blah nye, Mak Haji neh agak busy body sikit kot hal kami semua. Actually I bawak motor ke sini. So, memandangkan rumah ni tak ada tempat parking, I park lah dekat beranda. Tapi, since Mak Haji dengan laki dia ada dekat sini, I tak dapat lah park motor I. So, terpaksa lah park dekat celah celah pasu bunga dia yang berderet deret depan rumah tu. Huu nampak sangat tak kasik I parking. Abes tuh, tak kan nak biarkan motor I 24 jam kena hujan & panas. Ada otak tuh, fikir lah makcik oiii!

Ada 1 day tu, housemate I terdengar yang Mak Haji bising-bising I parking motor I dekat situ. Dia cakap-cakap dengan jiran sebelah rumah. Dah lah neh rumah papan, kau mengumpat kiteorang, bajet kitorang tak leh dengar lah ek? Haha!

Heh, I tau lahh, takkan lah I nak rosakkan pasu bunga dia tu semua. I park atas simen jer, tapi dekat beranda tuh, ada kawasan yang berjubin. Dia dah warning awal-awal, jangan parking motor dekat jubin tu, takut pecah. Omaigod, rumah I pun parking kereta berjubin kot. Siap parking kereta motor bagai, OK jerr. Kadang-kadang bengang gak sebab makcik neh pandang slack kat I dengan housemate I semua. Tapi nak buat macamana. Kami semua just sewa jer dekat sini. Ingat I neh sengkek sangat ke? Cuba datang rumah I, tengok macamana rumah I dengan rumah dia neh *hah, kan I dah kerek huhu*

Pic time melepak kat gerai jual ABC ;D

Hari tu, kami semua pergi lah minum ABC lepas balik kelas. Then jumpa seorang pakcik neh, borak-borak lah dengan dia. Then dia tanya sewa dekat mana, berapa RM sebulan. So, kami semua explain lahh. Dia cakap mahal sewa rumah I tuhh tapi nak buat macamana. Dah terlanjur sewa. Redha jer lahh.

Dengar-dengar cerita, rumah-rumah dekat area Kg Morten neh semua di beri subsidi oleh kerajaann Melaka. So, kalau owner rumah neh sewa kan rumah doang, memang doang untung besar lah kan? Hmm tapi tak tahu lahhh... Ni dengar cerita jer lah.

Hm ada sekali tu, housemate I cerita, semester lepas, Mak Haji masuk rumah sewa yang kiteorang sewa neh and check rumah neh. Sebab bebudak sem lepas tak kemas rumah, so Mak Haji ni tak suka lah sepah-sepah. Lepas dia kemas, dia bebel-bebel lahh. Rumah neh kan, kerajaan Melaka akan selalu pantau. So, mesti lah dia nak kemas-kemas. Tapi I tak berapa suka cara dia. Dia dah sewakan rumah neh pada orang lain, so dia tak ada hak untuk masuk rumah ni lagi. Kalau ada barang-barang berharga hilang macamana? Dia nak bertanggungjawap ke???

So, kami semua ingat, lepas Mak Haji & Pak Haji neh balik KL, kami semua nak tukar kunci mangga dekat pintu depan. Hah, lagi satu, pasal keselamatan rumah neh. Korang tau tak, tingkap rumah neh langsung tak ada palang besi. Cermin kaca semata-mata. T____________T Kalau orang nak masuk, memang senang lah sangat. Bila I komplen hari tu, dia cakap, selama neh tak ada orang masuk pun. Haish, duit sewa nak suruh bayar cepat tapi keselamatan kiteorang sapa nak jaga? Kalau jadi apa-apa, sapa nak tanggung? Confirm lah owner rumah neh buat tak tahu jerr kan?

Petang tadi, lepak-lepak depan rumah. Tengok bot lalu, orang jogging. Sambil sambil tu, snap lah gambar depan rumah. Then Mak Haji sound I dengan kawan I sambil buat muka slack. Ish, takut sangat bunga dia tuh rosak. Hmm tak baik kan I neh suka sangka buruk. Mana tau kot-kot memang muka Mak Haji tu memang nampak slack tapi dalam hati ada taman! Kuikuikui~ Eh tapi pelik lahh, time mula-mula nak deal nak sewa rumah neh dulu, bukan main manis lagik muka makcik tuh tapi kenapa sekarang susah sangat nak senyum? =.="

Pak Haji tu okeyh jerr. Tak lah sekerek bini dia walaupun ada lah kerek sikit-sikit. Macam petang tadi, dia tengah lap-lap kereta ferrari dia. Kawan I cakap lah, "wahh lepas neh boleh lah pinjam" Then korang tau tak dia cakap apa? "Boleh jer pinjam, kereta neh bayar cash, tak ada riba atau bla bla bla" Huh, I dah malas nak dengar dah time tuh. Huhuhu~ Orang kaya, memang cakap besar jerr. So, layankan jer lahh. Kereta tak ada lah hebat sangat pun, MYVI jer tapi maybe sebab bayar cash, so hebat lah kan kan? Huhu~

Jangan komplen kenapa I kurus please!
Sila tanya bakal roomate kenapa dia
tak nak belanja I makan sedap-sedap
Huhuhu!

Lepas tu kan, tadi cekak rambut I patah lepas habis jalan-jalan depan rumah I. Dah lah cekak kesayangan. *refer gambar dekat atas, pic terakhir bersama cekak pink tersayang :( Sedih sangat sangat! Then bila masuk rumah, gelang tangan I putus pulak. Kalau setakat putus, tak apa lagik. Ni siap terjatuh dekat celah-celah lantai rumah. Waaa macamana nak pergi masuk bawah rumah? Dah lah dah malam. Malang gila duduk dekat sini. Semalam kaki I tercucuk kayu lantai rumah. Haish, lepas neh ntah apa lagik. Rasa nak beli tikar getah, kalau tak, esok-esok mesti tercucuk kayu lagi T____T

Heh, dah lah, buat sakit hati jer cerita pasal owner rumah neh. Ikut hati, nak jer keluar dari rumah neh. Tapi fikir kan pasal kawan-kawan, kesian pulak. Takkan I nak selfish, nak blah macam tuh jer. So, selagi I boleh tahan dengan kerenah owner rumah neh suami isteri, redha jer lah labuuuuuuu~~

Tapi kalau korang jadi I,
korang buat apa ek?

Photobucket