.My Sweetheart Smells Like Fresh!

Salam Readers~


Yay~ Project Alpha datang kembali. Harap kali ini, I bernasib baik! Aminnnn~ Kali ni, tajuk assignment adalah berkenaan dengan bau kesayangan I iaitu bau bakal roomate I.


Errr nak I jujur ker nak I tipu neh? Hahaha! Mesti lah bakal roomate I berbau harum, wangi dan segar bugar bagai ikan di pasar! Erk! Bukan bukan! Bau bakal roomate I memang menenangkan hati dan sanubari ini. Ecececehhh~

.Celebrities Who Stink (Blog about which celebrities you think need deodorant)

Salam Readers~



Hahaha. Comel betul tajuk Instant Cash Blogging Project Alpha kali ni. Ada ke suruh bagitahu siapa yang patut pakai deodorant =.=" Hakhakhak~ Ada ker artis atau selebriti yang berbau busuk? Kalau ada pun, takkan lah press nak reveal kan? Mesti lah artis tuu malu gila! dan sekaligus, mesti dah tak ada siapa-siapa yang nak ambil beliau menyanyi atau berlakon sebab bau busuk. Err lagi-lagi dekat bahagian ketiak. Euwwww~

.sabun ajaib!

Salam Readers~

Inilah ubat hai cukup istimewa
Kalau salah sapu bangun pagi hilang nyawa
Obat batuk kering batuk basah demam selsema
Mari beli obat ini
Gerenti puas hati

Hai obat hai obat mari beli obat
Kalaulah terlambat tak dapat
Hai obat hai obat mari beli obat
Kalaulah salah obat melompat

.ada siapa-siapa yang pergi event youthsay weekend neh?

Salam Readers~

Update using my E72 ;)

Just a short update
I nak tanya,
korang pergi ke tak event youthsay tu?

I macam nak pergi hari ahad
tapi isnin I ade test
T_____T

Macamana ek?
Help!

Photobucket

.kepada followers dan readers blog i, boleh tak tukar comment korang ke pop up window?

Dan jugak buang lah word verification tuuuu
Sangat lah annoying sayang-sayang ku sekalian~~

http://farm3.static.flickr.com/2319/2279602117_ef061e5fa3_o.jpg
Susah tauuu I nak blogwalking. Dah lah internet slow. So kalau korang tak guna pop-up window dan still letak word verification tuu, korang makin men-slow kan proses I nak jengah blog korang dan sekaligus membuatkan I malas mahu baca entry dan komen.

T_______________T

Itu saja.

Assalamualaikum!

Photobucket

.bagaimana nak menghadapi kawan yang mempunyai ketiak berbau hangit?

http://ts4.mm.bing.net/images/thumbnail.aspx?q=24530398103&id=dfa7c74c836ac8533af8f0fa996a30b7&index=ch1&url=http%3a%2f%2fimg.photobucket.com%2falbums%2fv255%2fJokerBat%2ffish.gif
Bagaimana ekk?
Anda ada pengalaman?

Jom share! ;)

Photobucket

.My Wiggy Design (Design your ideal Wiggy)

Salam Readers~

Entry kelam kabut dari I. hakhakhak~ Tengah gayut-gayut, tiba-tiba I noticed ada assignment baru dari Project Alpha Instant Cash Blogging. Heee~~

Nak kena create my ideal wiggy. Heee~ I memang failed bab-bab design nehh. Tapi ni jer yang terlintas dalam kepala otak. Hakhakhak~~
Dahh, jangan kutuk lebih-lebih

Jom layan video dekat bawah nehh ;)







Project Alpha is presented by
Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

Photobucket

.melaka pun ada monorail beb!

Salam Readers~

Hai hai hai~~ Sekarang tengah hujan. Tidur sedap neh. Huhuhu~ Semalam, time on the way balik dari rumah sendiri ke rumah sewa dekat melaka tercinta neh, I and family singgah rumah Pak Utih I dekat Ayer Keroh.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/0228/Kosmo/Negara/ne_13.1.jpg
Borak punya borak, Pak Utih I cakap, June nanti, monorail akan start beroperasi dekat Melaka. Ohh I sangat teruja! I pun tanya Pak Utih, "Ada monorail ke? Bestnyeee.. Senang lah nak pergi KL nanti kalau nak dating! Tak payah naik bus~" Then Pak Utih cakap, "Monorail ni dari Taman Rempah sampai Melaka Raya jer lahh"

Owh ye ker??
Sadis tul
I ingat sampai KL
T___________________T


Tapi apa-apa pun,
tahniah untuk Melaka!
Yayyyy~~

Siapa-siapa yang duduk melaka and nak belanja I makan tuh, contact-contact lahh. I sentiasa available kalau orang nak belanja~ Hakhakhak~ Eh ok lah, mahu tidur kejap. Pukul 2.30 pm kang ada kelas QMT pulak. T____T

Bai!

Photobucket

.hangin!

Penat-penat taip entry
tiba-tiba hilang!

DAMN!

Photobucket

.minyak tu bukan untuk masak tapi untuk??

Scheduled Mode.
Salam Readers~


Hakhak.. Sebelum memulakan entry, kasi I gelak puas-puas dulu bole? Hahahahaha~ Cerita neh agak memalukan diri sendiri tapi I tetap nak tulis dalam blog, sebagai peringatan dan pengajaran kepada semua readers khususnya perempuan~ Kuikuikui~

Ada 1 day tuh, hari apa, I tak ingat tapi yang pasti, housemate I mintak tolong I pergi kedai, beli minyak masak sebab time shopping barang-barang rumah, terlupa nak beli minyak. Sebab pagi tuh, doang nak masak Nasi Goreng. So, lepas mandi, I pun pergi lah kedai runcit area kampung morten tu. Tapi, tutup lah pulak.

So, I merempit pergi area Taman Cempaka pulak. Nak pergi Tesco, tak bukak lagik. Bila sampai kedai tu, I usha lah dari depan sampai belakang. Tapi tak jumpa pun minyak masak macam mama I selalu beli.


Minyak masak mama I selalu beli macam gambar dekat atas neh. Then tiba-tiba I ternampak minyak masak-brand-tak-glamer. So, I tengok botol paling kecik Rm3 lebih. I pun ambil lah. I tengok minyak tuh ada tulis halal. I fikir, tak apa lah, guna dulu minyak neh untuk masak, nanti petang-petang sikit, pergi lah Tesco, beli minyak lain.

Then I pun pergi lah kaunter nak bayar. Sebelum tu, I suruh pekerja kedai runcit tu ambilkan telur ayam 10 biji. Lepas settle semua, I pun dah ready nak bayar. Then lepas tu, owner kedai tu usha pelik dekat I. FYI, owner tu India and kedai tu kedai runcit India. I dah pusing satu Taman Cempaka, tak nampak kedai melayu. Ok, meh baca dialog I dengan owner kedai tu.

Owner : Minyak ni nak buat apa?
Intan : Rahsia *gelak-gelak*
Owner : Minyak ni nak buat masak ke?
Intan : A'ah, nak buat masak
Owner : Minyak ni tak boleh buat masak. Ni minyak untuk sembahyang. Kalau nak minyak masak, ambil dalam kotak tu *sambil tunjuk arah minyak masak peket dalam kotak *
Intan : Gulp! =.="

Hahahaha~ Time neh, I dah tahan gelak. Cover malu! Sampai rumah, I cerita dekat housemate, semua pakat gelakkan I. Nasib baik owner kedai tu tanya I nak buat apa, kalau tak, kiteorang semua makan Nasi Goreng pakai minyak yang orang India buat sembahyang T___________T Mana lah I tahu pasal minyak-minyak neh. I tau yang jenama Seri Murni, Cap Helang, dan yang sewaktu dengannya. Yang minyak untuk orang India sembahyang tu pun dalam botol yang menyerupai minyak masak Seri Murni. I pun confused lah! T___T

Tadi cerita dekat mama time on the way balik Muar, mama gelakkan I. Abah pun sama. Mama cakap, "hah, tuh lah, tak pernah ambil tahu hal dapur" Cis! Sadis tul. Malang gila I rasa hari tu. Hakhak~


Ni google jer tau! Hahaha~

Kalau korang jadik I macamana?
I rasa dah tak nak dah jejak kaki dekat kedai tu lagik!
I Malu Gila Kot!
T________________T

Photobucket

.orang yang pakai tudung sanggul tinggi di laknat tuhan?

Salam Readers~

Mesti korang frust kan bila baca tajuk entry I? I pun baru tau tentang ni. Sekarang kan memang trend pakai tudung siap sanggul tinggi-tinggi bagai kan kan? Memang nampak cantik, tapi kalau buat tapi lepas tuh berdosa, nak buat hape. Betul tak? Ok, jom I share apa yang I baca dari blog Alien Hijau nehh ;) I di fahamkan, beliau pun ambil benda neh dari sumber lain.

It's a trend nowadays that many muslim Malaysian women are into the new hijab wearing i.e. wearing a shawl-like syrian style hijab. I posted on my Fb status recently stating that I too, would want to wear the syrian women hijab style with high bun but unfortunately my hair is short thus cannot tie or do a bun at all. I also received few suggestions to buy fake buns online or at Arzu, KLCC.

I used to study in an arabic-medium school and had learned that when you wear tudung, you're not supposed to show any indication that your hair is long by tying your hair really high/do a bun until men can notice the presence of your long hair eventhough you wear your cover/hijab. That defeats the purpose of wearing a hijab. However, I can't remember the hukum whether it's haram or harus or makruh.

Being curious, I googled about this sanggul arab issue and found the hadith related:

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
Rasulullah s.a.w bersabda:
Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

I would say that I was tempted at first as I saw some women/celebraties/tv presenters looked really pretty wearing the syrian style hijab with high sanggul/bun. Sometimes, bila nak cantik, manusia selalu lupa pada hukum walaupon dah belajar. I am one of them. Bila nak buat benda jahat, laju je.

Anyway, in wearing hijab,niat perlukah menghalalkan cara? I dare not jatuhkan hukum or say that it is haram wearing the fake sanggul arab.However,at the moment, I'll just forget about buying the sanggul arab thingy.

So, sekarang neh, kalau nak pakai tudung, kena tengok hukum jugak. Tak boleh asal cantik jer. Huhuhu~ I pun sangat lah naif pasal-pasal tudung neh. So, kalau I ada buat salah, tolong beri tunjuk ajar yer sifuuu! Huuuu~

By the way, Cuba tengok gambar dekat atas neh. I nak tunjuk shawl baru yang I beli dari blogshop nehh. Heee...cantik tak? Ni cotton shawl, RM10 jerr. I memang suka beli tudung online sebab kalau nak beli dekat kedai biasa, I tak reti nak pilih sangat plus kalau pergi beli dengan mama, nanti mesti mama cakap "alaaa tudung banyak pun, bukan nya angah pakai" Hehe~ Tapi oke apa, I pakai pergi kelass.. Teeeehehehe~~ Hah, tudung yang I pakai dekat ENTRY NI pun i beli dari SimplyShawl jugak~ So, kalau nak beli shawls cantik-cantik, boleh lah pergi usha blogshop tuu :) Cakap je nama I, mesti dapat murah! ;D

Yang ni RM 9 jer
Dekat Pahlawan Walk, ada yang jual sampai Rm15!
T_____T


Ok lah,
Sehingga berjumpa kembali!
Next entry, I akan update dari rumah ku tercinta
Muar!

Bai~ :)

Photobucket

.boleh tak kalau i nak benci makcik yang kepoh neh?

Salam Readers~

Hai hai hai~ Kita bertemu lagi dalam segmen mari mengumpat membebel tentang makcik owner rumah sewa I. Ok, mula-mula time kami semua nak sewa rumah ni, wahh bukan main baekkkkk sangat makcik neh. Tapi lama-lama, huh, lu pikir lah sendirik!

Actually makcik neh duduk KL dengan suami dia. Suami dia kami panggil Pak Haji dan makcik neh Mak Haji. Kadang-kadang jer dia akan datang rumah sewa dia kat melaka neh. Meh I describe macamana rumah sewa yang I duduk. Rumah ni rumah papan, ada satu bilik, 2 katil (1 single dan 1 queen), mesin basuh, dapur, peti ais, TV.. Sewa sebulan RM600. Rumah sewa I neh divide 2 bahagian. Satu bahagian, kami sewa which is rumah atas (rumah papan, dapur batu) dan lagi satu bahagian fully batu (tempat tinggal Mak Haji & Pak Haji bila datang sini)

Jangan ingat I senyum, I suka ek duduk sini!

Mula-mula agak teruja sebab fully furnish rumah neh dan konon-konon ala-ala chalet *hakk tuihh!* but then bila dah almost 1 week duduk sini, I macam tak berapa nak tahan. Biasa lah rumah papan, siang-siang panas. Panas gila pork okeh! I faham tu, tapi dah duduk bawah kipas pun, still bahang T____T FYI, rumah neh tak ada siling, sebab tuh panas gila pork.

Ok, yang itu I tak kisah sangat. Sabar jer lah sebab ini baru panas dekat dunia, dekat akhirat lagik dahsyat, Ok ok, I tauu. Heee~ Then yang tak boleh blah nye, Mak Haji neh agak busy body sikit kot hal kami semua. Actually I bawak motor ke sini. So, memandangkan rumah ni tak ada tempat parking, I park lah dekat beranda. Tapi, since Mak Haji dengan laki dia ada dekat sini, I tak dapat lah park motor I. So, terpaksa lah park dekat celah celah pasu bunga dia yang berderet deret depan rumah tu. Huu nampak sangat tak kasik I parking. Abes tuh, tak kan nak biarkan motor I 24 jam kena hujan & panas. Ada otak tuh, fikir lah makcik oiii!

Ada 1 day tu, housemate I terdengar yang Mak Haji bising-bising I parking motor I dekat situ. Dia cakap-cakap dengan jiran sebelah rumah. Dah lah neh rumah papan, kau mengumpat kiteorang, bajet kitorang tak leh dengar lah ek? Haha!

Heh, I tau lahh, takkan lah I nak rosakkan pasu bunga dia tu semua. I park atas simen jer, tapi dekat beranda tuh, ada kawasan yang berjubin. Dia dah warning awal-awal, jangan parking motor dekat jubin tu, takut pecah. Omaigod, rumah I pun parking kereta berjubin kot. Siap parking kereta motor bagai, OK jerr. Kadang-kadang bengang gak sebab makcik neh pandang slack kat I dengan housemate I semua. Tapi nak buat macamana. Kami semua just sewa jer dekat sini. Ingat I neh sengkek sangat ke? Cuba datang rumah I, tengok macamana rumah I dengan rumah dia neh *hah, kan I dah kerek huhu*

Pic time melepak kat gerai jual ABC ;D

Hari tu, kami semua pergi lah minum ABC lepas balik kelas. Then jumpa seorang pakcik neh, borak-borak lah dengan dia. Then dia tanya sewa dekat mana, berapa RM sebulan. So, kami semua explain lahh. Dia cakap mahal sewa rumah I tuhh tapi nak buat macamana. Dah terlanjur sewa. Redha jer lahh.

Dengar-dengar cerita, rumah-rumah dekat area Kg Morten neh semua di beri subsidi oleh kerajaann Melaka. So, kalau owner rumah neh sewa kan rumah doang, memang doang untung besar lah kan? Hmm tapi tak tahu lahhh... Ni dengar cerita jer lah.

Hm ada sekali tu, housemate I cerita, semester lepas, Mak Haji masuk rumah sewa yang kiteorang sewa neh and check rumah neh. Sebab bebudak sem lepas tak kemas rumah, so Mak Haji ni tak suka lah sepah-sepah. Lepas dia kemas, dia bebel-bebel lahh. Rumah neh kan, kerajaan Melaka akan selalu pantau. So, mesti lah dia nak kemas-kemas. Tapi I tak berapa suka cara dia. Dia dah sewakan rumah neh pada orang lain, so dia tak ada hak untuk masuk rumah ni lagi. Kalau ada barang-barang berharga hilang macamana? Dia nak bertanggungjawap ke???

So, kami semua ingat, lepas Mak Haji & Pak Haji neh balik KL, kami semua nak tukar kunci mangga dekat pintu depan. Hah, lagi satu, pasal keselamatan rumah neh. Korang tau tak, tingkap rumah neh langsung tak ada palang besi. Cermin kaca semata-mata. T____________T Kalau orang nak masuk, memang senang lah sangat. Bila I komplen hari tu, dia cakap, selama neh tak ada orang masuk pun. Haish, duit sewa nak suruh bayar cepat tapi keselamatan kiteorang sapa nak jaga? Kalau jadi apa-apa, sapa nak tanggung? Confirm lah owner rumah neh buat tak tahu jerr kan?

Petang tadi, lepak-lepak depan rumah. Tengok bot lalu, orang jogging. Sambil sambil tu, snap lah gambar depan rumah. Then Mak Haji sound I dengan kawan I sambil buat muka slack. Ish, takut sangat bunga dia tuh rosak. Hmm tak baik kan I neh suka sangka buruk. Mana tau kot-kot memang muka Mak Haji tu memang nampak slack tapi dalam hati ada taman! Kuikuikui~ Eh tapi pelik lahh, time mula-mula nak deal nak sewa rumah neh dulu, bukan main manis lagik muka makcik tuh tapi kenapa sekarang susah sangat nak senyum? =.="

Pak Haji tu okeyh jerr. Tak lah sekerek bini dia walaupun ada lah kerek sikit-sikit. Macam petang tadi, dia tengah lap-lap kereta ferrari dia. Kawan I cakap lah, "wahh lepas neh boleh lah pinjam" Then korang tau tak dia cakap apa? "Boleh jer pinjam, kereta neh bayar cash, tak ada riba atau bla bla bla" Huh, I dah malas nak dengar dah time tuh. Huhuhu~ Orang kaya, memang cakap besar jerr. So, layankan jer lahh. Kereta tak ada lah hebat sangat pun, MYVI jer tapi maybe sebab bayar cash, so hebat lah kan kan? Huhu~

Jangan komplen kenapa I kurus please!
Sila tanya bakal roomate kenapa dia
tak nak belanja I makan sedap-sedap
Huhuhu!

Lepas tu kan, tadi cekak rambut I patah lepas habis jalan-jalan depan rumah I. Dah lah cekak kesayangan. *refer gambar dekat atas, pic terakhir bersama cekak pink tersayang :( Sedih sangat sangat! Then bila masuk rumah, gelang tangan I putus pulak. Kalau setakat putus, tak apa lagik. Ni siap terjatuh dekat celah-celah lantai rumah. Waaa macamana nak pergi masuk bawah rumah? Dah lah dah malam. Malang gila duduk dekat sini. Semalam kaki I tercucuk kayu lantai rumah. Haish, lepas neh ntah apa lagik. Rasa nak beli tikar getah, kalau tak, esok-esok mesti tercucuk kayu lagi T____T

Heh, dah lah, buat sakit hati jer cerita pasal owner rumah neh. Ikut hati, nak jer keluar dari rumah neh. Tapi fikir kan pasal kawan-kawan, kesian pulak. Takkan I nak selfish, nak blah macam tuh jer. So, selagi I boleh tahan dengan kerenah owner rumah neh suami isteri, redha jer lah labuuuuuuu~~

Tapi kalau korang jadi I,
korang buat apa ek?

Photobucket

.heh, I tak suka makcik owner rumah nehh

Salam Readers~

Malam sikit I cerita
Nak mandi and makan kejap huhu

Esok kelas 430-630 pm
So, malam ni boleh lah jalan-jalan blog korang
Rindu sangat nak blogwalking
Huhu~

Be right back! :)

Photobucket

.Football=Adidas? (Blog about why football and Adidas go together)

Salam Readers~

Huu rasa macam terlambat seminit jer I tau tentang Project Alpha Instant Cash Blogging kali neh. Tak apa lah, ada rezeki ada lahhhh Huhuhu~

Ok kali ni kena cerita pasal Footbal = Adidas. Kepada kaki-kaki bola, mesti lah familiar dengan barangan Adidas. Even World Cup nanti pun, Adidas menaja barangan untuk pemain-pemain. Dan for sure, peminat peminat bola pun sama, akan turut beli dan memakai barangan Adidas sebagai tanda sokongan kepada World Cup. Huhu~


Adidas juga menaja Kelab-kelab Bola Sepak ternama seperti Real Madrid, AC Milan, Newcastle, Chelsea, Liverpool dan Bayern Munich. Wahhh, gila kaya Adidas neh ekkk. Teruja ohhh! ~.~

Kalau tak silap I, Spain juga di taja oleh Adidas. See? Adidas neh memang berada di mata dunia. Memang sangat best lah kalau dapat di taja oleh barangan Adidas neh. Barangan Adidas berkualiti nak di bandingkan dengan barangan sukan jenama lain. Kualiti dia memang kualiti antarabangsa. Harga pun berbaloi dengan kualiti yang di berikan.

Selain daripada Spain, negara lain yang di taja oleh Adidas adalah Fance, Japan, Germany, Denmark, dan Argentina. Antara barangan Adidas adalah seperti berikut:




So kesimpulannya, Adidas dan Bola Sepak memang tidak dapat di pisahkan. Bagai irama dan lagu. Ececececehh! Hahaha~ Ok stop merepek, mari layan video dekat bawah neh ;)









Project Alpha is presented by
Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.

The Project Alpha bloggers will be
at the Adidas Pure Game Ole KO event
on Friday (May 21), from 7.30pm-8.30pm.
Catch them in action!

Photobucket

.i bunuh kang beruk neh

Salam Readers~

Menyakitkan hati betul lah berukband neh. Nama je bandar melaka, tapi internet slow gila pork. Nak bukak page korang, nak blogwalking pun dah 8 tahun.

T______T

Nak update blog lagik lahh.
Ni yang tiba-tiba rindu dekat streamyx dekat rumah nehh

Dengan rumah panas
Internet pun bikin i panas

No wonder lah I semakin hot!
Hahaha~~

Bai ;)

Photobucket

.Who Will Win the World Cup?

Salam Readers~

 

Yay! Demam bola kembali lagi.... Tsk! Padahal I tak tahu apa-apa pasal bola. Pity me T___T Tapi memandangkan bakal roomate I meramalkan yang Spain akan menang, so secara automatiknya I pun sama lahh! Teeeheheheheh~~ Err boleh hek cenggitu? ;D


Eh, sebelum tuh, mau cakap. Ini adalah Project Alpha Instant Cash Blogging untuk minggu yang ke-12. Ok, meh kenapa I sambung cerita kenapa I pilih Spain. Heee.. Biasa lah, sebagai seorang perempuan yang gatal comel dan mata keranjang, mesti lah I akan focus kepada pemain-pemain Spain yang kacak. Hahaha! Selain pemain dia yang kacak bergaya, I suka tengok skill pemain-pemain mereka neh. Memang gila hebat lahh. Lagi lagi si Fernando Torres, idaman hati kakak kesayangan kuuu, Sis Helena. Kahwin nanti jemput yer! Hakhak~
Dan kebanyakkan pemain-pemain mereka neh adalah dari pada kelab-kelab yang gah macam Liverpool, Real Madrid dan banyak lagik. Bila musim World Cup, for sure kedai-kedai mamak akan full house. Mereka neh sanggup melepak ramai-ramai untuk sokong team masing-masing. I pun sama.. Tengok ramai-ramai seronok. Tapi kalau team yang I sokong kalah, lagi seronok kena bahan! T____________T

Oh yer, barangan mereka juga di taja oleh Adidas. Cool kan? Heeee~~

Kalau tak silap I, World Cup start bulan June nanti. So, mari lah kita sama-sama doakan agar Spain menang! Yayyy~~ Kali ni, FIFA World Cup akan di adakan di South Africa. So, boleh lah korang semua pergi beli tiket flight sekarang. Hahaha! Kidding~~ Lastly, jom layan video Project Alpha Season II Episod 26, 27 dan 28 dekat bawah ni!







Project Alpha is presented by Adidas Action 3
and supported by P1 and MAS

Photobucket

.hari malas update blog sedunia!

Salam Readers~

So, hari ni, I nak mengishtiharkan cuti untuk diri sendiriiiiiiiiii. Yayyy!! ;D So, esok je lah I update entry yerr ^^ Hakhak. Sila jangan rindu I.

Tapi, I akan baca entry korang
Sila letak link blog korang
dekat ruangan komen I okeyh

Thanks a lot to
my followers and readersss ^^

Kejap lagi I terjahhh blog korang okeyh
Tunggu................
Bai! :)

Photobucket

.selamat hari guru untuk teacher intan! =)

Salam Readers~

Esok hari guru kan kan?

So, I nak wish
Selamat Hari Guru kepada
bakal ibu mertua I dan ibu kepada bakal roomate
Puan Maimunah binti Yob

Bekas cikgu-cikgu yang pernah ajar I
Cikgu-cikgu yang pernah jadik geng I time I jadik cikgu
Kak Asmahani, Amer and the geng of SK Parit No 5
Kak Hamiza and the geng of SMK Bukit Naning
Kakak-kakak from SK Bukit Naning
*tsk, tak ingat nama pulak!*
Kamal from SMK Sri Muar
Heeee~

dan bloggers yang berjawatan guru
macam cikgu zara
dan yang lain lain
*tsk, apesal I banyak lupa neh, banyak makan semut ke??*

dan kepada bekas teacher favourite
iaitu teacher intan
*err I lah tuu!*

With my ex-student I dari SMK Bukit Naning
English Class, 5 Science 1

Art & English Class
Year 3, SK Parit No 5

Siapa kata tak best jadi cikgu?
Ini lah kerja pertama I lepas I habis diploma duluuuu
klik SINI kalau minat nak baca kenangan I

So, lagi sekali
Selamat Hari Guru! =)

Photobucket

.heh, balik melaka hari ni

Salam Readers~

I akan balik rumah sewa dekat melaka petang ni
sebab isnin dah start short cos

InsyaAllah kalau tak busy,
I akan update blog macam selalu! =)

I nak packing baju

Korang semua take care!
Bai :)
.
.
.
.
.
.
.
Eh, mesti korang pelik dekat update lain
tapi keluar entry lain
HAHAHA

I lagi pelik

Ok, bai lagi sekali!

Eh pelik kan apa yang i cakap neh
Tak payah layan

Otak I tengah sewel

Bai :(

Photobucket

.Hadiah Birthday Untuk Alisya

Salam Readers~

Tiba-tiba I rasa macam nak join Contest Bro Eyriqazz neh. Huhu. Mana lah tau, ada rezeki I nak menang! ;D Dah lama I tak join contest-contest bagai neh. Ok, tak payah nak membebel lagi. Mari kita tengok hadiah apa yang patut Bro Eyriqazz dan isterinya berikan kepada Alisya.


*google image*

Heee...I cadangkan Bro Eyriqazz buat buku akaun tabung haji untuk Alisya. Untuk masa depan dia kelak. Bro Eyriqazz boleh buat simpanan untuk Alisya start dari sekarang. Macam mama & Abah I, doang dah buatkan akaun untuk I dari kecik. So, bila dah besar, boleh kami sekeluarga pergi menunaikan ibadah haji bersama-sama ;)

So, Bro Eyriqazz boleh potong gaji tiap-tiap bulan dan masukkan dalam akaun tabung haji Alisya. Kalau RM10 sebulan pun tak apa. Sikit sikit, lama-lama jadi bukit. Nanti, bila Alisya dah besar, mesti dia sangat bangga sebab Mama & Papa dia dah fikirkan masa depan untuk dia :)

*I dengan Alisya time Event Gatsby Deodorant @ TS*

So, macamana dengan hadiah harijadi untuk Alisya yang I cadangkan? Cool tak? Hehehe~ Ok, syarat seterusnya adalah entry favourite dalam blog Bro Eyriqazz. Mesti lah entry http://www.eyriqazz.com/2010/04/sensasi-live-blogging-gatsby-deodorant.html! Gila lah Bro Eyriqazz dapat peluang untuk update blog secara live dekat event Gatsby haritu! Envy! Envy! Envy! T____T I tengok dari jauh jer time tuu. Khusyuk gila Bro Eyriqazz menghadap laptop. Huhu. Tapi, Bro Eyriqazz memang deserved pun ;) Tahniahh ^^

Dan untuk 3 orang yang kena tag supaya buat entry Contest Hadiah Birthday Alisya semestinya.... Jeng! Jeng! Jeng!


By the way, I dah lama vote/like Bro Eyriqazz dekat SINI awal-awal lagi. Sebelum buat contest neh lagi. Huhu. Sememangnya dia memang layak jadi Guest Blogger untuk Project Alpha Season 3. Huhu. Good Luck Bro. Rasanya semua syarat dah di penuhi. Kalau ada yang kureng, bagitahu ekk!

Wish Me Luck!
Bai! :)

Photobucket

.dah ada loceng tuh, tekan lah sengal!

Salam Readers~

Ini entry bengang. Sorry kalau TERmaki atau TERsengaja maki. Huh! I tengah syok-syok layan Adamaya dekat dalam bilik. Siap pakai headphone lagik. Parent I kerja. Adik I main game and chacha pulak tidur.

Tiba-tiba, mama I call. Mama cakap, ada lori dekat depan rumah, hantar mozek untuk ruma I. Rumah I tengah renovate *lagi. I tak paham lah apesal lah nak tambah-tambah-tambah bilik lagik. Huh! Oke, sambung cerita, lepas tu, I pun keluar lah bilik, pergi lah dekat depan. Then I berdehem dehem lah kan, nak cakap I dah ada depan rumah. Nak bagi salam, tak sure dia islam atau tak.

Then dia macam sound I, dia cakap "tak dengar ke tadi bagi salam?" Huh! I dah lah tengah back pain, dia neh cakap macam tuh pulak dekat I. Smack down baru tau! Then I cakap lah, "tak dengar". Then dia cakap, "hah, angkat lah". WTF! Eh, hello! Gila kau nak suruh I angkat segala bagai mozek tu dari lori ke rumah I. Dia ingat I kuat ke? Dah lah I neh kecik jer. Kang makin reput segala bagai tulang I neh. T_____________T

Kalau dia bengang dengan I, sebab I lambat keluar ke depan, menyambut kedatangan dia, OK, I'M SO SORRY, I BETUL BETUL TAK DENGAR DIA BAGI SALAM. Tapi kau pun tahu, rumah aku macamana, besar macamana, kau bagi salam lapan ribu kali pun kat depan, kau ingat semua orang dengar kerrrr mangkuk! Haish, geram geram! Dah ada kemudahan loceng, TEKAN LAH!!! Nanti satu rumah dengar!

Orang kampung yang datang rumah I pun tau tekan loceng. Tak paham betul orang macam ni. Menyusahkan orang! Eii geram-geram! Last-last tadi, I jerit suruh adik I keluar and pergi angkat mozek tu. Pakcik tu dah usha I jer. Heh, lantak lah. Bukan aku nak kahwin dengan anak kau!

Ok, I tau korang cakap Isombong
I tau, tsk!
T______________T

Tapi I geram lah weh!!!
Sakit tau belakang I neh
nak gerak banyak-banyak sangat!

K, nak sambung tengok adamaya
Bai!

Photobucket

.1, 2, 3, 4, i love you!

Scheduled Mode.
Salam Readers~

*click to enlarge*

Heee...nampak tak? Followers blog I dah 1234 orang! What a pretty number! ^^ Thanks to this Preety Girl sebab jadik orang yang ke 1234 ;) So, here I dedicate this song to youuuuu and also to all my followers and readers.. Ecececeh.. Macam menang award pulak I neh lempang karang baru tau! =,= Eh tapi best woot lagu dari Plain White T's ni. Lama tak dengar. I malas nak letak lagu neh as background song. Korang bukak MP3 sendirik k. Hakhak!

1, 2, 1, 2, 3, 4

Give me more lovin' than I've ever had
Make it all better when I'm feelin' sad
Tell me that I'm special even when I know I'm not

Make me feel good when I hurt so bad
Barely gettin' mad, I'm so glad I found you
I love bein' around you
You make it easy, it's as easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

There's only one thing to do
Three words for you I love you
There's only one way to say
Those three words and that's what I'll do, I love you

Give me more lovin' from the very start
Piece me back together when I fall apart
Tell me things you never even tell your closest friends

Make me feel good when I hurt so bad
Best that I've had, I'm so glad that I found you
I love bein' around you
You make it easy, it's as easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

There's only one thing to do
Three words for you I love you
There's only one way to say
Those three words and that's what I'll do, I love you
I love you

You make it easy, it's easy as 1, 2, 1, 2, 3, 4

There's only one thing to do
Three words for you I love you
There's only one way to say
Those three words and that's what I'll do, I love you
I love you

1, 2, 3, 4
I love you
I love you

Last but not least,
A MILLION THANKSSSS TO
MY FOLLOWERS & READERS!
Sayang korang Ketat-ketat!


*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

pssst!
I kurang sehat sekarang nehh
sebab tak tahu macamana,
tiba-tiba back pain pulak..
T___T

Dah almost 1week I saket.
Doakan I cepat sembuh yerr ^^

Photobucket