.no sweat!

Scheduled post.
Salam Readers~

No Sweat. Tiada Peluh? Apa itu peluh? Peluh adalah sejenis cecair berbau busuk yang di keluarkan oleh sejenis makhluk bernama manusia. I tak sure haiwan berpeluh atau tidak. Tak sempat nak kaji. Teehehehehe! ;D Err definisi peluh yang I keluarkan ini dilarang sama sekali untuk digunakan di dalam karangan bahasa melayu. Kalau guna juga, nescaya kamu failed SPM macam hang tuah. *kalau tak faham, sila google hang tuah failed SPM di youtube*

Peluh busuk kan? Ada siapa-siapa mempunyai peluh yang wangi? Sila angkat tangan. Ok ok, nampaknya tiada siapa yang angkat tangan. Cuma I seorang yang angkat tangan. Jadi, I menang untuk pertandingan ini. [?] Kah kah! Sebenarnya I jarang berpeluh sebab I duduk dalam air-cond 24jam. Ok, I tipu. I cuma duduk dalam air-cond di dalam kelas sampai sakit dan dapat MC seminggu. Tapi walaupun I jarang berpeluh, itu tak bermakna I tak pakai deodorant. I harap statement ini clear. Jadi, tidak perlu takut dengan bau busuk bila duduk sebelah I. He he.

Deodorant ni ada macam-macam jenis. Ada yang jenis stick, ada yang jenis roll-on *cecair* dan ada yang jenis spray. I suka jenis stick! Yay! Tapi macam gambar dekat atas ni. jenis spray. Adidas telah mengeluarkan satu produk penjagaan diri atau senang cakap, penjagaan ketiak *kecikkan font sebab malu nak type kuikuikui*. Ada 6 perisa jenis. Antaranya intensive, control, sensitive, pro-clear, pure dan fresh.

Macam gambar spray dekat atas tu, jenis fresh -- Fresh Anti-Antiperspirant Spray. Yang bestnya tentang spray ni, ia berupaya memberikan perlindungan 24jam dari peluh .Ia juga memberikan kekeringan yang maksimum dengan menggunakan sistem baru yang di panggil Dry Max System Technology. Jadi, tiada lagi ketiak basah. Heeee~ Selain itu, produk ini anti-pemutihan dan mengurangkan keputihan pada kulit dan baju anda.

Euwww... Ketiak Basah!
*muntah*

Dan yang bestnya produknya, ia adalah 100% bebas dari alkohol. So, pada yang beragama islam, jangan risau sebab anda semua boleh solat bila sudah pakai spray ni. ^^ Bila pakai spray ini, anda akan rasa segar sepanjang hari dan akan berbau harum seharum kasturi *cheh, lebih-lebih pulak intan neh* Tapi memang betul, anda akan rasa segar dan wangi! Cubalah! ^^ Eh sebelum terlupa, produk ini juga PH-Respect dan Dermo-tested! Cubalah! ^^ *lagi =.="

NO SWEAT!

Siapa-siapa yang rasa jenis kuat berpeluh, sila lah dapatkan produk ini di pasaran gelap. Lagi-lagi untuk orang yang kuat bersukan dan kuat bekerja. Memang sangat-sangat sesuai untuk anda. Ini satu contoh saja. Spray ni pun ada untuk wanita. Tak caya? Klik SINI. Wink! ^.* Bila anda semua segar dan harum, muka tak cantik pun, boyfriend sayang *macam i huhuhu*

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3
and supported by P1 and MAS

Auditions are now open!
Check it out at
www.projectalpha.com.my/auditions

Photobucket