.hangat-hangat tengkorak ayam!

.salam readers~

.lagi beberapa hari nak masuk tahun baru
.perasaan anda macamana?

.kalau i ----- nervous! =.="
.macam-macam benda i kena buat dan ubah!
.omaigod, boleh kah??

*ok ok, cuba senyum untuk cool down-kan diri*

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

.azam baru [?].
.kerja/study.
.i akan register UiTM isnin depan, 4 january 2010 .i nak study betul-betul .tak nak ulang balik kesilapan lama .nak dapatkan AD setiap sem .amin amin amin~~ .bestfriend i dapat AD setiap sem dan time convo, dapat anugerah naib cancelor .dia boleh, takkan i tak boleh? .kan kan? ;)

kalau masa diploma, i ambil cos land survey, i dah mind set, mesti susah .mesti tak dapat buat sebab kondisi kaki i lemah sikit .so, bila dapat cos yang tough macam budak-budak engineering, i cepat give up .i tak dapat buat kerja tough dan angkat benda berat berat .tapi kali ni, i tukar cos .i ambil HR .for sure tak ada turun site dan akan duduk dalam kelas diam-diam jer .semoga i dapat belajar dengan tenang .aminnn~~

.family.
.tahun depan, kakak i akan berkahwin .insyaAllah pada bulan 11 *nanti i jemput, korang datang tau!* .dan i akan dapat abang ipar .ouh ouh bila i akan kahwin pulak heh? .eh tak ada kena mengena dengan sub-topik .i harap, family i akan kekal harmoni sampai bila-bila .adik-adik i akan minum milo dan membesar dengan sihat dan kuat! haha!

.chacha pun akan masuk taska .mesti dia semakin bijak .dan i harap, mama dan abah akan bahagia dapat anak-anak yang membahagiakan doang macam kiteorang semua .hehehe! .semoga mama dan abah panjang umur dan dimurahkan rezeki .aminn~ .nenek pun sama .harap-harap nenek ok walaupun secara jujurnya nenek dah tak berdaya :(

.love.

.sekarang i cuma ada dia .i harap hubungan yang terjalin ni akan kekal sampai jinjang pelamin .i dah tak nak ingat kenangan lalu sebab kenangan lalu tu semua bullshit .couple 5 tahun? .couple setahun? .semua nya nonsense .i tak sedar yang i ada dia yang much more better dekat depan mata dari mangkuk-mangkuk ayun tengkorak ayam yang dulu .i malas nak tulis banyak-banyak sebab nanti i yang sakit hati

.so, to both of them, i harap doang happy lah dengan kehidupan masing masing .mungkin doang akan regret sebab left me behind dan mungkin jugak tak sebab i bukannya bagus sangat .kuikuikui~ .putus cinta itu sakit dan lebih sakit bila di tipu sebenarnya .kalau i jadi si penipu, i tak ada berasa selesa dengan keadaan sekarang .i akan terus berasa salah dan serba salah sepanjang hidup i! huh!

.diri sendiri.
.i akan berusaha untuk capai impian-impian yang i cakap dekat atas .dan i akan cuba berubah dari diri i yang tak berapa baik kepada yang lebih baik .bertudung hampir berjaya .cuma belum 100% .tapi i akan cuba jugak~ :) .dan i harap i dapat mengawal emosi dan biarkan akal fikiran yang membuat keputusan .i ni emosional sikit .err bukan sikit, banyak sebenarnya .hahaha~~

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

.kepada kawan-kawan yang baru putus cinta, jangan sedih .jangan nangis .sebab itu cuma akan membuatkan diri kau lemah .bangun lah dan teruskan lah hidup .study, kerja dan keluarga lebih penting dari cinta walaupun cinta itu satu keperluan .tapi, jangan letakkan cinta di no 1 sebab ia akan buat diri kita hancur

.kalau perlu dengan cinta baru, cubalah kerana mungkin yang baru itu lebih baik .setahun lepas, i teramat lah down .maka terbit lah blog ni untuk i luahkan segalanya .i tak kisah tak ada orang baca blog i .tak ada orang follow blog i .sebab blog ni, i cipta untuk diri i sendiri .untuk i simpan dan catatkan segala-gala isi hidup i

.blog ni wujud pada 31 januari 2009 .time tu, i masih hidup dengan kenangan lalu .kenangan yang betul-betul buat hidup i sengsara .entry pertama i --- mungkin kah yang baru itu lebih baik adalah motivasi untuk diri sendiri .serius, i jenis touching, i jenis cepat nangis .i teramatlah senang mengalirkan air mata .dengar lagu sedih, i nangis .tengok orang sakit, i nangis .i baca balik 1st entry yang i tulis dulu tu pun i dah sedih .i kesian pada diri sendiri .see? sangat fragile kan hati i ni? *aiyoo mengadaaaa nyerrrr intan ni!*

.so i harap, tahun 2010 ni akan membawa sinar yang baru bagi hidup i .life baru .buang yang buruk dan gantikan yang baru .tapi i rasa, boyfriend i yang sekarang ni tak buruk, so tak perlu buang kan kan? .hiks! .i akan kekalkan dia dalam hati, dalam hidup i :) .dia banyak tolong i, nasihat i macam-macam dan i tau, dia tau yang i masih hidup dalam kenangan yang dulu .i mintak maaf sayang .emosi selalu mengatasi segalanya .tapi, terima kasih untuk semangat dan nasihat-nasihat yang selalu di berikan .i owe u much and ilysm!

.eh, panjang pulak i membebel .kah kah~ .last but not least, semoga tahun 2010 membawa sinar baru untuk diri i dan kamu semua .semoga azam baru ni bukan setakat hangat-hangat tahi ayam saja~ kuikuikuii!
".harapan yang tidak kesampaian bukan bermaksud tiada lagi harapan lain. masih ada lagi harapan. jangan di tutup pintu hati itu untuk yang baru. mungkin yang baru itu akan lebih baik?"

.so long 2009 and
.welcome 2010!


*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

.p/s:
.jom masuk contest
.klik SINI

.pis pis kacang pis:
.tolong click nuffnang i heh! .nanti i click korang punya balik~ .dah click, bagitahu dekat chatbox atau dekat ruangan comment! .TQ :)