.model sexy!

.salam all~

.urghhh! i tersangat lah mengantuk .tapi i tak boleh tidur sebab chacha tak tidur lagik .semalam pun sama .pukul 1 lebih .lepas dia tidur, baru i boleh gayut dengan kesayangan i .then tidur dalam pukul 2 lebih .then bangun pagi pagi balik dan sampai sekarang tak tidur lagi .mata ni dah kecik sangat .tak tahu lah kenapa si chacha ni sangat lah aktif .tak reti reti nak tidur T__T

.mama balik petang ni .yay! .baru lah rasa hidup teratur sikit .kalau mama tak ada, rasa macam lain je .huuu~ .asyik makan lauk beli je .tak best .kalau mama goreng telur dadar pun rasa sedap *bodek* .kah kah! .oh ye, since i tak boleh tidur ni, i nak membebel kat dalam blog ni

.sekarang ni, ramai dah ada blog, dari orang tua, orang muda muda macam kita semua .budak budak sekolah pun dah ada blog .doang ada cara doang sendiri untuk berblog .ada hak mereka sendiri .macam macam cerita yang doang tulis dan kongsikan dengan kita semua

.i paling suka baca blog couple couple~ .suka baca love stories dieorang .ada jugak orang menyampah baca kisah cinta orang lain .sebab doang cakap, bercinta bagai nak rak .bila gaduh ke, clash ke, cepat sangat melatah .nak delete blog lah, private lah *teehehehe .terkena kat batang hidung sendirik* .i suka baca blog yang happy happy .suka tengok orang lain happy .kalau ada yang frust tu, i akan comment, bagi support .ecececeh! .macam bagus pulak i ni

.dulu, masa i baru baru berblog, i ada baca 1 blog .i tak ingat link dia .blog tu, blog couple .meaning dia share 1 account together .i thought doang dah kahwin, tapi rupanya belum .err i tanya lah doang macam macam soalan since i curious sebab kadang kadang doang post entry yang agak berani .macam pasal tidur tidur malam malam =.=" .dan doang dengan berani nya explain .haish~ .kot ye pun, jangan lah terlalu open .i tak tahu lah blog tu doang sendiri tutup atau ada orang flag

.lagi satu blog yang i suka baca ialah blog pasal budak budak kecik .pasal family family .pasal couple yang baru kahwin .pasal mummy to-be .wuuuu seronok sangat baca pengalaman doang .weee~ .tu sebab i ni dah gatal nak kahwin =.=" *lempang diri sendiri*

.dalam berblog ni, kita memang tak boleh nak puaskan hati semua orang .tak semua yang kita rasa betul, akan jadi betul di mata dan di hati orang lain .kadang kadang, i ada jugak TERpost entry yang tak berapa sesuai sebab emosi menguasai diri .kesian orang yang terkena dan terasa .i minta maaf ye! ^^ .so, lepas ni, kalau nak post apa apa entry, kena fikir lah dulu .jaga lah hati orang lain kalau nak orang lain jaga hati kita :)

.pasal anonymous tu pulak, pun tak best bila kita terkena .tapi, alhamdulillah sekarang i tak ada lah kena kacau dengan anonymous ni .cuma dulu pernah lah jugak kena gangguan seksual dekat chat box shoutmix i tu .dekat YM pun pernah kena jugak .biar lah, dia yang berdosa sebab buat macam tu dekat i .i tak kacau dia pun .dunia ni bulat .what goes around comes around .i percaya pada hukum karma :)

.ouh, i sangat mengantuk .mahu suap nenek makan lepas tu rehat dan lelapkan mata .chacha akan i paksa untuk tidur bersama .kena ugut dia, tak nak buatkan susu .baru dia dengar cakap, kalau tak, haish susah nak tidur petang petang macam ni =.="

.ouh ye, legging dan cloth diaper yang i beli online untuk chacha dah sampai :) .mari lihat gambar di bawah~~ *i jealous* .i nak suruh mama belikan i legging pulak lepas ni! ;D .thanks kak sabrina dan kak anna ^^ .i pun ada beli t-shirt online tapi tak sampai lagi T__T

.scroll down.
.yay! .chacha dapat surat lagi~

.tak sabar sabar nak bukak! =.="

.thanks to baby kids love
.dan just baby kids stuff

.cantik kan? :)

.awww~ .sexynyaa!

.cloth diapers chacha
.comel! :)

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

.jangan lupa join Intan's Birthday Contest!
.click HERE to join~