.bengang yang bangang! .tolong baca sampai habis~

.salam all~

.google image.

*entry ini agak panjang,
mohon jasa baik korang untuk baca sampai habis
dan bagi comment*


.i sangat-sangat bengang hari ni .ouh bengang nyeeerrrr!! .mari dengar i bercerita tentang kisah bengang yang bangang ni dari mula .i adalah freelance website builder tidak bertauliah .i memang minat dalam bidang computer sejak sekolah lagi .time dekat sekolah dulu, 2x i wakil sekolah dalam pertandingan merekacipta web .dan i dapat no 2! .teehehehee~ *sila berbangga dengan pencapaian i yang tak seberapa itu*

.bila i habis sekolah, i start lah buat website mana-mana kompeni yang nak i buat .tapi kompeni kecik-kecik je .ye lah, i kan tak ada apa-apa sijil .so, potensi untuk i di-hired adalah tipis .then, masa i study dekat UiTM Shah Alam, i dapat 1 job dari kompeni A oleh encik Z .dia mintak tolong i create website bisness dia .dan payment yang i mintak sangat lah rendah .tak sampai RM 3000 pun! .kalau korang pergi tanya mana-mana syarikat yang buat website, payment yang doang perolehi adalah tinggi .RM3k tu sikit je kot .tapi memandangkan i ni pun cuma freelancer, i tak lah demand .RM3k tu pun, dia bayar 3x kalau i tak silap .so, memang i tak dapat rasa sangat duit tu sebab bayar bil internet, bil letrik, bagi pada parents i dan yang lain-lain .dapat lah shopping sikit dengan duit tu~

.since i yang create website tu, if encik Z nak renew hosting and domain dia setiap tahun, dia kena lah contact i .ataupun nak update pun kena melalui i .dulu, dia mintak tolong i ajar dia macamana nak update website .i mintak service charge Rm200 untuk cos i pergi balik ke KL untuk jumpa dia, tapi dia tak nak bayar .dia ingat free jer .then dia cakap, dia boleh buat sendiri .few weeks after tu, i tengok website tu, dah tunggang langgang .alignment lari .i tak tahu siapa yang edit kan untuk dia

.baru-baru ni, website dia dah expired .dalam Rm100+ jer untuk renew tapi i demand sikit .mintak Rm250 untuk setahun .dia mempertikaikan hal ni .dia cakap, mana ada renew domain and hosting mahal macam tu .then i cakap lah, termasuk service i .lagipun, untuk setahun, bukan sebulan .dia contact i melalui SMS .i bengang jugak time tu .i malas nak mengungkit sebab time mula-mula deal dengan dia dulu, tak ada agreement hitam putih .buat atas angin jer .dia percaya i, i percaya dia .tapi bila pasal payment, dia tangguh-tangguh .i rasa, kompeni dia sangat maju .mentang-mentang i ni budak-budak, dia mainkan i .itu pun dia mintak kurang

.so pasal yang renew webhosting dia tuh, dia cakap i tak pandai berbisnes .dia macam perli-perli i .dia cakap, semoga i murah rezeki .kira guna physcology lah tu .i malas nak kurang ajar dengan dia sebab dia tu umur pun dah macam ayah i tapi rasanya dia lagi tua .i cakap, i boleh kurangkan ke Rm200 tapi dia macam tak nak .mungkin ego dia tinggi .then dia cakap, benda ni bukan sebab money matter but sebab i sendiri tak pandai deal bisnes .haish~ .sabar je lah .kalau bukan sebab duit, kenapa tak boleh bayar setakat Rm250 setahun? .betul tak? .setahun je kot, bukan sebulan .dengan keuntungan yang dia dapat dari website yang i buat sampai tak tidur malam, bersengkang mata ikut kepuasan hati dia, then macam tu jer dia buat

.then pagi tadi, i dapat call dari pihak webhosting .dia cakap, encik Z request untuk tukar profile i kepada profile dia .maksudnya, dia nak pegang sendiri profile tu sebab senang nak manage website tu .senang cakap, dia tak nak berurusan dengan i .then, pihak webhosting cakap, kena tunggu permission dari i .once i bagi permission, baru pihak diaorang akan tukarkan profile .i ada manage 2 website lain iaitu kompeni B dan C selain dari kompeni A ni tapi pihak webhosting cakap, lagi 2 website tu, still i pegang cuma untuk website kompeni A je, profile akan bertukar kepada profile encik Z .tapi i tak mengalami apa-apa masalah dengan kompeni B dan C pun :) .see? .i ker yang tak pandai berbisness? .mungkin ye kot~ .dia kan lebih makan garam .LOL!

.so, pada pendapat korang semua, patut ker i bagi permission? .i tak tahu nak buat macamana .takkan i nak bagi bodoh-bodoh je pada encik Z lepas semua ni .and the best thing is, dia dah bayar sendiri domain and hosting tu tanpa melalui pihak i .i dapat detect melalui profile i .mungkin dia dah mintak account bank pihak webhosting tu sendiri .orang macam ni pun ada ker? .untuk pengetahuan korang, sebelum ni, encik Z pernah suruh kawan dia create website guna domain nama dia sendiri tapi website tu terbengkalai .benda ni encik Z yang bagitahu sendiri pada i .mungkin kawan dia tu pun mengalami masalah yang sama macam i

.so, i mintak pendapat korang sangat sangat .patut ker i bagi permission?? .dan kalau patut, berapa service charge yang i perlu kenakan? .sedangkan makan mcd pun ada service & goverment tax kan? .hehehe~ .sekarang pihak webhosting tengah tunggu email dari i untuk bagi permission tentang penukaran profile tu .kalau i jahat, i dah delete website tu .HAHAHA .tapi i baik kot ;) .tapi sumpah, i rasa encik Z ni sangat annoying!

.google image.

.ok, cukup entry bengang untuk hari ni

.sekian~

.p/s:
.kepada yang mahu buat website, boleh klik SINI
.i takkan cekik darah kalau korang baik dengan i! :)

.tapi website ni memang terbaek lah!
.tak caya, klik SINI dan SINI

*.:。✿*゚‘゚・✿.。.:* *.:。✿*゚’゚・✿.。.:* *.:。✿*

.jangan lupa join Intan's Birthday Contest!
.click HERE to join~