.segment bersilat di dapur | puding kastard berkuah

*credit picca dari sini*

.sebelum tuh, mahu gelak dulu
.ekekekekeke~
.bapak gedik mahu post entry pasal resepi ;p
.ada hati mahu ajar orang buat puding
.padahal goreng bawang pun hangit =.="

.tsk~ tapi saya tak peduli .mahu post jugak entry ni ;D .saya mahu ajar korang semua cara-cara buat puding kastard berkuah~ .yummy!

:: PUDING ::

.bahan-bahan
1) .1 tin tepung kastard
2) .4 tin air *gunakan sukatan tin tepung tadi*
3) .sedikit garam
4) .1 senduk gula *tak yah pakai sudu, leceh!* ;p
5) .1 tin krim jagung

.cara-cara
1) .masukkan 1 tin tepung kastard dalam periuk
2) .masukkan 4 tin air kedalam periuk tadi tu
3) .kemudian masukkan sedikit garam dan 1 senduk gula dan kacau
4) .masukkan satu tin krim jagung ke dalam periuk
5) .kacau dalam kepanasan yang sederhana kira-kira 10 minit
6) .jangan berhenti kacau sebab nanti kastard tu berketul-ketul
7) .bila dah pekat dan berwarna kuning berkilat, tuangkan dalam bekas
8) .kemudian, biarkan ia sejuk dekat bawah kipas ataupun dalam peti ais .hehehe~

:: KUAH ::

.bahan-bahan
1) .3 tin susu sejat
2) .1 tin mix fruit cocktail
3) .5 tin air *gunakan sukatan tin susu sejat tadi*
4) .3 senduk gula *boleh kurangkan kalau tak suka manis dan boleh tambah gula kalau nak kena kencing manis*
5) .sebiji telur itik ayam
6) .1 sudu tepung kastard
7) .sedikit garam

.cara-cara
1) .masukkan semua bahan kecuali miz fruit cocktail kedalam periuk
2) .kacau dan didihkan di atas kepanasan yang sederhana
3) .kacau sehingga gula larut dan pastikan gula itu tidak hangit sebab nanti rasa dia tak best~
4) .ambil 1 tin mix fruit cocktail dan asingkan air dengan buah-buahan
5) .lepas kuah dah didih, sejukkan lah ia bawah kipas dan simpan dalam peti ais
6) .bila nak makan, campurkan mix fruit di dalam kuah .jangan masukkan air dalam mix fruit tadi sebab nanti rasa kuah puding dah jadi lain .buang je air mix fruit tu ;)
7) .hidangkan puding kastard berkuah ini dalam keadaan sejuk

.kat bawah ni ada pic time saya buat puding ni tadi
.saya buat puding atas permintaan mama
sebab petang tadi ada marhaban taska chacha
.lagipun, bahan-bahan ni semua memang sedia ada
.lebih time open house minggu lepas

.scroll down

.tepung kastard ni murah je
.kalau nak best, guna lah bird custard ;)

.garam ;)

.cream corn dan mix fruit

.masak dalam kepanasan yang sederhana

.kacau sampai pekat dan warna macamni

.susu sejat

.kuah yang sedia untuk di masak

.asingkan air dan buah

.sedia untuk di makan! ;)

.sungguh sedap bila makan dalam cuaca yang panas
.so, selamat mencuba! :)
*puding ni leh makan untuk 20 orang*

p/s:
.nanti saya update pasal marhaban taska chacha
.nantok lah~ nak tidur kejap ;)