.sejarah satria GTI~

.korang nak tau tak?
.GTI tu sebenarnya stand for what???

.GREAT TEACHER INTAN!
*thanks hubby sebab gelarkan baby nama neh*

.saya tahu memang saya hebat pun~
.lalalalalala

.oke~ mahu share cerita pasal pagi tadi
.time buat discussion bout past test dengan students

.actually saya tak sihat sangat
.tapi sebagai blogger yang tegar,
.gagahkan diri mahu tulis entry huhu

.hari ni ada 2 kelas saja
.meh baca cerita saya~

.4 Sains Teknologi.
.time discuss tadi, students saya tuntut hadiah sebab ramai yang dapat A dalam english test hari tu .3 orang dapat A1, 3 orang dapat A2, semua ok cuma seorang saja yang failed .kesian yang failed tu .muka dia sedih je .saya nak tambah markah dia kasi lulus pun tak boleh .sebab memang tak ada part yang boleh bantu .sorry ek :( .err nak bagi dieorang hadiah apa ek? .saya cakap, time raya nanti, suruh dieorang semua datang rumah .bagi duit raya saja .saving sikit sebab duit raya tu nanti minta mama yang bagi! .hiksss~ .tak terfikir lagi nak bagi hadiah apa .kalau ajar sekolah rendah, boleh lah belanja beli jajan atau bagi pensel sebatang .ni budak sekolah menengah .any ideas? ^^

.4 kemanusiaan 2.
.ni kelas last .form 4 ada 4 kelas saja, 4 SN, 4 ST, 4 kemanusiaan 1 dan kelas ni .sangat tekanan ok! .dalam english test hari tu, cuma 5 orang saja yang lulus .markah tertinggi 51%, yang failed tersangat lah ramai lepas tu, ada juga yang dapat 2% .haish~ .geram betul .ada seorang student perempuan tu, dapat 37% .dia suruh saya luluskan dia .add 3% lagi tapi kertas test dia memang teruk .memang tak dapat tolong .so, sorry la ek~ .huhu .pastu dia cam protes, tidur time saya discuss .alasan dia, sakit perut .fine lah~ .malas mahu cakap banyak sebab saya pun batuk-batuk .time saya cakap kat depan, semua buat tak tahu .penat cakap .semua students tak focus .maybe sebab dah pukul 1pm, kelas habis pukul 2

.bengang sangat tengok bebudak tu, saya decide malas nak merepek mengajar seorang-seorang kat depan .saya terus tulis jawapan dekat papan hitam .tapi di sebabkan saya batuk, baru half, tulis saya dah berhenti sebab asyik batuk saja .suruh salah seorang students tulis tapi haram seekor seorang pun tak nak tulis .geram betul .last-last ada gak seorang budak perempuan pergi tulis .bila settle tulis jawapan, saya suruh test paper tu suruh tampal dalam buku .nanti next time nak buat revision senang .saya dah cakap awal-awal tapi dieorang tanya lagi 800 kali .haish~ .memang menguji kesabaran .tak apa, saya sabar lagi .bulan puasa kot .kang pahala hilang pula

.then, ada satu group budak lelaki main lighter .passing-passing kat kawan .memang tak puasa la kot bebudak ni .dah la bawak lighter dan rokok .saya rampas lighter tu, rokok dieorang cakap tak ada .so malas la nak paksa-paksa .lantak dieorang lah .saya cakap,
"bak sini lighter tu .kang senang cikgu nak hisap rokok"
.then semua budak tengok saya .saya cakap lagi,
"kenapa? .ingat cikgu tak hisap rokok ke?"
.time cakap tu, saya buat muka serius .then saya cakap lagi,
"rokok dah mahal sekarang .dunhil sekotak dah rm9 lebih kan? .kan cikgu dah cakap, buat test betul-betul .kalau dapat A, nanti cikgu bagi hadiah rokok! .hahaha"
.gila samseng saya nih! .saja je perli-perli .tapi tak tahu lah dieorang percaya atau tak .kalau percaya, memang bengong hampeh betul bebudak tu .then kelas bising .tak terkawal .saya macam cakap seorang-seorang kat depan

.tiba-tiba azan zuhur .ada yang senyap, ada yang bising .lepas azan je, saya ambil lesson plan book dan terus keluar kelas .padahal ada lagi masa 30 minit .dah fed up gila .dieorang salin jawapan kat depan pun tak siap-siap .berborak je banyak, kerja tak buat .time saya nak keluar tu, ada budak perempuan tegur .dia cakap,
"cikgu, ada lagi 1 masa lah cikgu"
.then saya cakap
"cikgu tahu, tapi since korang semua tak nak dengar cikgu ajar kat depan, baik cikgu berambus blah dari kelas korang ni"
.then saya pun terus balik bilik guru .panas betul hati .dah la saya letih, puasa, batuk, selseme .haish.. .memang boleh hilang sabar mengajar kelas hujung-hujung ni :(

.4 kemanusiaan 1.
.saya tak ajar kelas ni hari ni .tapi esok, pukul 7.30 am ada kelas kat sini .saya jumpa group budak lelaki kelas 4 k1 ni time saya baru keluar dari toilet .ada seorang student cakap,
"cikgu, jangan lupa tau hadiah untuk saya sebab saya dapat tinggi"
.faiz nama dia .dia dapat 66% .dekat kelas ni, saya janji nak bagi hadiah kalau dapat markah tinggi .saya tak lah cakap suruh dapat A sebab ni kelas ke 3 .so kalau dapat markah tinggi pun dah kira bagus :) .then saya jawap
"raya nanti datang ruma cikgu .cikgu bagi hadiah"
.then ada seorang lagi kawan dia .tapi tak ingat nama .dia cakap
"kalau markah sikit lagi nak tinggi, dapat num handphone cikgu kan?"
.saya gelak je .haha~ .tak habis-habis mahu num telefon saya .gedikss betul mereka .tapi at least, dieorang tak biadap time saya mengajar kat depan macam bebudak kelas 4 k2 tu .letih ouh! =.="

.2 gambar ni kenangan time ajar
.SK Parit No. 5
.what a sweet memory
.memang sangat-sangat enjoy
.ajar sekolah rendah

*tapi sebenarnya bukan senang menjadi guru*

.hiks~
.itu saja mahu update
.thanks sebab baca

.eh korang!
.tolong doakan saya cepat sembuh ek!
.saya tak mahu batuk-batuk dalam kelas lagi :(

.mahu tidur dulu
.nanyte!
.sekian~