.kalau dah jodoh, tak kemana! ^^


.namamu seindah senyumanmu .dengar nama dia pun dah buat aku tak keruan, mandi tak basah, makan tak kenyang .aku cuma kenyang makan bila zelo suapkan aku .tsk~ .aku sayang zelo sangat-sangat .sayang sampai mati .tak tahu nak describe macam mana .tapi zelo lah satu-satunya lelaki ganteng ter'tough', terkacak, terbergaya, ter'handsome,' terbaik hati, ter'soft spoken', ter'caring', terpenyayang dan semua ter ter yang ada yang pernah aku jumpa di muka bumi ni .wajah dia persis pelakon fahrin tapi mesti lah zelo lagi kacak .sejuk je mata dan hati memandang .cuma dia seorang yang bertakhta di hati aku sekarang ni .ohhh zelokuuuuu sayang~ *b! ampunkan baby .ni cuma untuk contest rm50 yang zelo anjurkan tuuu~*

.aku kenal dia dah lama .mak dia dengan mama aku kawan lama .rumah dia dekat je ngan rumah aku .selang 3 rumah je dari rumah aku .dulu masa kecik-kecik, aku selalu main ting-ting ngan dia .main masak-masak .main kahwin-kahwin .dulu masa kecik-kecik, aku ingat zelo ni perempuan .sebab muka dia comel sangat *sekarang lagi comel dan sebab tuh la aku jatuh cinta kat dia* .dulu masa kecik-kecik, rambut dia ikal mayang .aku suka sikat-sikat rambut dia .lepas tu, dia sikat-sikat rambut aku pula .kiteorang macam belangkas .tak boleh dipisahkan .pergi mana-mana, kami tetap berdua

.bila masuk darjah 1 kat sekolah rendah, aku masuk kelas no 3, tapi zelo masuk kelas no 1 sebab dia pandai .aku tak pandai macam dia .aku sedih sebab tak dapat satu kelas dengan dia .tapi time rehat, mesti kami rehat sama-sama .kami makan sama-sama, suap-suap bagai .zelo selalu bawa bekal .dia bawa nasi, telur goreng letak kicap .aku pula bawa bekal air sirap je .kadang-kadang aku bawa air oren .jadi kami kongsi makan dan minum sama-sama .sangat sweet kan? .hikss~


.bila nak balik rumah, zelo bonceng aku naik basikal .dia tak pernah bawa laju-laju .biasa dia bawa slow motion je .best je~ .lagi-lagi kalau time tu angin sepoi-sepoi bahasa .memang sangat romantika d amour lah~ .heee .zelo memang sangat romantik orangnya .ouh rindunya saat tu .biasanya bila balik sekolah, zelo suka singgah satu tempat tu .setiap hari mesti singgah .aku tak boleh bagitahu kat sini sebab aku takut korang report kat mama aku .hehehe .cuma aku ngan zelo je tau tempat tu .dekat tempat tu ada sebuah pokok .aku pun lupa nama pokok tu .zelo ada ukir nama aku ngan dia .zelo parjo sayang milah kartopo .dia ukir pakai pisau lipat yang harga seposen tu .zelo cakap, tu bukti cinta kami .zelo janji tak kan tinggalkan aku dan kami akan berkahwin satu hari nanti serta melahirkan anak yang ramai .eh apakah? kecik-kecik dah gatal!

.time upsr, zelo dapat 5a .aku pula dapat 3b 2c je .zelo dapat masuk mrsm beseri .jauh sangat .aku pula sambung dekat sekolah biasa je .aku sedih .aku nangis-nangis .aku tak kasi zelo pergi .aku cakap ".kalau awak pergi, saya tak nak sayang awak lagi" .tapi zelo tetap pergi demi masa depan kami sebab mak dia suruh dia pergi .zelo cakap dia pergi sebab nak belajar betul-betul .dia nak jadi engineer .nanti dia balik, dia nak kahwin dengan aku .aku cakap ngan dia, aku nak jadi cikgu .aku nak ikut dia juga tapi aku tau, aku tak boleh .start dari tu, kami jarang jumpa .zelo balik time raya je .aku sedih sangat .sebab makin lama, aku rasa zelo makin jauh dengan aku


.time awal-awal zelo kat mrsm beseri tu, dia ada gak telefon aku .then bagi aku surat .dalam surat tu mesti dia letak bedak dashing banyak-banyak .tapi lama-lama, dia tak bagi lagi .aku dah agak mesti dia dah lupakan aku .aku pun redha je sebab aku dapat kawan baru .tapi dia tak sehebat zelo, tak sebaik zelo, tak setampan zelo tapi cukuplah untuk hiburkan hati aku yang sunyi .kami kawan je, tak lebih dari itu sebab dalam hati aku tetap terpahat dan terpateri nama zelo bin parjo yang kacak itu .lepas habis spm, aku dengar khabar zelo dapat sambung ke oversea sebab dia dapat keputusan cemerlang .aku nak sangat jumpa dia .tapi aku malu .sebab aku punya result spm teruk .aku tak dapat sambung belajar .tapi aku dapat jadi cikgu yang macam aku impikan dulu .errr cikgudang atau senang cakap aku cuma kerja kilang :"( .tsk~

.10 tahun zelo kat sana .aku pun hampir lupa wajah dia yang tampan dan kacak itu .mesti dah banyak berubah .tapi aku tak pernah lupa kenangan aku dengan dia time kecik-kecik dulu .sentiasa terngiang-ngiang suara zelo di telinga aku ".milah lapar tak? .jom kita makan .zelo suap milah ek .nak tak?" .time tu, haruslah aku buat muka blush blush padahal dalam hati cakap mahu ^^


.tiba-tiba aku rindu zelo .aku dengar khabar, dia dah pulang ke malaysia dan sekarang dia merupakan seorang engineer di sebuah syarikat terkemuka di ibu negara .aku mahu jumpa zelo tapi aku malu .aku sedar siapa aku .aku tak layak untuk dia

.hari ini hari ke 21 umat islam berpuasa .aku harap, raya nanti aku dapat jumpa zelo .dah bertahun-tahun aku tak jumpa dia .aku rindukan zelo bin parjo yang dulu .zelo bin parjo yang selalu menemani milah kartopo iaitu aku

.1 syawal 1430 Hijrah.
".milahhhh!".aku dengar mama panggil aku .time tu aku kat dapur .tengah layan anak jiran-jiran aku .malas aku nak ke depan .riuh rendah kat ruang tamu tu .aku tak suka bising-bising .aku suka tenang-tenang je macam time zelo bonceng naik basikal time kecik-kecik dulu .then mama ke dapur .mama cakap, ada orang datang meminang .aku biarkan je lah .sebab aku ingatkan orang tu datang nak meminang kakak aku, zilah kartopo .tapi tiba-tiba mama cakap, orang tu nak pinang aku .aku tanya lah, siapa .mama cakap kawan lama, aku malas nak fikir siapa sebab aku tahu mesti mama main-main

.mama cakap, orang tu kerja engineer, kaya .nama zackery .cheh! .nama nak artis~ .aku acuh tak acuh saja .tak berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut .mama ingat aku mata duitan ke? tapi adalah 70% sebenarnya hehe .lepas tu mama suruh aku bancuh air oren dan hidangkan ketupat rendang .aku pun buat je lah .aku lihat zackery dari jauh .dalam hati cakap ".handsome jugak mamat ni .dah lah kaya" .tapi aku setakat minat gitu-gitu je lah .tiba-tiba aku dengar mamat tu bersuara .suara yang aku kenal sangat-sangat ".milah lapar tak? .jom kita makan .zelo suap milah ek .nak tak?"

.omaigod! .ayat tuuuuu sangat selalu aku dengar dulu .zelo ke??? .jeng jeng jeng~ .jantung aku dup dap, dup dap .aku pandang mata dia .dia tenung mata aku .aku tunduk malu .ohh tidak~ .dia kah orang yang nak meminang aku? .dia kah bakal suami aku??? .aisehhh apsal lah aku lampi sangat .pang muka sendiri .zelo terus ajak aku ke beranda rumah .dia tanya aku, kenapa tak pernah balas email dia? .twitter dia? .request facebook dia? .aku dengan slumber nye jawap ".kenapa awak tukar nama jadi zackery? .saya tengok nama tuh, saya terus reject .saya setia pada awak je, iaitu zelo bin parjo" .then zelo jawap ".alaa milah ni, nama zackery kan mantop" .then zelo gelak-gelak kecil .bajet comel lah tu! .cheh! mantop kahh?? .kau fikir ini rancangan raja lawak kah? .belasah jugak budak zelo ni .nasip baik kau Nsem dan bakal jadi suami dan bapa kepada anak-anak aku nanti .hikss~ .kalau ada jodoh, tak kemana kan?

.perkahwinan kami di tetapkan pada 15 syawal .zelo tak mahu lambat-lambat sebab dia kena terbang ke Paris pada 20 syawal .dia kena jadi manager kilang terkemuka kat sana dan pasti nya dia mahu membawa aku ke sana sekaligus paris merupakan tempat hunnymoon kami .oh bahagianya aku~

.15 syawal 1430 Hijrah.
.kami di arak masuk ke halaman rumah .bunyi kompang bagai .siap ada orang silat-silat .siap ada pedang-pedang walaupun zelo bukan askar .then kami bersanding kat halaman rumah je sebab mama suruh buat pelamin kat luar .tak ada lah sesak sangat dalam rumah nanti .time duduk atas pelamin, aku dah blush blush sebab zelo asyik usha-usha aku .dalam hati aku berkata ".siut tul lah zelo ni.. malu aku" .tiba-tiba aku dengar bunyi tak best ".ehh bunyi apa tu?" kata aku dalam hati .tiba-tiba.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.woi angah!
.bangun sahur lah~
.dah pukul 5.20 am ni
.jap lagi azan~

.adik aku si chacha kejutkan

.lahh~
.aku mimpi kah??
.buang masa je cerita panjang-panjang
.dah lah nama dalam mimpi tak best

.milah kartopo.

.lain kali kalau nak mimpi, guna nama sendiri boleh takk???


~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*

.gambar-gambar dari google.
.cerita kat atas ni semua rekaan
.untuk contest duit raya kat blog zelo.
.dah cakap pun mimpi
.huhuhu~

.kalau nak join, klik SINI.
.sekian~