.gigih menaiki basikal selama sejam~ hoho

.salam semua~

.hari ni ex-pupils saya datang lagi .kali ni, dari SK Parit Num5 .sekolah pertama yang saya mengajar dulu .datang jauh-jauh naik basikal .adalah almost sejam kot dieorang naik basikal .sebab dulu, time saya mengajar sekolah dieorang, nak gi sekolah tu, naik motor dah 15minit .cuba imagine kalau budak darjah 3 kayuh basikal berapa lama? .huhuhu~ .apa-apa pun, tenks sebab datang rumah teacher! .mereka datang bertiga .hafuza, aiman dan faizi .tapi si hafuza tak mau masuk rumah saya .segan kot~ *hafuza ni lah yang sangatttttttt selalu sms dan misscall saya! =.="*

.gi pusing-pusing naik basikal kat tepi-tepi rumah saya .kejap cakap nak pergi kedai, kejap cakap nak balik .dah penat pujuk ajak masuk rumah .saya just hidangkan mereka nugget ayam dengan air oren .kuikuikui~ .dalam sejam lah dieorang lepak rumah saya .dan saya bagi dieorang duit raya lebih sikit dari students saya yang lain .kesian dieorang sebab datang naik basikal jauh-jauh

.time dieorang nak balik, saya escort separuh jalan naik motor .risau dieorang lalu jalan besar naik basikal tu .kang kalau jadi apa-apa kang, saya lah yang susah! =.=" .apa-apa pun, tenks again sebab datang .next year datang lagi yek~ ;)

.then petang tadi, ada AJK masyarakat kawasan rumah saya hantar kerusi, meja, pinggan mangkuk, set buffet, kuali, periuk untuk persediaan open house ahad nanti .kalau kat area rumah saya ni, bila ada kenduri, majlis perkahwinan atau open house sekalipun, diadakan secara gotong royong .saya kan duduk kawasan kampung

.so, barang-barang ni semua tak payah susah-susah nak sediakan .semua leh pinjam dari balai raya dan bayaran tersangatttttt lah murah .and the best part is, bila tetamu semua dah balik rumah masing-masing, pinggan mangkuk cawan periuk belanga semua dieorang yang tolong cuci .so, senang lah kerja kami sefamily .lagipun, saya memang tak suka basuh pinggan! .hahahah~

.so, siapa-siapa yang mahu datang time open house ahad ni, jangan lah segan-segan ek! .till the next entry~ .tata!

p/s:
.menunggu rombongan meminang dari puchong ahad ni ;)