.tiba-tiba rasa nak type entry panjang-panjang hari ni

.salam kawan-kawan~

.referring to my title entry, memang saya rasa mahu tulis entry panjang-panjang hari ni .so kepada yang tak suka baca, tak payah lah baca ye~ .hmm sebelum tu, mahu ucapkan tahniah kepada team manchester united sebab berjaya kalahkan arsengal arsenal yang memang sengal itu 2-1 .congrat! .walaupun cristiano ronaldo sudah belot, saya tetap menyokong team anda! ^^ *padahal dulu suka manchester sebab ada si ronaldo itu =.="*

.gambar dari google

.saya tidak menonton perlawanan bola itu .sebab saya tersangat lah mengantuk semalam .bangun tidur saja, dapat sms mengatakan manchester juara! ^^ .heee rugi sebab tak tengok perlawanan itu .dengar cerita, own goal tapi saya peduli apa .janji menang! .hahaha~

.saya teringin sangat-sangat mahu menyarung jersy manchester united yang baru dan bergaya itu .tetapi tidak berkemampuan untuk membeli .ada siapa-siapa mahu sponsor tak?? .huhu ^^ .kalau ada, saya mahu size XS ye! (:

.hmm~ .saya sudah lama tidak menonton perlawanan bola sepak team kegemaran saya ini .kalau dulu-dulu, selalu tengok di kedai mamak bersama kawan-kawan kesayangan .ouh tiba-tiba rindu mahu bersorak bila pasukan kegemaran menjaringkan goal kemenangan .tahan mengantuk dan tersengguk-sengguk di meja makan kat kedai mamak tu! .haha~ .ouh saya rindu mahu lepak sama kak sara and the gang .she is so damn superb sista! .dengan kak zura .oh ya~ .kak zura juga cikgu .dan beliau telah berkahwin .sedih sebab tak dapat tengok beliau kahwin .hee~ rindu mahu tengok beliau nangis-nangis macam dulu *ampun kakak! ;p*

.ni kak sara
.ain't she is beautiful?

.suke tengok pic ni
.kak sara nampak innocent
.haha ^^

.cantik kan beliau? .saya suka orang macam kak sara .cantik dan tak sombong .dia ni part time model .pernah jadi model digi, mc d .dan pernah berlakon movie ^^ .heee~ movie ape? .biarlah rahsia .kang kak sara marah saya pula .huuuu~ .lately ni, she got prob with his bf .kesian dia .wish both of them boleh back together .kak sara and luffy are perfect match ever .suka tengok doang berdua .sooo sweet .luffy pun comel .kak sara pun sama .hikss~

.teringat time bulan puasa tahun lepas .kami berbuka bersama .mula-mula saya dan kawan saya plan mahu berbuka di pizza hut .singgah ke rumah kak sara di seri kembangan .tapi last-last tak jadi berbuka di pizza hut .saya ikut kak zura dan kak sara pergi bazar ramadhan di sri serdang .time jalan-jalan di bazar, semua ramai orang tegur saya,

"dik, dik, kirim salam kakak"
"dik, dik, berapa no telefon kakak?"

.OMG! .sangat letih mahu senyum-senyum paksa dengan semua orang dan cakap, "sori, tak boleh bagi no. telefon" "sori, kakak tak pakai handphone" .heee~ .tu la susahnya berjalan bersama 2 orang kakak yang cantik dan menawan .hiksss~ .banyak juga juadah berbuka yang kami beli di bazar .tu lah kali pertama buka puasa dengan beliau dan kawan-kawan yang lain .harap-harap lepas ni, ada peluang berbuka dengan mereka semua dan lepak-lepak macam dulu lagi~

.actually saya kenal kak sara dari ex-bf saya .dulu time baru-baru clash dengan ex-bf, saya sedih sangat sebab saya takut kehilangan kawan-kawan yang saya baru kenal tu .luckily, doang semua tak macam tu .eventhough kami dah tak bersama, kawan-kawan beliau still mahu kawan dengan saya .still tegur-tegur saya kalau jumpa .still message-message dekat facebook saya .happy sangat-sangat *tsk..tiba-tiba touching :(* .fuh, rasa panjang dah cerita pasal kak sara .kalau kak sara baca entry ni, kita nak bagitau akak yang akak best sangat-sangat! (: .kita doakan akak back together dengan luffy .aminnnnnn~

.sambung lagi sikit pasal kak sara .hee~ umur beliau kalau tak silap 25 tahun .dan saya pula 23 tahun .eh dah 23 tahun dah saya ek? .hahahaha~ .kadang-kadang saya pun tidak percaya yang saya telah berumur 23 tahun .saya suka tengok perempuan-perempuan luar sana dress up .nampak cantik dan matang .tak macam saya .tak tahu berfesyen! =.=" .lepas tu saya suka tengok perempuan bertudung .cantik saja .tapi kalau saya pakai, mesti comot :( .mama pun pernah cakap, bila saya bertudung *bila mahu pergi mengajar di sekolah*, saya nampak sedikit matang .hanya sedikit ye tuan-tuan dan puan-puan .tapi bila saya freehair, saya nampak macam budak kecil .kadang-kadang taste saya memang ke arah pakaian kanak-kanak! .ahakss~ .tak macam seorang cikgu, tetapi macam seorang pelajar tingkatan 2! lol!

.scroll down.

.pic ni kawan saya edit kan
.err saya tahu saya tidak hot! :D
.nampak macam budak kecil ke?

.err yang ni bagaimana?
.siap ada sepit rambut pink lagi! ;p

.hahaha yang ni obvious kan?
.pic time saya umur 20 tahun kot ;)
.3 tahun yang lepas ^^

.hee ok~ .tutup cerita pasal kak sara .mahu cerita pasal bf tercinta pula .semalam, tiba-tiba hairi cakap tentang tudung .err saya pelik .saya musykil .mengapakah?? .tapi sebenarnya saya suka beliau sebut-sebut pasal tudung .walaupun saya tahu, saya nampak comot bila bertudung *kalau freehair pun comot juga, saya tahu* .tapi ada juga lelaki-lelaki yang berkawan dengan saya berkata kepada saya, "u look more sweet WITHOUT tudung" .ok, thanks for your words .saya suka mereka cakap macam tu tapi for sure saya akan reject mereka kalau mereka mahu mengurat saya! *wahh mereka??? .macam ramai je!* .hahahaha~ .mereka tidak layak menjadi bakal suami saya *perasan hot! hahaha* .bakal suami saya seharusnya seseorang yang mampu membawa saya ke jalan yang benar dan lurus, bukan asyik ke kiri saja *ke kiri = jalan yang salah*

.sambung cerita pasal hairi .hmm beliau cakap, mahu saya bertudung dan menutup aurat .ya~ .saya akui, saya salah =.=" .saya tahu, satu hari nanti saya akan bertudung .slowly, sebab saya tak boleh berubah secara drastik .hairi cakap, tak kisah saya tidak pandai berfesyen dalam memakai tudung .cukup lah dengan memakai tudung biasa atau tudung ikan bawal .thanks sayang untuk teguran itu (: .beliau pun ada cakap, pakai lah handsock kalau saya pakai short sleeve .hmm saya memang kekurangan baju longsleeve .err boleh belikan tak sayang? handbag nike hari tu pun cantik kan??

.oh ya~ .saya baru start puasa hari ini .orang lain sudah 9hari berpuasa .saya baru sehari =.=" .subuh tadi mama kejutkan sahur .makan sup daging dan nasi plus air milo panas .ngantuk sangat-sangat .bangun tidur je, terlanggar-langgar kerusi dan meja bila nak ke dapur .heee~ .then lepas solat subuh, saya continue tidur sampai pukul 9 ^^ .hikss~ .mama, abah dan chacha pergi ke kota tinggi, rumah pakcik saya pagi tadi .hopefully mereka balik sebelum waktu berbuka .kalau tak, saya terpaksa berbuka maggi sahaja di hari pertama puasa T.T

.hari tu saya ada cakap yang saya mahu khatam quran time bulan puasa ini .saya rasa, tidak dapat khatam tapi saya akan mengaji setiap hari .semalam, selepas solat maghrib, saya mula mengaji .oh sangat sedih sebab sudah lama saya tidak mengaji al-quran .saya cuma selalu baca yasin sampai boleh menghafal baris-baris ayat dalam surah yasin tapi bila baca al-quran semalam, saya merangkak-rangkak :( .saya sedar, saya kena selalu baca sebab mahu memperbaiki tajwid saya .dulu, saya sekolah agama sehingga darjah khas tapi tidak lah dapat pangkat 1, cuma pangkat 2 sahaja .hehe~

.fyi, di johor, ada 2 persekolahan .sesi pagi untuk sekolah rendah/menengah .dan petang pula sekolah agama .tapi ilmu-ilmu tu saya tidak praktikkan .oh teruknya saya :(( .semalam, saya cuma baca 6 muka surat sahaja .malam ini saya mahu sambung baca lagi dan begitu juga malam-malam seterusnya (: .wish me luck kawan-kawan .dulu masa kecil-kecil, nenek yang ajar saya mengaji al-quran sampai saya khatam .sekarang, nenek dah terlantar sakit :( .so, saya kena baca sendiri saja

.eh ok lah~ .nanti saya update lagi .dah panjang sangat entry ni saya rasa .hikss~ .kepada semua kawan-kawan, selamat berbuka ^^ .sekian~

*~*~*~*~*~*~*~*~*

p/s:
.tiba-tiba terasa mahu beli sandal crocs untuk raya,
.tapi hairi cakap jangan membazir
.sebab baru saja beli sandal nike
.tsk...tapi saya nak jugakkkkkkkkkkk!


.scroll down.

.saya macam nak yang ini

.yang ini pun cantik
.simple ^^

.saya suka yang ni mula-mula
.tapi tak ada pink atau hitam pula
.tsk.. saja je tak kasi beli :(

.ni cantik gak tapi kalau boleh, nak warna hitam
.tapi tak ada :(

.ni cantik tapi too pinky
.kalau beli hitam, nampak simple sangat

.ni cantik kan?
.rasa nak yang ni laa :)

.ni untuk b~
.don't worry sayang
.i'll pay for u! ^^
*macam banyak duit je huhu*
*pilih untuk orang, kejap je,
.tapi untuk diri sendiri lama gila!*

.gambar dari crocs