.kalau kantoi, mahu buat apa ya? *mesti lah buat muka tak bersalah! hehe*

.hi kawan-kawan~

.ouh penatnya hari ni!
.baru balik sekolah, terus mahu update
.sebab petang ni ada majlis solat hajat
.takut tak sempat mahu berblogging malam ni

*pakai mask pun still nampak comel kan? ;p*

.mahu update pasal semalam dulu .petang semalam, around 5.30 pm, saya ikut along pergi kedai jual haiwan peliharaan .tak tahu la kenapa tiba-tiba along gedik mahu bela kura-kura .so layan saja la .kami smpai kedai tu dalam puku 6.15 pm .so pilih la 2 ketul kura-kura kecil .tersangat la kecil .seketul rm5 .then beli bekas simpan kura-kura tu .along beli yang kaca, nampak la cantik sikit .rm22 sahaja then beli makanan kura-kura tu rm10 .so total rm42 .membazir kan?

*kedai haiwan tersebut*

.kedai haiwan = busuk .erk saya tak lalu sebenarnya mahu masuk .tapi takkan mahu duduk dalam "bumble bee" along saja .bosan ah~ .err time pilih-pilih kura-kura tu, saya nampak kelibat seorang lelaki .macam kenal .usha lama-lama rupanya GPK sekolah yang saya mengajar sekarang,
hj azman .alamak! saya freehair .mula-mula rasa macam nak menyorok di sebalik aquarium ikan tapi since beliau da nampak saya, saya senyum je lah .dia tegur saya, nak beli apa? .saya cakap la teman kakak beli kura-kura .then dia gelak-gelak .dia cakap nak buat ulam ke? .sebab kura-kura tuh kecil gila .hahaha~

.sori lah sebab tak ambil gambar kura-kura tu .esok saja lah~ huhuhu .ha along namakan kura-kura tu "qurue & qury" .ntah apa-apa je~ .heee .err pasal kantoi dengan haji azman tu, saya buat-buat cool .dan berdoa agar tak jumpa dia time kat sekolah esok *hari ini la maksudnya* .then memang tak jumpa pun tadi .huhuhu~ .banyak lagi tempat, boleh pula dia pergi kedai yang sama .hampeh betul .hehehe .kalau lah tahu hj azman nak pergi kedai tu, saya tak buka mask yang saya pakai dalam kereta .huuu~

.then semalam balik dari beli kura-kura tu, along belanja mekdi .saya makan set
quater pounder dengan apple pie .ouh apple pie sangat yummy! :) .harap-harap hari ni ada orang belanja lagi ;p

*mahu makan apple pie lagi!*

.ok pagi tadi macam biasa, ok saja .ada 3 kelas .2 kelas pertama ok, tapi kelas terakhir macam
haram .masuk kelas, mereka buat tak tahu je .mereka kelas hujung .budak-budak perempuan pun muka ketat gila .sabar je lah .haish muka semua macam bagus .saya memang tak buat lawak langsung .dah doang semua muka ketat, saya lagi lah ketat! .lantak dieorang lah .actually tadi firdaus dan kak maisarah ada pesan, kalau masuk kelas tu, *kelas 4 K2* jangan senyum .kalau tengah ajar kat depan dan dieorang buat bising kat belakang, tu perkara biasa .time saya masuk kelas tadi, ada seorang budak lelaki tengah landing atas meja guru .kurang ajar kan? .nasib baik la saya penyabar orangnya ;p

*muka nampak penyabar kan? ;p*

.ok lah kawan-kawan
.itu saja mahu update
.nak rehat-rehat kejap
.lepas asar nanti dah kena pergi sekolah
.untuk program solat hajat

.sekian~