.saya suda pulang! *heeee :)*

.helo kawan-kawan~
.kita bertemu lagi dalam segmen
.mari berblog bersama
.cik intan yang comel ;)


.hari ini mahu cerita
.saya pergi berjalan-jalan
.bersama besties saya

.besties saya ada 9 orang
.lelaki 4 orang
.perempuan 6 orang
.tapi tadi cuma 2 orang lelaki
.dan seorang perempuan saja join
.nabila, pijal dan syuk
.kami besties sejak sekolah rendah lagi
.jadi memang kami rapat :)

.sekarang pula
.segmen mari berkenalan

.dengan besties saya~

.nabila bakal juru x-ray
.sekarang tengah tunggu posting
.telah berpunya
.bf = bakal juru x-ray juga

.pijal bakal guru physic
.beliau pun tengah tunggu posting
.sudah berpunya
.gf = pegawai bank

.syuk seorang askar
.beliau sudah bekerja
.di kem sungai udang melaka

.sudah berpunya
.gf = bakal nurse

.oke~
.itu baru intro saja ya
.heee~

.sila tarik nafas panjang-panjang
.untuk meneruskan pembacaan
.takut pengsan di tengah jalan
.kuikuikui~

.sebenarnya nabila mahu pow syuk
.beliau kan sudah lama bekerja
.memandangkan beliau sudah dapat gaji,
.kami secara kejam pow beliau
.untuk bawa kami berjalan-jalan
.dengan menaiki kereta savvy beliau
.yang kalau beliau bawa,
.kura-kura pun boleh potong
.bukan setakat kura-kura, penyu pun boleh
.huh! bapak lembab!

.kami berjanji mahu keluar pukul 11 pagi
.tapi memandangkan syuk adalah anak mithali,
.beliau temankan ibu beliau
.atas sebab-sebab peribadi


.then beliau pick up saya di rumah
.dalam pukul 12.30
.sejam setengah tunggu beliau sampai
.make up pun sudah cair
.sob sob sob :(

.lepas pick up saya, pick up nabila n pijal
.lepas itu terus gerak ke batu pahat
.destinasi utama, square one

.kat bawah ni ada gambar perasan comel
.sementara tunggu syuk
yang gemuk itu sampai

.gambar ini pula time dalam
.kereta kura-kura +penyu syuk


.niat mahu tengok wayang
.tapi cerita semua macam tak best
.syuk ajak tengok cerita hantu
.haruslah saya takut!
.kalau ada hairi, lain la~
.boleh peluk-peluk
.lalalalalala~

.then kami pergi karaoke
.nyanyi-nyanyi sampai lebam
.penat ouh!

.saya nyanyi dua lagu sahaja
.malas mahu tunjuk hebat
.kang semua orang minta signature!
.hahaha~

.cinta dari amy mastura
.bertakhta di hati dari farahdhiya

.lepas nyanyi-nyanyi,
.mereka mahu main game
.syuk + pijal main game tembak-tembak
.nabila ajak saya main game daytona
.saya tak mahu!

.saya kan perempuan yang comel
.tak main game-game ganas seperti itu
.hahaha~

.sebenarnya saya takut kalau kalah!
.membazir duit sahaja
.walaupun tadi 100% syuk yang belanja~
.hahahaha

.last-last nabila main daytona dengan syuk
.saya dan pijal tengok-tengok saja



.lepas penat, perut sudah lapar

.syuk ajak ke kfc
.yay! masa yang ku tungu-tunggu

.perut saya kecil saja
.jadi hanya makan seketul ayam
.tapi saya makan cheezy wedges dan
.cheezy chikaroni dengan banyaknya!
.yummy! sangat lazat oke!

.sebelah meja kami,
.ada seorang kakak
.dan baby boy beliau
.nama baby tu afif
.sangat comel~
.haruslah saya snap pic si comel itu!
.sila lihat gambar di bawah~


.lepas perut jadi krem,

.pusing-pusing satu square one
.pijal mahu beli sandal
.tapi tak jumpa

.then syuk ajak pergi summit parade pula
.dekat summit pun, sandal tu tak ada
.jadi hanya jalan-jalan

.syuk beli spec
.nabila beli barang-barang peribadi
.saya tak beli apa-apa
.hanya cuci mata
.gaji belum dapat :(
.pijal pun tak beli apa-apa

.then lepas penat,
.kami decide mahu pulang
.sebab hari sudah petang

.time otw mahu pulang,
.kakak syuk suruh beli ink printer
.malas mahu patah balik ke batu pahat
.kami terus ke bandar muar
.cari-cari ink tersebut tapi tiada stok
.jadi kami pulang dengan tangan kosong

.time otw balik rumah
.saya gedik-gedik mahu pinjam spec syuk
.hee lihatlah kegedikan saya~
.gedik tapi comel bukan?
.huhuhu~



.heeee~

.tapi saya happy
.sebab dapat luangkan masa dengan besties

.sebab macam-macam kami borak
.seronok dengar cerita mereka
.planning mahu bertunang
.mahu berkahwin

.mahu sambung belajar
.macam-macam lagi lah!

.ouh sangat-sangat rindu kenangan
.ketika di sekolah menengah
.kalau lah masa boleh di putar semula~

.tapi walaupun saya bergembira bersama besties
.saya tak pernah lupa
.pada sang pencinta
:)


.saya tetap sms, mms
.dan video call sama beliau

.sabar ya sayang
.nanti kita dating-dating pula ya~
.saya pun rindu anda!



.oke~
.tamat sudah segmen berblog
.bersama cik intan yang comel
.sehingga bertemu di lain episod
.daaaa~