.berbual dengan hati *sabarlah wahai hati ku sayang*

.ouh hati~
.aku simpati pada kau
.terpaksa menjaga diri sendiri

.kadang-kadang kita sibuk
.menjaga hati orang lain

.sedaya upaya dan bertungkus lumus
.supaya hati orang lain tak terluka

.tapi hati kita sendiri tak terjaga
.perasaan sendiri tak terbela

.bila kita sedih,
.bila kita terluka
.tiada siapa tahu

.kau diam
.kau senyap

.aku tahu hati,
.kau diam bukan kau takut
.kau senyap bukan kau pengecut
.cuma kau mahu menjaga hati
.orang lain yang berada di sekeliling kau

.kau cuma tahu menangis

.aku tahu hati,
.walaupun itu takkan dapat
.menyelesaikan resah di hati
.tapi ia cukup melegakan
.it would be less painful

.hati
.semoga kau tabah
.semoga kau tabah menghadapi
.hari-hari mendatang

.aku pun sama macam kau
.aku cuma menumpang kasih,
.bermanja sebelum putusnya nyawa

.kita senasib

.kadang-kadang aku terfikir
.apa-apa yang aku buat
.semua orang tak nampak

.kadang-kadang aku terfikir
.apa-apa yang aku korbankan
.semua orang tak hargai
.semua orang tak sedar

.tapi untuk kesalahan sekecil itu
.aku di salahkan

.mana perikemanusiaan mereka?

.butakah mereka?
.pekakkah mereka?

.aku sedih
.aku menangis
.tapi tak siapa yang tahu

.aku cuma boleh mengadu pada kau hati
.sebab tiada siapa-siapa mahu dengar luahan aku

.semua orang sibuk dengan hal dunia mereka
.aku bukan siapa-siapa
.aku bukan penting pun dalam hidup mereka

.kadang-kadang aku terfikir
.agaknya, bila aku sudah tiada
.barulah mereka tahu
.barulah mereka sedar

... siapa aku disisi mereka ...

.maafkan aku
.emosi tidak stabil
.aku tutup ruangan komen
.ini cuma luahan hati
.aku hanya mahu berbual dengan hati sendiri